Anda di halaman 1dari 19

Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang
bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam
ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya
mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat
Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam , ia
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa
dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang
sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.

Malam Tahun Baru Cina


Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu
bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang
masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun
temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran prosperity yang dimakan
bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shuo sui , yang
dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
tahun baru bermula.

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, di samping ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama
penganut. Ia membawa maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula
berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi
ang pow diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Chap Goh Mei

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang pentingnya. Ia
adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga
disebut Pesta Lampu, kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini.
Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China
diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan
gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk
merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh
negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut
diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti
gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih
ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang
kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.
Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau
bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari
pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian
warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

Warna Tuah
Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib
mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam dan warna-warna
yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Sambutan Hari Raya Cina

Merah lambang kemegahan

Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi kawasan
kediaman masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup meriah.
Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai
dengan warna merah bagi menyambut ketibaan tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona merah
mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.

Seamasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang
kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah
mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana dikhuatiri binatang bernama
Nian( raksaksa) akan mengganas di kawasan rumah mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh
Nian, dan mampu menghalau raksaksa tersebut.

Angpau

Perayaan diceriakan dengan angpau merah


Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ialah pemberian
angpau atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum berkahwin, mereka layak untuk
menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah
berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya
tanpa mengira usia.
Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka dan sering
diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika
perayaan seperti Tahun Baru Cina.
Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya
lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang
yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan
biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin
baru.

Keteguhan dan Keberanian

Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanaian, keceriaan dan kemegahan.
Warna ini dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan
masyarakat Cina. Warna ini sering digunakan dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran
mereka kecuali hari-hari yang menunjukkan keadaan kesedihan dalam kehidupan mereka.
Warna ini akan terus menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut malah melambangkan
keteguhan dan kemegahaan negara apabila digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana,
bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.

Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina terutama pada setiap kali sambutan
Tahun Baru Cina. Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. Namun,
warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka. Bila tibanya
perayaan ini hiasan berwarna merah sering digantung sepanjang jalan yang menandakan
perayaan itu kini bukan sahaja disambut oleh masyarakat tersebut tetapi juga sudah menjadi
seperti perayaan seluruh masyarakat.

SEJARAH HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ' ; Ayd al-Fit r; "perayaan fitrah") disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-
Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

Zakat fitrah dan takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu
zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan
mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti
dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri
dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat
Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan
pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa
untuk penyembelihan korban. [1]

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya
matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada
pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad,
bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan
yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan
ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran
warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama
sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),
umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung
ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan
kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,
dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya
berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang
memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya
berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul
yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang
bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya
diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan
untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan
memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih
kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik
seperti hari ini.[2]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga
riwayat dari Umar ( ) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah
akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti
tamat. Biasanya di Malaysia, minggu pertama hari raya lebuhraya akan dipenuhi dengan
kenderaan dan menyebabkan jalan sesak.[5]

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju
tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,
isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aidilfitri dalam kalendar Masihi


Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun
begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah
mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi
mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun,
dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut.
Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

2008: 1 Oktober

2009: 21 September

2010: 10 September

2011: 31 Ogos

2012: 19 Ogos

2013: 8 Ogos

2014: 29 Julai
2015: 19 Julai

2016: 6 Julai

2017: 25 Jun

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

DEEPAVALI

5 KEISTIMEWAAN HARI
DEEPAVALI

HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti
di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya
dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Pada hari yang
bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan
menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan
gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya,
mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.

DEEPAVALI LAMBANG KEJAYAAN KEBAIKAN MELAWAN KEJAHATAN


Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana
perayaan itu sendiri mempunyai maksud Pesta Cahaya. Antara sebab
mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang adalah
sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan
kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan
kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu


memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh
Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta
semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang
godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang
lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat
kejahatan sesama manusia.

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut


Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan
yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang
sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan tersebut.

1.KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH


Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu hiasan
lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya
setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat 'kolam' ini biasanya diwarisi secara turun-


temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh
membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya
bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat
bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut
Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia.
Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi.
Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah
mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah
mereka.

2.MAKANAN SEDAP PADA HARI DEEPAVALI

Manisan merupakan identiti masyarakat India. manisan ini bukan


sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara
ini. Dalam masyarkat India, manisan sering menjadi acara pembuka
sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari
perayaaan.Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan,
keseronokan, nilai positif daan kesejahteraan yang berpanjangan.
Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap
lebih baik dan dialu-alukan.
Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang
terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan
sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah
'Aloogobi' iaiu campuran ubi kentang dan kobis bunga 'paneer'
campuran masala bersama yourgat dan kari dhal. Tidak ketinggalan
kuih-muih tradisional lain seperti muruku ,adirasam dan payasam.
Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.

3.TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI BERBEZA MENGIKUT TEMPAT


Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil 9antara bulan Oktober dan November).
Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-
turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia,
perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia terpulang
kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana
hari yang mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang
tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali
ini lebih lama dalam suasana kampung.

4.PENGANUT HINDU MANDI MINYAK BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI


Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan
bangun lebih awal iaitu sebelum mtahari terbit. Seawal pukul 3 pagi
penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar
kawasan rumah. Seluruh keluarga juga akan mandi dan
membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi
sebelum matahari terbit. Penganut Hindu menjalankan upacara mandi
minyak bijan bertujuan untuk meyucikan badan dan semangat. Ia
adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikan
mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci
bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat
dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan
serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan
segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

5.AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi


diteruskan selama hari selepas. Hari Deepavali untuk mengukuhkan
lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut
agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-
besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-
saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu.
Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan
tradisional yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma,
tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan seperti laddu
dan neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga


semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh
orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa
bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana
perayaan Hari Deepavali.

Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami tentang


sambutan Hari Deepavali. Disebabkan itulah entri ini dikeluarkan bagi
memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang budaya
masyarakat India di Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu
dan menyambut Hari Deepavali. Kata orang ''Perbezaan dirai,
kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini memupuk sikap saling
hormat-menghormati.

Anda mungkin juga menyukai