Anda di halaman 1dari 4

CONFUCIANISME

Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk
mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.
Diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh ibunya
Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak
sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun.
Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak
diikuti oleh penganut ajaran ini. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.
Ajaran Konfucius :
1. Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di
langit dengan manusia di bumi dengan baik.
2. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka
hadir di dunia ini.
3. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah
laku.
Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang
dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
Ia dikembangkan oleh muridnya Mencius ke seluruh China dengan beberapa perubahan.
Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah
manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Konfucius telah menukar falsafahnya
menjadi

sebuah

agama

dengan

mengadakan

perayaan-perayaan

tertentu

bagi

mengenangkannya.
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi
merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat
dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang
lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia
menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan.
Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."
Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang
bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan
Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis
sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang

dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book
of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum
Annals (Chun Ching).
Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti
agama Hindu dan Buddha. Ia Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat
China.
Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya
ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya.
Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan
individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan
isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu
mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab
dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan
bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu
bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih
saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan
anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah
keluarga yang besar.
Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang
raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius
menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja
harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan
harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi,
kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat.
Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai
Shang-Ti.
Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil
daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam
untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan
Confucianisme, juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja
yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas.
Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat
dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang
yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.
Sebagai

satu

kesimpulan,

Confucianisme

yang

berasaskan

ajaran

Confucius

memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta
kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah
perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan awam untuk
memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat
dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.
KEPERCAYAAN ANIMISME
Animisme merupakan kepercayaan kepada makhluk halus/roh oleh masyarakat orang Asli
yang disifatkan sebagai aborigines iaitu ahli-ahli masyarakat yang mundur, tidak membangun
dan primitif.Gelaran ini dibuat oleh British di zaman penjajahan.Terdapat tiga golongan besar
orang Asli di negara ini iaitu Negrito, Senoi, dan Melayu Asli. Secara umum mereka menganut
fahaman animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu, kayu, busut dan
sebagainya mempunyai semangat (roh)
Kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai
agama. Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin Animis yang membawa makna
nyawa atau roh. Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai
pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut,
pokok dan tanaman.
Kebanyakan suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa, dunia
didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa.Terdapat beberapa dewa yang menurunkan
hujan, membesarkan tumbuh-tumbuhan, menurunkan taufan dan sebagainya.Suku Senoi pula
mempunyai empat dewa utama iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.Pantang larang
mempengaruhi sebahagian besar kehidupan mereka kerana mereka tinggal di kawasan hutan.

Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar
mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu, mengutip hasil
hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam sekitar. Dalam perinteraksian ini,
mereka telah melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah
mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang. Mereka
menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya
dapat

memperolehi

pertolongan

daripadanya.

Apabila

mereka

membuat

permintaan

pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh, masyarakat Melayu memuja padi
supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan. Aktiviti pemujaan ini dilakukan
melalui penggunaan khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti
pawing, dukun dan bomoh. Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara. Ciri yang paling
utama bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat.

Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat tanpa

tuan.
Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka.
Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka juga.
Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100 dan

sebagainya.
Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat dalam
tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh pawang untuk

kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam.


Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan sungai.

Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau diubahsuai,
contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis dan jin.

Anda mungkin juga menyukai