Anda di halaman 1dari 51

1.0 Pemerhatian lapangan.

Dalam pemerhatian lapangan saya telah membuat pemerhatian di SK IPG Kampus


Dato Razali Ismail. Dalam pemerhatian Lapangan saya telah membuat pemerhatian di
kelas 3C semasa kelas Matematik. Berikut adalah gambar yang saya ambil dalam
pemerhatian lapangan yang saya buat.

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

33

2.0 Pengenalan
Falsafah pendidikan kebangsaan(FPK) dan falsafah pendidikan guru(FPG) adalah sesuatu
yang berbeza. Falsafah ini telah membentuk kurikulum di Malaysia. Seluruh Malaysia telah
menggunakan satu falsafah yang sama. Oleh itu, falsafah ini tidak asing lagi dalam
pendidikan di Malaysia. Namun begitu, ramai lagi guru-guru di luar sana yang masih tidak
dapat menguasai maksud falsafah-falsafah bagi mendidik pelajar mereka. Hal ini kerana
ramai guru yang tidak belajar atau gagal dalam memahaminya. Oleh itu, pelbagai lungkah
yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan guru memahami maksud falsafah ini.
Dengan ini, guru dapat menggunakan falsafah ini bagi memastikan hasrat atau matlamat
pendidikan kita tercapai.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan
Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi
mencapai inti pati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah pendidikan guru adalah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Falsafah pendidikan guru lebih kepada sahsiah
dan integriti bagi seorang guru dalam menjalankan tugas mendidik pelajar mereka ke arah
mencapai kemajuan negara. Falsafah pendidikan guru adalah kesinambungan daripada
falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan guru yang menepati etika keguruan. Guru
yang tidak menepati etika keguruan adalah tidak layak bagi mendidik anak bangsa kerana
aspek-aspek kemuliaan profesion ini telah diabaikan dan sudah tentu hasilnya kurang
memuaskan atau lebih teruk merosakkan anak bangsa.
Falsafah pendidikan negara kita adalah mengikut acuan sendiri tanpa meniru mana falsafah
di dunia. Asasnya adalah dari falsafah lain namun begitu, ia tidak meniru falsafah lain dan ia

33

adalah mengikut kesesuaian perkara tersebut diterapkan dalam pendidikan di Malaysia.


Falsafah ini dibina mengikut matlamat kerajaan bagi melahirkan hasil yang sempurna.

33

3.0 Penulisan Akademik 1


Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza
dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usahausaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat
sering menghadapi cabaran serta masalahnya.
FPK tidak asing lagi bagi guru yang sedang mengajar atau belajar menjadi guru di Malaysia.
Tanpa merujuk FPK berkemungkinan guru akan melakukan kesalahan dan melencongkan
sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan dalam sektor pendidikan. Dalam sektor pendidikan
banyak cabaran yang dihadapi oleh pemerintah. Antara contoh cabaran adalah
perkembangan globalisasi yang telah meracuni pemikiran dan sikap rakyat Malaysia.
Globalisasi berlaku adalah demi kebaikan perkembangan namun ia telah melakukan banyak
kerosakan akhlak kepada anak bangsa di Malaysia. Hal ini adalah antara punca daripada
kegagalan FPK ataupun ia adalah kerana pemikiran cetek sedikit masyarakat di Malaysia.
Dalam falsafah pendidikan kebangsaan terdapat beberapa matlamat yang ingin dilahirkan.
Matlamat yang saya ingin bincangkan adalah berkenaan dengan perpaduan. Dalam FPK
terdapat perkataan yang berkaitan dengan perkara ini iaitu kemakmuran masyarakat dan
negara. Bagaimanakah menjaga kemakmuran di sesebuah negara yang pelbagai kaum
Malaysia? Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan FPK bagi memastikan tujuan ini
disampaikan kepada anak Malaysia. Namun adakah FPK negara kita relevan dalam aspek
perpaduan kaum di Malaysia? Perkara ini adalah antara perkara yang perlu saya jawab
dalam memastikan kemakmuran negara tercapai.
Ramai di antara masyarakat negara kita yang tidak berminat untuk mengetahui sejarah.
Namun sejarah adalah penting dalam membentuk kemakmuran negara. Oleh itu,
masyarakat di negara kita haruslah mendalami sejarah dengan lebih mendalam lagi.
Pertama sekali kita hendaklah melihat kepada matlamat pembelajaran mata pelajaran
Sejarah.

