Anda di halaman 1dari 13

SENI TARI

Merupakan
sebahagian
daripada
budaya kita
Dalam masyarakat tradisional, tarian
dipersembahkan
semasa
majlis
keramaian
Budaya ini masih wujud sehingga
hari ini
Walaubagaimana
pun,
tarian
tradisonal diubah suai mengikut
perkembangan semasa

KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh


pendatang dari Jawa.

Parapenari menggunakan kuda kepang untuk


menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci
Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung

ZAPIN

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisionalMalaysiaboleh dilihat


dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di
negeri Johor.

Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur


Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang
bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun
Islam.

TARIAN GAMELAN

Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam


iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni
putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari


wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan
terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut.

Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan


bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam
kebanyakan kostum tarian Melayu

JOGET

Tarian yang paling terkenal diMalaysiaini adalah


sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak
laju.

Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari


dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai
usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang
diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan
rempah di situ.

TARIAN ULIK MAYANG

Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu.

Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur


pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari.
Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya
sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak
mengganggu nelayan.

Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang


atas bekas kemenyan.

Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang


ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang
mayang tidak sedarkan diri

TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat


warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di
bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut.

Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas


yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

TARIAN BHARAT NATYAM

Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian


yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya
perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat
pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus
dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan
kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian


Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di
persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

SIAPA CEPAT DAN TEPAT, DIA MENANG..!

Duduk dalam kumpulan

Dengar arahan guru

Bincang dalam kumpulan

Pastikan jawapan yang ditulis betul

CUBA CARI SAYA

JOGET
SUMAZAU
TARIAN KIPAS
TARIAN PAYUNG
DABUS
NGAJAT
MAKYUNG
KUDA KEPANG
TARIAN NAGA
ZAPIN
TARIAN SINGA
ENDANG
BHARAT NATYAM
INANG

JAWAPANNYA

Anda mungkin juga menyukai