Anda di halaman 1dari 4

Teks cerita peringkat Daerah PD.

Salam Bahasa dan Salam 1 Malaysia,


Yang mulia pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, para guru serta
rakan-rakan semua. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita
tauladan yang memberi banyak pengajaran untuk renungan kita bersama
kisah ibu bermata satu.
Satu masa dahulu dalam sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri
mereka mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Johan. Suatu
hari- satu kemalanagan yang meragut nyawa suaminya telah berlaku
bagai jatuh ditimpa tangga sudah pergi tempat bergantung si isteri
pula hilang sebelah mata
Berat mata memandang berat lagi bahau yang memikul.
Hanya dengan satu mata si ibu menguatkan semangat mencari rezeki
untuk membesarkan anaknya Johan. Masa terus berlalu, Johan semakin
besar dan telah bersekolah. Suatu hari , Si ibu telah pergi ke sekolah
Johan. Mengapa dah datang ? Johan tidak mempedulikan ibunya , dia
terus melarikan diri.
Kawan kawan mengejeknya. Ehhhh ibumu hanya ada satu
mata.takutnya. Johan rasa maaalu dengan ejekan itu. Pulang sahaja
dari sekolah Johan terus memarahi ibunya

Mengapa tidak kau mati sahaja daripada hidup memanggang aku.


Ibunya hanya mendiamkan diri.
Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tergamak kata begitu
kepada ibunyasemenjak hari itu Johan berazam akan belajar dengan
bersungguh-sungguh. Dia ingin segera keluar dari rumah itu ya kawan
Yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang
berkat ketekunanan dan keazaman yang kuat akhirnya Johan telah
dipilih sebagai pelajar terbaik di sekolahnya. Dia juga telah Berjaya
melanjutkan pelajaran di luar negara. Setelah bertahun lama Johan kini
bergelar sebagai usahawan berjaya dan telah mendirikan
berumahtangga.
Dayung sudah ditangan perahu sudah di air . segala yang dikehendaki
Johan sudah diperolehi .Johan terlalu gembira dengan hidupnya dan
melupakan ibunya. Suatu hari Johan mendapat tahu bahawa ibunya telah
meninggal dunia. Johan tidak sedih mendengar berita itu
peganglah kata pepatah
kasih anak sepanjang galah ; kasih ibu sepanjang Zaman.
Ibu Johan ada meninggalkan sepucuk surat yang merupakan luahan hati
ibunya. Setelah membaca surat itu ,,,barulah Johan sedar ibunya amat
menyayangi dan merinduinya setiap masa. Bertapa mulia hati ibunya
sehingga sanggup korbankan satu mata kepadanya yang telah kehilangan

satu mata akibat kemalangan semasa kecilnya. Semasa petir meyambar


segala urat tubuh .Johan menangis buat pertama kali seluruh tubuh
mengelentar peyelesaian yang hadir umpama gunung menghempap badan
sesak dan fikiran biar mata mengelilingi dagisnya sungguh dalam
dengar lautan tempat bertapa Sang buaya
Sesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada gunaya.
Kawan-kawan ,
Ibu adalah orang yang paling berharga ;nombor satu di dunia. kerana
dia adalah melahirkan dan membesarkan kita. Sayangilah ibu kita selagi
dia masih ada. Ingatlah Syurga itu di telapak kaki ibu..
Saya akhiri cerita ini dengan sebuah puisi
Kau menangis kerana aku
Kau sedih kerana aku
Kau menderita kerana aku
Jasamu tidaa terbalas
Jasamu mu tiada terbudi
Jasamu terpahat di syurga.
Sekian terima kasih.
Sila lihat link Youtube di bawah.
https://youtu.be/Z2vpbHPhd6s

Anda mungkin juga menyukai