Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

KAEDAH KUNCI HIKMAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN


PEMBOLEHUBAH MANIPULASI DAN BERGERAK BALAS PELAJAR TAHUN 6.
Kamarudin Bin Othman
Mohamad Azizi Bin Yahaya
PPG Sains Amb Khas 2013

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan teknik Kunci
Hikmat dalam

meningkatkan kebolehan pelajar dalam menentukan pemboleh ubah-

pembolehubah yang terdapat dalam soalan-soalan peperiksaan. Responden dalam kajian ini
terdiri daripada 10 orang pelajar daripada Tahun 6 Cerdik. Kriteria pemilhan pelajar ini adalah
berdasarkan keputusan UPPM 1 yang dijalankan pada awal tahun yang lalu. Tahap penguasaan
pembelajaran mereka adalah pada tahap lemah iaitu memperolehi gred D dalam peperiksaan
tersebut. Data-data yang dikumpul semasa peringkat awal kajian sehinggalah peringkat
penilaian diperolehi melalui senarai semak, soal selidik, ujian pos dan pra dan juga intervensi
yang dijalankan. Hasil analisis data menunjukkan terdapat peningkatan dalam kebolehan
mereka menentukan pembolehubah-pembolehubah dalam soalan.

Kata kunci: Kemahiran menentukan pembolehubah manipulasi dan


bergerak balas. Kunci Hikmat

Anda mungkin juga menyukai