Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt.

Yang Arif lagi Bijaksana, barisan para hakim, yang berusaha tuan guru besar, yang
dihormati guru-guru dan yang dikasihi rakan-rakan seperjuangan sekelian.
Berdirinya saya di sini adalah hendak menyampaikan sebuah cerita bertajuk Sang
Rubah dengan Sang Gagak
Pada suatu hari, seekor gagak sedang terbang kelaparan ke sana ke mari untuk
mencari makanan. Ketika terban, ia melintas di hadapan sebuah rumah, dan terhidu
bau wangi dari dalam dapur rumah itu.
Gagak berhenti terbang sebentar lalu melihat ke dalam dapur, Gembira sungguh sang
gagak apabila ternampak sebiji kek yang terletak di atas meja. Rupanya kek itu baru
dibakar sekejap tadi.
Oh ada makanan di situ, katanya. Lapar sungguh aku sekarang ini.
Gagak terbang ke tingkap dapur lalu singgah ke dapur itu. Ia melihat ke kiri dan ke
kanan. Ia sangat berhati-hati supaya dijauhi daripada bahaya.

Wow, sungguh lazat kek itu nampaknya katanya.


Kemudian gagak terbang ke dalam dapur. Tidak ada sesiapa pun di dalam dapur itu. Ia
pun menggonggong kek itu lalu terbang pergi dengan pantasnya.
Gagak terbang jauh dari rumah itu. Tidak beberapa kemudian, ia hinggap di atas
sebatang dahan. Ia sangat gembira kerana telah berjaya mencuri kek itu.

Sementara itu, terdapat seekor rubah sedang berjalan kelaparan ke sana ke mari
mencari makanan. Sudah beberapa hari ia tidak menjamah apa jua makanan pun. Ia
kebetulan sedang berjalan menuju ke arah pokok tempat sang gagak sedang
bertenggek.
Ketika rubah tiba di bawah pokok itu .ia terdenga bunyi sesuatu lalu mendongak ke atas
lalu ternampak akan si gagak dan tertarik kek yang ada dalam paruh gagak itu.
Rubah menjilat bibirnya sambil berfikir bagaimana hendak mendapatkan kek itu
daripada gagak. Ia tidak sanggup menunggu lama lagi untuk makan kek itu.

Kek itu sedap nampaknya. rubah berfikir. Aku mesti cari jalan seberapa cepat yang
boleh sebelum kek itu habis dimakan gagak.
Tiba-tiba ia mendapat idea. Rubah berpura-pura baik kepada gagak lalu menegurnya
dengan sopan. Apak khabar Cik gagak?.
Gagak berpaling kepada rubah sambil mengangguk sahaja tanpa berkata-kata.
Rubah berkata lagi, Bulu hitam kamu berkialuan disinari cahaya matahari, Bentuk
badan kamu pula menarik sekali. Lihat paruh kamu, sungguh cantik!.
Gagak mendiamkan diri lagi namun amat bangga mendengar pujian rubah.
Rubah berkata lagi. Jika kamu menyanyi, suara kamu lebih merdu daripada burung
bulbul, kamu akan digelar Permaisuri Burung.
Gagak berfikir, Ya aku memang pandai menyanyi, Aku mahu menunjuk bakat aku ini
Sebaik sahaja gagak membuka mulutnnya hendak menyanyi , kek itu terlepas daripada
paruhnya.
Kek itu terjauh ke bawah dan sang rubah terus berkata aku percaya nyanyian kamu itu
merdu sekali tetapi rupa-rupanya kamu tak tahu masa yang sesuai untuk membuka
mulut. Ha ha ha ha ha. Ketawa sang Rubah
Sang Rubah terus menyambar kek Sang gagak yang telah jatuh ke tanah itu dan terus
memakannya
Kesian sang gagak yang mudah terpedaya dengan kata-kata sang Rubah itu. Belum
sempat ia menjamah kek itu, sang rubah telah mendapatkan dulu..
Demikianlah tadi cerita berkenaan Sang Gagak dan Sang Rubah.
Kawan kawan sekelian , kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika menerima pujian
daripada seseorang kerana setiap pujian itu adakalanya boleh membuat kita lalai dan
boleh mendatangkan kesan yang merugikan kita.
Seperkara lagi, sikap mudah percaya kepada kata-kata orang yang tidak dikenali perlu
dielakkan demi untuk kebaikan dan keselamatan kita.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai