Anda di halaman 1dari 4

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

A.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1.

Mengawal disiplin pelajar.

2.
Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada
pelajar dan pengawas junior.
3.

Menjaga imej dan nama baik sekolah.

4.
Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian
arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
4.

Memastikan keceriaan sekolah dijaga.

5.

Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.

6.

Memimpin rakan-rakan pelajar.

7.

Mencegah kes jenayah di sekolah.

8.

Menghormati guru.

9.

Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.

10.
Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
11.

Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

12.
Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
13.
Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan
dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
14.
Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya
upaya untuk mengubah sikap mereka.
15.
Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran
kepada mereka yang bersalah.
16.
Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai
panduan masa hadapan.
17.
Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat
tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

18.
Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin,
pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu
Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat

B.

BESAR TUGASPENGAWAS & KETUA KELAS

1.

Bertindak sebagai PENDEDAH

2.

Bertindak sebagai PEMBIMBING

3.

Bertindak sebagai BADAN PERUNDING

4.

Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG

5.

Bertindak sebagai PERANCANG

6.

Bertindak sebagai ROLE MODEL

C.

Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah

1. Pintu Pagar
2. Di Kantin
3. Perhimpunan Sekolah
4. Di kelas
5. Di Koperasi
6. Majlis Perasmian/Perayaan

D.

Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah

1.
Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di
hadapan atau di belakang kawasan sekolah.
Masa
Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah

Panggil namanya
Tegur dengan cara yang baik
Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth. Boleh
awal sikit ke sekolah
Sekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahaja
Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan

2.

Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:

Kesalahan Lewat ke sekolah


Tidak memakai topi keledar
Seluar saiz tidak menepati ukuran
Tidak memakai lencana-perempuan
Tidak memakai tali leher
Rambut panjang
Tidak memakai stoking
Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan disusun
dengan teratur

3.

Prosedur Bertugas Di Kantin dan koperasi sekolah Sekolah

Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu


Meja makan lelaki /perempuan
Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Beritahu secara baik
Sekiranya pelajar degil juga perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan
namanya.

Catat dalam buku laporan

4.
Perincian Tugas Pengawas Sekolah Prosedur Bertugar Di Dewan/ Majlis
Rasmi sekolah
Berada dalam kedudukan masing
Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising
Beri isyarat jangan bising
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Sekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan
namanya.
Catat dalam buku laporan

Anda mungkin juga menyukai