Anda di halaman 1dari 2

01

TEKS : GAYA HIDUP SIHAT MENJAMIN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Sejambak kasih, seharum kasturi buat pengerusi majlis, gabungan kehakiman
yang berpaksikan neraca keadilan, penjaga masa yang peka setiap detiknya,
guru-guru yang berwawasan, rakan-rakan seterusnya warga penonton yang
dhormati. Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara
Berdirinya saya di sini kerana ingin membawa anda semua bersama-sama
menghayati dan menyelami bait-bait pidato saya yang bertajuk Gaya Hidup
Sihat Menjamin Kesejahteraan Keluarga.
Hadirin sekalian, sebelum kita melangkah lebih jauh,
mendefinisikan terlebih dahulu tajuk pidato pilihan di hati.

izinkan

saya

Hadiri sekalian,
Gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang. Manakala, kesejahteraan
keluarga pula membawa erti ahli keluarga yang hidup dalam keadaan aman
dan tenteram. Justeru, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan
sentiasa selamat malah ia sudah pasti menjamin kesejahteraan hidup keluarga.
Hadirin yang dimuliakan, saya tampilkan hujah yang pertama,
Setiap orang seharusnya melakukan senaman atau riadah yang
mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh seminggu.
Melalui proses perkumuhan ini pastinya segala bahan kimia dan sisa-sisa
dalam badan dapat disingkirkan. Antara sukan yang boleh diamalkan adalah
seperti olahraga, bola sepak, badminton, berenang atau menunggang basikal.
Badan yang cergas pastinya menjamin otak yang cerdas. Kombinasi kedua-dua
kesihatan ini memastikan individu sentiasa sihat dan dapat hidup dengan
sejahtera seterusnya melahirkan rakyat yang produktif dan proaktif sajajar
dengan hasrat kerajaan untuk membentuk keluarga yang bahagia di Malaysia.
Para hadirin yang di hormati, seterusnya hujah saya yang kedua.
Pengambilan makanan yang seimbang berdasarkan hierarki piramid
makanan seperti mana di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
dapat menjamin seseorang itu mendapat khasiat dan nutrient serta vitamin
yang diperlukan badan. Makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran
dan mengurangkan makanan berlemak atau mengandungi kolesterol yang
tinggi merupakan amalan pemakanan yang sihat. Pemeriksaan kesihatan juga
perlu dilakukan oleh setiap individu secara berkala. Dengan cara ini, setiap ahli
keluarga akan hidup dengan selamat malah penyakit berbahaya seperti

jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dapat dielakkan. Bak kata pepatah
mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Hadirin sekalian, hujah saya yang terakhir,


Gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta
sentiasa mengawal tekanan seseorang. Sebagai contoh, tempoh istirehat
dan tidur yang cukup mampu mengurangkan tekanan dan merehatkan tubuh
badan serta minda kita. Dengan sikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan
masa tidur proses metabolisma dapat berjalan dengan lancar. Rentetan itu,
daya pemikiran seseorang akan menjadi lebih positif dan mampu mencari jalan
penyelesaian bagi menghadapi kemelut-kemelut yang serius tanpa
menghadapi tekanan yang berlebihan. Justeru, gaya hidup sihat ini juga
brupaya membantu sesebuah keluarga itu hidup dalam suasana harmoni dan
bahagia.
Hadirin sekalian, berdasarkan hujah-hujah saya sebentar tadi maka dapatlah
disimpulkan bahawa
Kebahagian keluarga adalah berkait rapat dengan gaya hidup yang diamalkan
oleh setiap ahli keluarga. Oleh itu, kita seharusnya melakukan aktiviti-aktiviti
berupa senaman dan riadah serta bijak mengendali amalan pemakanan yang
sihat dan seimbang. Akhir sekali menitik beratkan tempoh istirehat dan tidur
yang mengcukupi . Dengan kata lain, amalan kehidupan seharian kita adalah
penentu keselamatan diri dan keluarga. Gaya hidup sihat menjamin
kesejahteraan keluarga.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai