Anda di halaman 1dari 5

I Pengenalan

Sering kali wujud tanggapan bahawa sejarah tidak ada apa-apa kegunaan dalam
kehidupan manusia. Ia dianggap tidak boleh digunakan secara praktikal dalam
kehidupan seharian jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti
sains, teknologi, perakaunan dan sebagainya. Tanggapan negatif ini pasti
sepenuhnya tidak benar. Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh
terlepas daripada masa lampau. Beliau menjelaskan bahawa sejarah memberi
pemahaman dengan mendalam mengenai pengalaman dan peristiwa lalu yang
berkesinambungan dengan masa kini. Manakala Wang Gangwu (1964) menyatakan
secara jelas kepentingan pendidikan sejarah dengan menyatakan pengajaran
sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda dan bangsa moden di dunia ini.
Kurikulum mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi
menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi
cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ianya memberi
penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor, serta menerapkan nilai
tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Kurikulum matapelajaran Sejarah KSSR ini turut memberi
penekanan kepada elemen kewarganegaraan dan nilai sivik, penerapan nilai murni
serta semangat patriotik. Semua elemen ini diharap dapat diaplikasikan oleh murid
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini merupakan transformasi pendidikan yang
memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid.
Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik
murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya
dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Selain itu, bagi mencapai matlamat membina semangat patriotik dalam diri
setiap pelajar, guru memainkan peranan penting sebagai sebagai pengurus,
penambah minat, perancang, penyampai maklumat, pemudahcara, pembimbing
dan penilai kepada para pelajar. Penghayatan semangat patriotik, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dapat direalisasikan berpandukan tajuk dalam
standard kandungan serta standard pembelajaran.

Namun demikian, menjadi suatu permasalahan apabila guru tidak mampu


melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik apabila terdapat
kekangan-kekangan yang tertentu. Contohnya seperti murid tidak menunjukkan
murid, murid pasif, disiplin tidak terkawal dan lain-lain lagi. Oleh itu, dalam usaha
menjadikan

pengajaran

saya

lebih

berkesan,

saya

perlulah

menjalankan

penyelidikan bagi menyelesaikan masalah-masalah dalam bilik darjah. Menurut C.F.


Meng dan Jaizah Mahamud (2011) tujuan penyelidikan dilaksanakan adalah untuk
memperkembangkan profesionalisme guru khususnya dalam mengenal pasti teknik
atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Dengan mengetahui teknik dan kaedah
pembelajaran

yang

berkesan

maka

guru

akan

dapat

merancang

aktiviti

pembelajaran yang bermakna kepada murid.

1.1 Konteks
Bagi penyelidikan tindakan ini, saya telah melaksanakan kaedah Gallery Walk bagi
membantu murid melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Penerapan model Gallery Walk dalam pembelajaran menekankan
kepada teknik koperatif dalam kalangan murid di mana murid akan membincangkan
mengenai isi-isi penting serta mencuba untuk memperoleh idea baru berdasarkan
gambar yang diberikan guru. Gallery walk atau galeri belajar merupakan suatu cara

untuk

menilai

dan

mengingat

apa

yang

telah

dipelajari

siswa

selama

berlangsungnya pembelajaran. Kaedah ini akan digunakan untuk membina


kerjasama kelompok (cooperative gallery) serta pembelajaran aktif (active gallery),
saling memberi tunjuk ajar dan juga panduan dalam pembelajaran (Melvin, 2004).

Dalam kaedah ini murid akan menyatakan idea masing-masing di dalam


kertas yang disediakan guru untuk dipaparkan di sekeliling kelas. Setiap kumpulan
akan mengelilingi setiap paparan galeri dan melihat serta menilai hasil karya
kumpulan lain yang digalerikan dan menambah idea baru berdasarkan ruang
kosong yang disediakan. Dalam memudahkan pengajaran dan pembelajaran,
pengkaji akan banyak menggunakan bahan bantu mengajar yang akan membantu
murid dalam pembinaan idea serta memudahkan murid untuk menguasai konsep
dan pengetahuan yang hendak dipelajari murid. Dapatan kajian Norma (2004)
mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan
melalui penggunaan bahan bantu mengajar.

