Anda di halaman 1dari 25

Pendahuluan

2016

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA


Jalan Api-Api 1, Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru, Johor

Kod Sekolah : JBA 1091

Tel/Fax : 07-3866700

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih, selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para keluarga dan sahabatnya.
Warga SKTMR sekalian,
Tahun 2015 telah melabuhkan tirainya dan kita perlu bersedia untuk menghadapi 2016 dengan cabaran-cabaran
yang semakin bertambah. Namun, jika kita menghadapinya dengan pemikiran, perancangan, pelaksanaan,
pengawasan dan penilaian yang jitu, kita tidak perlu gundah. Tambahan pula gelombang pertama PPPM telah
berakhir sama pada tahun ini. Jadi, marilah kita bersama-sama menyatupadukan semua unsur-unsur yang
dinyatakan tadi, agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kerja Sepasukan Meraih Kegemilangan merupakan motto PPD Pasir Gudang yang boleh dijadikan pegangan
kita. Semestinya, di bawah organisasi SKTMR, kita perlu bekerja bersama-sama dengan Visi dan Misi yang
sama, untuk menjadikan kecemerlangan itu matlamat kita.
Kita boleh mencapainya dengan :
- Pengurusan yang tersusun dan berfokus.
- Fokus kepada tanggungjawab yang diamanahkan
- Tahap akauntabiliti yang tinggi
- Bertugas dalam suasana bekerjasama, telus dan ikhlas
- Selalu willing to learn
Maka insyaallah SKTMR akan menempa kejayaan setimpal dengan usaha dan potensi yang ada.
Tugas mendidik sentiasa belum selesai dan tiada penghujungnya. Sebagai pendidik islam, etika kerja islam yang
hendak dicapai adalah berlandaskan pula kepada:- Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
- Bekerja dengan ikhlas dan amanah
- Bekerja dengan tekun dan cekap
- Bekerja dengan matlamat kebahagiaan insan sejagat
Selamat bertugas dan marilah kita sama-sama berdoa agar segala usaha warga SKTMR akan tercapai.
Insyaallah.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
( IDRIS BIN KASSIM)
Guru Besar,
SK. Taman Megah Ria.
1

Pendahuluan

2016

Visi dan Misi


Kementerian Pelajaran
Malaysia

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHT

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UN

Pendahuluan

2016

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA:


1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia serta bersatu padu.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan
dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia.

MATLAMAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN:


Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyatupadukan kaum dan melralisasikan pendemokrasian
pendidikan. Ini dapat dicapai dengan penyatuan pelbagai sistem pendidikan yang sedia ada kepada satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai penghantar utama.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025:

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia:


1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan
standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah
dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang
dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Pendahuluan

2016

DASAR-DASAR BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA:


1. MBMMBI (Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris)
1.1

1.2

Tranformasi Kurikulum Bahasa Malaysia, Teknologi


maklumat dan komunikasi dalam P & P Mahasa
Malaysia, Meningkatkan kapisiti guru BM (dalam
perkhidmatan dan pra perkhidmatan), meningkatkan
aktiviti bahasa di luar bilik darjah
Tranformasi Kurikulum Bahasa Inggeris, Teknologi
maklumat dan komunikasi dalam P & P Bahasa Inggeris,
Meningkatkan kapisiti guru BI (dalam perkhidmatan dan
pra perkhidmatan), menggunakan khidmat penutur jati
BI sebagai mentor dan training fellows, menggunakan
khidmat guru bersara sebagai guru kontrak BI,
penempatan semula guru BI dan meningkatkan aktiviti
bahasa di luar bilik darjah

2. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)


Melahirkan insan seimbang melalui pemikiran kritis dan keratif serta
inovatif.
3. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
3.1
3.2

Akademik (pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat)


Bukan Akademik (pentaksiran Psikomatrik dan PAJK)

4. 1M1S (Satu Murid Satu Sukan)


Membangunkan modal insal dan memupuk budaya sukan dalam
kalangan murid.
5. Transformasi Pendidikan Vokasional
6. Inisiatif Baru
6.1

NKRA (National Key Result Area Bidang Keberhasilan


Utama Negara)
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub NKRA
untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
dan berkemampuan. Bidang tersebut adalah Pra
sekolah, Literasi dan Numerasi, Sekolah berprestasi
tinggi dan Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah.
4

Pendahuluan
6.2
6.3

2016

NKEA (National Key Economic Area Bidang


Keberhasilan Ekonomi Negara)
Sekolah Dalam Hospital.