Matlamat

Kurikulum

Standard

Sejarah

Sekolah

Rendah

adalah

untuk

membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah
tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan
menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Matlamat ini jelas sekali menunjukkan bahawa
mata pelajaran sejarah antara satu mata pelajaran yang perlu dalam mencapai matlamat
negara makmur. Namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengetahui inti pati
daripada matlamat pengajaran sejarah ini. Soalan yang patut ditanya adalah mengapakah
33

masih terdapat api dalam sekam yang ingin merosakkan perpaduan di negara kita. Bagi
saya hal ini berlaku adalah kerana kelemahan dalam penyampaian maksud sebenar belajar
sejarah. Pelajar biasanya berkata bahawa belajar sejarah adalah membosankan. Perkara
inilah yang telah membawa kelemahan anak Malaysia sehingga menyebabkan mereka buta
sejarah dan mereka tidak memahami mata pelajaran ini. Oleh itu, kelemahan ini haruslah
dibaiki dan boleh ditambah baik bagi memastikan matlamat tercapai.
Setelah berlakunya insiden yang membawa kerosakan dalam perpaduan kaum sejak
kebelakangan ini telah membawa kepada lemahnya perpaduan di negara kita. Contohnya,
insiden yang berlaku baru-baru ini adalah insiden pergaduhan Lowyat yang telah meniupkan
api permusuhan kaum di negara kita. Perkara ini boleh difikirkan secara mendalam dan
saya mengandaikan perpaduan rakyat Malaysia hanya seperti telur di hujung tanduk. Kes ini
berlaku kerana sebab daripada individu yang gagal dididik dengan sempurna pada awalnya
dan ia telah menyebabkan berlakunya permusuhan. Adakah pembentukan individu tidak
dinyatakan dalam FPK. Pada pendapat saya hal ini berlaku adalah kerana kegagalan
pelaksana bukan kerana FPK. Dalam FPK menjelaskan matlamat iaitu melahirkan insan
yang seimbang. Insan yang seimbang adalah dengan menjadi insan yang mempraktikkan
pelbagai potensi dalam negara kita. Perkembangan individu yang seimbang boleh
menangkis segala masalah yang berkaitan dengan perpaduan negara. Individu yang
seimbang boleh berfikir dalam menyelesaikan perselisihan dengan cara yang baik dan
bukannya menyebabkan rusuhan berlaku. Jadi mengapakah FPK tidak relevan dari sudut
pandangan kita? Bagi saya FPK telah membantu dalam menyatukan rakyat Malaysia.
Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ....
the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the
Malay phrase, is full of onak dan duri.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita
tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai
cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran
kepentingan etnik dari pelbagai aspek seperti aspek sosial, ekonomi dan politik.
Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar
dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini
yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British
sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada
segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.
Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang
33

berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal
dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan
keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Hanya
terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza
merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di
Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang
bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca
mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip
dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap
golongan etnik yang lain.
Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semenanjung
Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit
berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin
akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri
sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju
sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan
negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.
Di sini pada pendapat saya perlu ada dalam FPK. Hal ini kerana di dalam kandungan FPK
tidak dinyatakan mana yang berkaitan dengan kesamarataan pendidikan di Malaysia. Oleh
itu, terdapat kepincangan yang mungkin mengganggu kemakmuran rakyat. Kerajaan perlu
merubah FPK dengan memaktubkan perkara ini dalam FPK kerana bagi saya perkara ini
sangat penting dan perlu diambil perhatian. Pelbagai isu yang telah dibangkitkan tentang
perkara ini. Contohnya, adalah peluang untuk menyambung belajar bumiputera dan bukan
bumiputera. Hal ini jelas sekali telah mengganggu ketenteraman apabila segelintir rakyat
bukan bumiputera telah menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Dalam hal ini, saya
pandang hormat kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang telah memberi
bantuan kepada sekolah-sekolah Cina walaupun berlainan bangsa dalam satu temu bual di
televisyen. Beliau sedar bahawa bangsa ini perlu dibantu dalam pendidikan mereka
walaupun mereka dianggap sebagai pendatang. Bukan setakat itu sahaja, kaum lain seperti
India dan bukan bumiputera yang berkewarganegaraan Malaysia harus menerima
pendidikan yang sama rata kerana pendidikan adalah keperluan bukan hak individu, bangsa
dan negara. Jika masalah ini tidak diselesaikan maka kemakmuran negara akan menjadi
rapuh dan perkara ini boleh menzahirkan perasaan dengki.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan

