Anda di halaman 1dari 6

5.

1 Bamboo Shark

Nama Saintifik : Chiloscyllium Plagiosum


Spesies ini biasanya dipelihara sebagai haiwan kesayangan dalam akuarium. Ia
boleh membesar sehingga 93 sentimeter ataupun 37 inci panjang. Spesis ini
berwarna coklat dengan tompok-tompok putih dan gelap pada badannya. Warna
ini menjadikan spesis ini berbeza dengan spesis yang lain dan menjadikannya
mudah untuk dikenali disebabkan terdapat perbezaan yang ketara.

Terdapat

sebanyak 26-35 gigi pada rahang atas dan 21-32 gigi pada rahang bawah. Spesis
ini makan pada waktu malam dengan menggunakkan giginya untuk menengkap
mangsanya untuk dijadikan makanan.
1.2 Banner Fish

Nama Saintifik : Heniochus Diphreutes


Spesies ini juga dikenali sebagai Idol Moorish Palsu ataupun Butterflyfish yang
berasal dari Indo-Pasifik. Bannerfish adalah ikan kecil yang boleh mencapai
panjang maksimum 18-21 cm. Spesies ini meluas di seluruh perairan tropika,

subtropika dan sebahagian daripada Indo-Pasifik dari pantai timur Afrika, Laut
Merah, Polinesia, Hawaii dan Selatan Jepun ke Kepulauan Kermadec (New
Zealand). Spesies ini lebih suka pada kawasan cerun. Ia tinggal pada kedalaman
5-30 meter tetapi boleh mencapai 210 meter jauh di beberapa kawasan. Selain
itu, spesies ini juga mempunyai warna latar belakang yang putih dengan dua
band penjuru yang berwarna hitam. Manakala, sirip ekor dan sirip dada berwarna
kuning dan kepala yang berwarna putih serta mata berwarna hitam.
1.3 Giant Clam

Nama Saintifik : Tridacna Gigas


Spesies ini dikenali sebagai terumbu kerang yang paling terancam. Kerang ini
berasal dari South Pasifik dan Lautan India. Spesies ini boleh mencapai berat
lebih daripada 200 kilogram dan panjang sebanyak 120 cm serta mempunyai
jangka hayat dengan purata lebih 100 tahun. Spesies ini juga boleh ditemui di
luar pantai Filipina, di mana spesis ini dipanggil sebagai taklobo. Manakala di
Laut China Selatan pula ianya terdapat di Sabah (Borneo Malaysia). Kadar
pertumbuhan spesies ini dipengaruhi oleh keupayaan alga dalam tisu badan
spesies ini sendiri. Menjelang tengah hari, spesies ini membuka cengkerang dan
memanjangkan tisu mantel agar alga menerima cahaya matahari yang
diperlukan untuk proses fotosintesis.

1.4 Penyu Hijau

Nama Saintifik : Chelonia Mydas


Penyu hijau atau juga dikenali sebagai penyu Agar, penyu Pulau, Penyu Hitam
adalah

sejenis

penyu

laut

yang

besar

yang

tergolong

dalam

keluarga

Cheloniidae. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Chelonia. Taburan


penyu laut meluas di seluruh laut-laut tropika dan subtropika di seluruh dunia,
dengan dua populasi berbeza di Lautan Antlantik dan Pasifik. Nama penyu ini
terbit daripada lemak bernama hijau yang boleh dijumpai di bawah karpasnya.
Selain itu, penyu hijau ini juga mempunyai badan dorsoventral rata
ditutupi oleh satu karpas besar, berbentuk air mata dan sepasang kaki sirip
besar standing pendayung. Ia biasanya berwarna cerah, kecuali warna pada
kerpasanya yang hampir kehitam-hitaman bagi penyu yang didapati hidup di
kawasan Pasifik Timur tidak seperti anggota-anggota lain dalam keluarganya
seperti penyu laut hawksbill dan penyu laut Loggerhead. Selain itu penyu hijau
juga merupakan sejenis herbivor. Penyu dewasa biasanya tinggal di legun cetek
dan memakan pelbagai jenis rumpai laut.

Ikan Napoleon Wrasse

Nama Saintifik : Cheilinus Undulatus


Ikan Napoleon atau Ikan Nopolean Wrasse merupakan ikan karang yang
berukuran besar dan berasal dari spesies Familia Labridae dengan ukuran biasa
yang mencapai 2 meter dan berat sehingga 190 kg. Ikan Nopolean mampu
didapati di kawasan terumbu karang di sekitar kawasan samudra Hindia dan
samudra Pasifik. Ikan ini mempunyai pola pembiakan hermafrodit protogini
dengan sebaran di wilayah perairan India-Pasifik. Seterusnya, spesies ini
merupakan jenis ikan karang yang mempunyai daya tarikan yang menarik bagi
para penyelam untuk menikmati pelancongan alam bawah laut.
Cara pemakanan Ikan Napoleon Wrasse ini ialah dengan membongkar
karang yang telah mati dengan menggunakan gigi besarnya untuk mencari siput
dan cacing untuk dimakan. Spesies ini sangat gemar memakan kerang-kerang
yang berukuran seperti Triton. Apabila spesies ini sedang makan, bunyi gerusan
mulutnya kedengaran sangat menarik bagi para penyelam. Kadang-kadang ikan
besar ini juga mengasah giginya pada karang massif (padat) sehingga
meninggalkan bekas goresan.

1.6 blue Tang Fish

Nama Saintifik : Paracanthurus hepatus


Spesies ini biasanya dijumpai di Samudera Atlantik. Ikan ini boleh mencapai
tahap kematangan sehingga 16 inci. Spesis ikan ini biasanya berlindung di celahcelah pada ketika malam. Selain itu, spesies ini biasanya membentuk kelompok
kecil dan kadang-kadang berjalan dengan kelompok yang lain. Ketika spesies
ikan ini masih kecil bahagian ekornya adalah panjang dan tulang belakang
tertarik tajam di pangkal ekor. Apabila ikan ini mencapai tahap matang,
terbentuklah tubuh biru dengan ekor kuning kecil pada bahagian pangkal ekor
dan warna oren pada ujung sirip. Secara amnya, spesies ini menjadi dewasa
sekitar satu tahun usiannya.
1.7 Ikan Badut

Nama Saintifik : Amphiprioninae Amphiprion


Spesies ini dikenali sebagai ikan badut atau lebih dikenali sebagai Clown Fish
yang tergolong dalam spesies Amphirioninae iaitu dalam Pomacentridae. Spesies
ini mempunyai sebanyak 27 jenis sub spesies yang wujud yang salah satunya
terdiri dalam genus jenis Amphiprioninae iaitu Amphiprion. Spesies ini boleh
mencapai panjang sehingga 18cm dan saiz terkecil ialah sekitar 10cm.
Spesies ini juga dikenali sebagai omnivor kerana spesies ini memakan
invertebrate kecil yang mungkin membahayakan anemon. Di samping, spesies
ini turut memakan sisa makanan laut seoerti udang dan ikan. Seterusnya, ia juga
memakan plankton dan moluska.
Ikan badut ini hidup dalam kelompok yang kecil dan spesies ini juga tidak
berenang jauh dari wilayah mereka kerana takut kawasan habitatnya diambil alih
oleh spesies yang lain. Jangka hayat ikan ini adalah kira-kira 3 hingga 5 tahun.

Anda mungkin juga menyukai