Sesetengah guru mempunyai rasa tidak suka apabila semua daripada


pelajar mereka bergerak di sekitar bilik darjah pada masa yang sama, tetapi
sebenarnya, ianya boleh menjadi satu teknik yang sangat berkesan untuk
pengurusan bilik darjah. Menurut Howard Gardner (1998), murid-murid mempunyai
pelbagai jenis tahap kecerdasan dan di antanya ialah kinestetik. Murid kinestatik ini
perlu diberikan peluang untuk bergerak bagi membolehkan mereka turut serta
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

Semasa Gallery Walk, pelajar meneroka pelbagai teks atau imej yang
diletakkan di sekitar di dalam kelas. Guru-guru sering menggunakan strategi ini

sebagai salah satu cara untuk membolehkan pelajar berkongsi hasil kerja mereka
dengan rakan-rakan, memeriksa pelbagai dokumen sejarah, atau memberi respons
terhadap koleksi petikan atau bahan yang telah disediakan. Teknik ini mewujudkan
banyak peluang yang positif kepada pelajar seperti membolehkan pelajar untuk
tidak hanya mementingkan diri sebaliknya perlu mempertimbangkan keputusan ahli
kumpulan secara rasional (Melvin,2006), menggalakkan pelajar menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi dengan lebih baik (contoh, analisis, penilaian, sintesis)
semasa melibatkan diri dalam kajian dan menyediakan pelajar dengan peluang
untuk bergerak secara aktif semasa menyemak hasil kerja kumpulan lain.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Semasa saya menjalani latihan mengajar di SK Taman Jelutong, Kulim, bagi mata
pelajaran Sejarah kelas 5.1, saya mendapati bahawa murid-murid kelas ini kelihatan
bosan serta tidak berminat untuk melibatkan diri semasa pembelajaran tajuk
Tergugatnya Kedaulatan Negara. Kebanyakan murid juga didapati suka bermainmain dan tidak mengendahkan aktiviti yang dijalankan saya terutamanya murid
lelaki. Apabila disoal semula pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Dalam erti kata lain, objektif
pembelajaran tidak dapat dicapai dengan baik.

Saya berasa sedikit kecewa serta tertekan kerana pelbagai usaha dan kaedah yang
telah dilaksanakan dalam membantu murid-murid kelas ini melibatkan diri secara
aktif semasa proses pdp. Namun, respon yang diterima dari murid tidak
menggalakkan. Oleh yang demkian, saya berasa tidak bersemangat dan kerap kali
tidak berpuas hati semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Saya juga berasa bimbang sekiranya masalah ini berterusan, perkara ini akan
menggangu suasana pembelajaran Sejarah di dalam kelas ini kelak.

Oleh yang demikian, berdasarkan temu bual bersama guru pembimbing,


murid-murid serta guru kelas 5.1, saya membuat kesimpulan awal bahawa kelas
tersebut tidak dapat melaksanakan aktiviti secara individu dan lebih suka kepada
kerja berkumpulan memandangkan kelas 5.1 ini agak aktif dan gemar memberikan
pendapat secara rambang. Oleh itu, saya telah melaksanakan satu intervensi yang
bukan sahaja memberi ruang kepada murid untuk melaksanakan aktiviti secara
berkumpulan, bahkan juga mereka bebas mengekspresi diri dari segi penyampaian
selain turut membantu saya dalam proses melancarkan sesi pengajaran dan
pembelajaran Sejarah bagi kedua-dua topik ini.

Justeru, saya telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran


seterusnya

menggunakan

kaedah

pembimbing

memberikan

maklum

Gallery
balas

Walk
yang

dan

cukup

hasilnya

pensyarah

memuaskan.

Beliau

menyatakan bahawa murid kelihatan sangat teratur, mampu membimbing diri


sendiri dan juga rakan lain serta memudahkan guru dalam melancarkan proses
penyampaian ilmu.

Anda mungkin juga menyukai