33

bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil
dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut
bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi
memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi
bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.
Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah
tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah
menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang
berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara
kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa
golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk
mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya
disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam
keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk
mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza.
Samalah dengan perkara yang telah dijelaskan di tadi FPK peru penambahbaikan. Dalam
FPK juga perlu menjelaskan kesamarataan dalam pembelajaran dan perkara ini perlu
ditambah dalam FPK.
Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar
yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah
rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam
(IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini
menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai
bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan
berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada
masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anakanak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka
ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut
dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa
ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau
bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian. Jika kita melihat di sini,
kita perlu tahu bahawasanya perkara ini telah berlaku di negara kita hal ini boleh
33

dibincangkan lagi dan akibat perkara jelas sekali adalah peristiwa 13 Mei berulang lagi.
Adakah kita ingin melihat negara kita hancur dan musnah akibat pergaduhan kaum yang
semakin membakar api perkauman.
Penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum
Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum
India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di
sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang
pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.
Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak
boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan
kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan
negara dan dalam perkongsian manfaat daripada pemodenan dan pertumbuhan ekonomi.
Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya
penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena
kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar.
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya
menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. Matlamat FPK juga adalah
perkara yang perlu difikirkan lagi dalam mencapai memastikan keseimbangan ekonomi.
Dalam FPK telah menyatakan bahawa pendidikan adalah aspek

yang penting dalam

membentuk pelajar yang boleh berdaya saing dalam segala aspek. Sepatutnya tidak timbul
isu-isu ini kerana semua orang diberi hak dalam FPK. Hal ini berlaku mungkin kerana
segelintir masyarakat sengaja menghidupkan api kemarahan kepada kaum-kaum untuk
membenci antara satu sama lain. Perkara ini juga mungkin angkara kelemahan
penyampaian dalam pendidikan bukan kerana FPK kerana matlamatnya adalah membentuk
individu untuk berpotensi bersaing dalam perkembangan negara.
Kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan
perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu
tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk
tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu. Di dalam FPK rakyat perlu berusaha dalam mencapai keharmonian bersama. Jika
melihat kepada perkara ini maka jelaslah bahawa FPK telah menyatakan bahawa perlunya
kita menjaga bersama keharmonian negara. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat

33

yang telah melakukan mempergunakan politik bagi mewujudkan semangat perkauman.


Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana berlakunya perkara ini adalah akibat dari
kepincangan dalam pendidikan bukan kerana FPK.
Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan.
Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan
kebudayaan mereka sendiri. Perbezaan kaum jelas sekali menggugat kedaulatan negara
namun perkara ini telah berlaku agak lama di Malaysia. Rakyat perlu memahami erti
perpaduan yang telah terbentuk sekian lama di Malaysia. Dalam FPK telah menyatakan
bahawa rakyat hendaklah bersama dalam mengekalkan perpaduan dalam negara. Jadi
mengapakah FPK tidak relevan jika melihat kepada perkara ini.
Cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup
berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat
Malaysia pada masa kini.
Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui
pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik
menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun
demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi,
budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang
bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini.
Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah
jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi
sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan
pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacammacam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan
sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di
sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh
Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang
juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan
zaman.
Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian
Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah
pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum
ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk
mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan
33

Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak
dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,
1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini
dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih. Memang tidak dinafikan globalisasi juga antara punca masalah
perpaduan. Jika lihat perkara yang berlaku sekarang ini adalah kewujudan pengganas yang
menyebarkan pengaruh melalui globalisasi yang semakin pesat. Antara yang paling
menakutkan adalah pengaruh dari kumpulan Militan IS bukan sahaja telah mempengaruhi
masyarakat di Timur Tengah malahan rakyat Malaysia sendiri telah banyak bersama
kumpulan ini. Adakah ia berpunca dari kelemahan FPK. Bagi saya ia adalah tidak. Hal ini
punca sebenar adalah seperti yang saya katakan tadi adalah dari kelemahan pelaksana.
Kelemahan pelaksana adalah guru yang berperanan penting dalam membentuk sahsiah
murid. Apabila perkara ini diabaikan dan fokus pengajaran guru adalah untuk menjadikan
pelajar berilmu maka tujuan pendidikan negara kita telah terpesong ke arah lain
Kesimpulan, FPK telah banyak membantu negara dalam melahirkan seorang insan yang
seimbang. Namun apabila FPK diabaikan maka terjadilah perkara yang tidak diingini kepada
masyarakat di Malaysia. Maka pada pendapat saya FPK sangat relevan bagi hampir
keseluruhan usaha bagi membentuk keamanan kaum. FPK boleh membentuk masyarakat
yang harmonis dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Jadi dengan itu, FPK perlu
dalam memastikan kurikulum negara kita mencapai standard dan keperluan negara saat ini.
Jika

dilihat

kepada

pelbagai

perkara

yang

berkaitan

perpaduan

banyak

lagi

penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada FPK kerana banyak lagi perkara yang tidak
dijelaskan. Contohnya, hak sama rata dalam pendidikan. Dalam konteks pelbagai kaum kita
hendaklah memikirkan pelbagai cara bagi mengekalkan keamanan di negara kita. Yang
paling penting jangan lupa akan perasaan setiap bangsa yang berasa tertindas. Jangan
mudah lupa yang bahawasanya kita harus menjaga hak bangsa lain dan jangan sampai
mereka berasa tertindas gagal mencapai kemakmuran. Akhir sekali, FPK yang sedia ada
belum mencukupi bagi membentuk keamanan negara kerana ia harus mendapat
penambahbaikan supaya bersesuaian dengan keadaan pada masa sekarang.

33

3.1 Penulisan Ilmiah 2


Menurut Choong Lean Keow di dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia,
Falsafah

Pendidikan

Guru(FPG)

telah

digubal

bertujuan

menjadi

panduan

bagi

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis guru


diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah guru yang berpekerti
mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting
untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guruguru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya
tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkaraperkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala
perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan
supaya murid memperoleh model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan
orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati
lagi oleh anak muridnya.
Berdasarkan pemerhatian saya pada masa sekarang guru kebanyakannya gagal masuk ke
kelas tepat pada masa. Hal ini adalah berdasarkan pemerhatian saya di sekolah. Masa
adalah sangat penting bagi seorang guru. Maksudnya terdapat segelintir guru yang gagal
dalam melaksanakan FPG dengan tidak mengamalkan nilai murni. Hal ini boleh
mengakibatkan kelewatan guru dalam rancangan mengajar dan berkemungkinan pelajar
juga akan mengikuti jejak langkah mereka. Kadang kala ada juga beberapa perkara yang
33

mengakibatkan guru gagal melaksanakan FPG. Ada di antara guru yang membahagikan
pelajar mereka mengikut kebijaksanaan dan lebih teruk lagi latar belakang bangsa, agama.
Kadang kala guru juga diserang dengan cubaan oleh guru untuk memasukkan mereka ke
agamanya . Contohnya, kes yang berlaku di Miri, Sarawak apabila seorang guru melakukan
kesalahan dengan memaksa seorang pelajar untuk bertukar agama. Hal ini jelas berlaku
berasaskan pengalaman saya. Hal ini tidak patut berlaku dan tidak wajar dilakukan oleh
seorang guru yang belajar mendalami falsafah sebagai seorang guru. Pelanggaran kepada
falsafah pendidikan akan membawa kepada matlamat falsafah pendidikan guru gagal
terlaksana.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan
juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru
gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh
menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan input yang
berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal.
Pada pemerhatian saya guru pada masa sekarang sangat menjaga keterampilan mereka.
Pakaian kemas menggambarkan sikap guru yang baik dan sentiasa menjaga imej guru
dalam di mata masyarakat. Tetapi sedihnya apabila ada segelintir guru yang membawa
emosi yang tidak tenteram. Hal ini tidak memungkinkan mereka untuk melakukan sesuatu
yang melanggar etika dalam keguruan. Guru yang seperti ini boleh merosakkan imej
profesion guru yang sangat dihormati. Pada masa sekarang profesion guru sangat sukar
mendapat kepercayaan masyarakat kerana banyak isu yang berkaitan dengan guru telah
dibangkitkan dalam akhbar pada tahun ini sahaja. Perkara ini bukanlah perkara yang baik
bagi menjaga imej seorang guru. Sekarang ini kepercayaan kepada guru semakin luntur,
semakin lama imej guru akan terhakis. Perkara ini mengakibatkan ibu bapa akan berasa
waswas dengan untuk menghantar guru ke sekolah lebih-lebih lagi sekolah kerajaan.
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertanggungjawab
terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam
sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan

33

sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugastugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, setiausaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan
ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai
dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan
dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru
tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga
perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibu bapa dan masyarakat, serta
mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .
Pada masa sekarang agak susah untuk memastikan guru yang dilahirkan adalah guru yang
berkualiti yang menepati matlamat FPG. Memang tidak dinafikan ramai guru yang enggan
ke Sabah dan Sarawak kerana prasarananya. Saya sebagai seorang yang berasal dari sana
juga kadang-kadang berasa kecil hati. Kawasan pendalaman atau PT3 menghantui guruguru yang baru sahaja tamat pengajian dan kadang kala mereka melakukan pelbagai helah
bagi mengelakkan diri dihantar ke tempat tersebut. Hal ini jelaslah melanggar FPG dan juga
melanggar etika dalam perguruan. Jadi hendaklah seorang guru menerima mana-mana
keputusan yang diletakkan oleh kerajaan walaupun keputusan tersebut sukar diterima.
Sebagai guru hendaklah melaksanakan tugas dengan baik tanpa mengira penat lelah. Itu
adalah tanggungjawab sebagai guru dengan memastikan anak murid menguasai aspek
yang termaktub dalam sukatan pelajaran. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara
juga haruslah diaplikasikan dalam mengajar pelajar supaya mereka sayang akan negara.
Hal ini kerana ramai juga guru yang gagal melaksanakan aspirasi negara seperti yang

33

terdapat dalam FPG. Negara Malaysia adalah negara yang berbilang kaum, satu kesilapan
akan membawa padah kepada kemakmuran negara. Dalam pemerhatian saya ramai di
antara guru-guru yang gagal nilai patriotisme dalam pelajar mereka. Mereka lebih
menganggap markah lebih penting dari dapatan murid. Perkara ini tidak harus dibiarkan
kerana jika sedemikian maka matlamat FPG hanya sekadar sia-sia sahaja.
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif
pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar
murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Berdasarkan FPG guru mesti menyediakan rancangan mengajar yang bertepatan dengan
fokus pengajaran. Ramai guru di luar sana yang tidak mematuhi rancangan mengajar yang
mereka buat. Lebih teruk lagi kebanyakan guru sebegini keluar dari skop pengajaran
mereka. Perkara ini harus dipertimbangkan lagi bagi memastikan guru berjaya mendidik
pelajar berasaskan kepada FPK(Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Memang lumrah guru
untuk memastikan mereka lengkap dengan ilmu bagi mengajar pelajar mereka. Tidak
dinafikan memang satu subjek yang diajar oleh seorang guru mempunyai pelbagai fakta
yang perlu diketahui. Jadi inisiatif sendiri perlu diambil oleh guru dalam melakukan rujukan
tambahan mereka berasakan matlamat FPG iaitu guru yang berpandangan progresif dan
saintifik. Guru juga pada masa sekarang dilihat kurang bersemangat dalam mendidik pelajar
mereka. Guru juga haruslah memahami dan menjalankan kajian kepada pelajar mereka
untuk mengetahui bagaimanakah sikap pelajar berasakan tempat mereka berada. Hal ini
membolehkan Guru untuk mudah mengajar dan memahami kelebihan dan kekurangan
murid.
Memang bukan mudah untuk seorang guru bagi memastikan mereka mendidik anak bangsa
menjadikan mereka insan yang berguna. Lebih-lebih lagi guru hendaklah memahami FPG
dulu sebelum memulakan sesi mendidik murid. Namun guru-guru harus sedar bahawa pada
masa ini mereka memegang imej profesion yang paling dipercayai dalam dunia pendidikan.
Tanpa guru tiadalah kemajuan negara berjaya dicapai. Kemajuan negara boleh dilihat dari
segi pencapaian dalam bidang pendidikan. Namun dengan melakukan yang sepatutnya
guru akan berjaya membawa insan yang berpotensi dalam berdaya saing dalam memajukan
negara. Dengan berpegang kepada FPG guru akan lebih bertanggungjawab dalam
menjalankan kerja mereka. Apabila guru melakukan seperti matlamat FPG, maka tidak

33

mustahil beliau akan menjadi seorang guru yang hebat. Oleh itu, FPG bukan sahaja sebagai
acuan dalam melakukan pembelajaran FPG adalah lambang kemuliaan bagi profesion
perguruan. Maka guru patut berbangga menjadi seorang guru bukannya merungut apabila
mendapat kesusahan.

4.0 Refleksi
Saya berasa bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan EDU 3013 ini dengan
jaya. Dalam tempoh menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang saya belajar dan dari situ
saya mendapat pengalaman yang sangat berharga. Saya telah melaksanakan tugas dengan
berpandukan arahan dari Pensyarah mengajar iaitu En. Salim Bin Md Amin, Pakar Bidang
(SME) Pengajian Profesional, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail.
Beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya tentang bagaimana melakukan tugasan
dengan baik dan dalam tempoh penyiapan tugasan beliau membahagi tip-tip yang
bersesuaian dengan tugasan.
Dalam tugasan ini saya telah berusaha mempamerkan usaha dalam membentuk sebuah
esei yang sempurna. Saya telah melakukan tugasan dengan baik dengan melawati Sekolah
SK IPG Kampus Dato Razali Ismail bagi menjalankan kajian. Dengan ini kekuatan terserlah
apabila saya berjaya menilai dengan baik bagaimanakah seorang guru menjalankan tugas
mereka di bilik darjah. Saya juga berjaya menyiapkan tugasan ini dengan memberi contohcontoh gambar yang menunjukkan gambaran bagaimana situasi yang berlaku di kelas.
Dengan ini saya telah mengemukakan bukti bahawa saya bukan sekadar menyebut dengan
mulut. Saya juga telah merasai sendiri bagaimana rasanya seorang guru dalam bilik darjah
dan bagaimana seorang guru menjalankan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak
bangsa. Pengalaman ini sukar dilupakan kerana ia adalah pertama sekali saya merasakan
tanggungjawab sebagai guru adalah berat dan mengawal kerenah murid di bilik darjah
bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang menganggap tugas guru adalah mudah, namun
setelah merasai sendiri pengalaman dalam bilik darjah saya merasakan bahawa agak sukar
untuk memastikan murid memahami apa yang diajar oleh kita. Sebagai guru pelatih ia
adalah satu pendedahan bagi saya bagi meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Guru.
Seterusnya, dengan melakukan tugasan diberi telah mematangkan pemikiran saya dan
membantu saya dalam membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis dalam melakukan
penilaian dalam melakukan tugas.

33

Seterusnya, telah merasakan beberapa kelemahan saya dalam menyiapkan tugasan ini
antara kelemahan tersebut adalah penulisan esei dan struktur ayat dalam penulisan esei
saya tidak teratur. Ini adalah mungkin adalah kelemahan yang saya perlu perbaiki bagi
memastikan esei saya pada masa akan datang. Hal ini kerana penulisan esei yang menarik
membolehkan pembaca tidak berasa bosan dengan pembukaan dan pengakhiran ayat yang
berkualiti tinggi. Tugasan ini juga memaksa saya menujukan bukti berlakunya proses
pemantauan. Perkara ini sukar bagi saya kerana saya terpaksa menetapkan masa keluar
yang strategik. Permintaan untuk melakukan pemantauan juga sukar dan memerlukan saya
berurusan dengan pihak atasan iaitu Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP). Pengalaman ini sukar
untuk dilupakan kerana saya sebagai pelajar IPG untuk keluar dengan mendapatkan
persetujuan memerlukan prosedur yang betul. Selain itu, tugasan ini memerlukan rujukan
yang rapi namun dengan kadar buku yang ada agak sukar untuk mendapatkan buku yang
berkaitan. Namun dari masa ke semasa saya telah mencuba sedaya upaya meminjam
buku-buku dari pelbagai sumber seperti perpustakaan, E-books, jurnal laman sesawang
malahan dari akhbar yang berkaitan. Seperti yang saya bincangkan di atas agak sukar untuk
mencari sumber ini.
Dengan melakukan tugasan ini saya telah mendapat peluang untuk menjalankan kajian
terhadap bagaimanakah guru melaksanakan sesi pelajaran di sekolah. Saya mengatakan
bahawa ini adalah peluang keemasan kerana dalam tempoh beberapa tahun di IPG saya
jarang melakukan kajian di luar dan tempat belajar adalah hanya di kelas. Maka dengan itu
peluang ini saya ambil dengan elok dan mungkin akan saya guna pada masa depan kelak.
Seterusnya, saya mendapat peluang untuk mendalami profesion keguruan dengan lebih
mendalam lagi. Pada mulanya saya menganggap profesion adalah mudah. Saya
beranggapan bahawa guru hanya memastikan murid berjaya dalam pendidikan. Namun
setelah melakukan kajian tentang perkara ini barulah saya mengetahui bertapa susahnya
untuk memastikan murid mendalami maksud di sebalik pengajaran yang kita bagi.
Kesusahan dalam memikirkan alat bantu mengajar amatlah dirasai dan pengalaman ini
berguna bagi saya dalam menjalankan tugasan sebagai seorang guru. Seterusnya tugasan
ini memberi peluang kepada saya bagi mendalami FPG dan FPK dengan lebih dalam lagi.
Sebelum ini saya tidak tahu dan tidak kisah akan falsafah-falsafah ini. Namun saya
mengambil dengan memahami falsafah tersebut semasa dalam proses menyiapkan tugasan
ini.
Seterusnya, antara ancaman yang saya rasai dalam tugasan ini adalah saya terpaksa
mengkaji FPK dan FPG walaupun tidak pernah mengetahuinya. Ini adalah antara ancaman
bagi saya. Seterusnya, dengan permulaan tangan kosong saya berusaha memahami
konsep bagaimanakah FPK dan FPG boleh dijalankan di dalam sekolah. Namun dengan
33

bantuan pensyarah mengajar maka saya sekarang ini boleh menerangkan bagaimanakah ia
dikaitkan dengan FPK dan FPG. Perkara ini adalah cabaran bagi saya bagi memastikan
saya mampu menguasai falsafah tersebut dan tidak mustahil menjadi ahli falsafah. Saya
juga melakukan memastikan tugasan saya terdapat perbincangan yang kritis. Ini adalah
cabaran yang harus saya hadapi supaya boleh menerangkan dengan lebih dalam lagi. Saya
menjalankan pelbagai cara bagi memastikan pemikiran yang dikeluarkan saya berbentuk
kritis dan boleh dipercayai. Selain itu, saya terpaksa menghadapi cabaran dalam
memastikan terdapat masa yang sesuai bagi saya untuk saya keluar ke sekolah dan
menjalankan kajian. Perkara ini bukanlah mudah namun cabaran ditempuhi oleh saya
dengan baik sekali. Sekali lagi saya menerangkan bahawa untuk keluar adalah satu
daripada perkara yang mencabar bagi saya.
4.0 Rujukan
1. Hasnah Husin dan Mardiana Nordin, Pengajian Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd,
2007, Usaha ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957.
2. Mok Soon Sang,Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Penerbitan Multimedia SDN.
BHD, 2010.
3. Hasan, D. A. (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Pahang: PTS Publications
And Distributors Sdn. Bhd.
4. Chong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk

PPPRPET. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.


5. Ee Ah Ming (1998), Pendidikan Di Malaysia II (Semester V). Penebit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
6. Ibrahim Mamat (1993), Kepimpinan Sekolah, Teori Untuk Praktis.Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd
7. Gan Tong Hock, (2007). Guru Bereflektif Penjana Modal Insan
Gemilang. http://www.scribd.com. Akses pada 20 Februari 2008.
8. SK Seri Cheding, (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.http://sksc.
ppdkualalangat.gov.my/index.php. Akses pada 20 Februari 2008.
9. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, (2005). Pesanan Menteri
Pelajaran. http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm.Akses
pda 22 Febuari 2008.
10. Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak
Pembinaan Masyarakat Madanihttp://www.jim.org.my/modules.php?
module=akhbar. Akses pada 24 Februari 2008.

33

Anda mungkin juga menyukai