PERANCANGAN STRATEGIK JPN JOHOR (THE


NEW MINDSET)
1.
2.
3.
4.
5.

2006 2008 : JOHOR TOP 5


2009 2011 : TRANFORMASIONAL
2012 2014 : WORLD CLASS : HIGH PERFORMING HUMAN CAPITAL
2015 2017 : NOBLE VALUE : BASE ON OWN MOULD
2018 2020 : DEVELOPED NATION : FIRST CLASS MINDSET AND
INNOVATION CULTURE
6. 2050
: GREAT NATION : PIONEER IN KNOWLEDGE DEVELOPMENT
AND CREATING
FUTURE CIVILIZATION

Pendahuluan

2016

Kami, yang telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan


Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa, semasa dan selagi
kami berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, kami patuh dan
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan
tugas-tugas kearah ini, kami :

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan


Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara
Berpegang teguh pada ajaran agama

***************************************************************************
*****************

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan


Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
6

Pendahuluan

Taat setia
Amanah, bersih, jujur
Bertanggungjawab
Berkecuali
Adil dan saksama
Berprestasi cemerlang / berkualiti
Ketepatan masa
Profesionalisme
Akauntabiliti
Kepimpinan berkesan
Bekerjasama
Kreatif dan inovatif
Mengutamakan pelanggan
Pengurusan diri cemerlang
Berusaha memajukan diri

Memanifestasikan keyakinan dan keimanan


Berasaskan keimanan
Ikhlas
Adil
Menepati larangan dan suruhan
Ukuran kecemerlangan
Mesyuarat dan muafakat
Memelihara prinsip kesepaduan
Menghayati martabat kerja
Memelihara martabat pekerja
7

2016

Pendahuluan

2016

Menghargai masa
Ketekunan membawa kejayaan
Keseronokan bekerja
Kesederhanaan
Ketinggian peribadi
Mengamalkan sikap baik hati
Memberi teladan baik
Kewajipan menjalankan tugas
Kebijaksanaan
Kesabaran
Bakat digilap
Seronok mencipta yang baru

Kepimpinan bukannya sesuatu yang anda pelajari sekali sahaja.


Ia adalah gabungan kecekapan, bakat dan idea
yang sentiasa berkembang secara beransur-ansur
dan berubah mengikut apa
yang anda lakukan
8

Pendahuluan

2016

Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati


berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti
perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras
segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan
melalui tindakan-tindakan berikut:
Pertama :
Berusaha memupuk dan mengamalkan nilainilai
membenci rasuah;
Kedua

Ketiga
:
melanggar

Menutup semua ruang dan peluang yang


mendedahkan kepada amalan rasuah;
Bertindak

tegas

terhadap

mereka

yang

undang-undang, peraturan dan etika jabatan;


Keempat :

Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana


pihak untuk memerangi sebarang perlakuan
jenayah rasuah;

Kelima

Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba

Pendahuluan

2016

menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan


Keenam

Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan


mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan
ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

PENERAPAN NILAI, NORMA DAN ETIKA


PERKHIDMATAN
MENGHARGAI MASA
KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
KESERONOKAN BEKERJA
KEUTAMAAN KESABARAN
KETINGGIAN PERIBADI
KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
PENGARUH TELADAN
KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
KEMULIAAN KESEDERHANAAN
PENINGKATAN BAKAT
10

Pendahuluan

2016

NIKMAT MENCIPTA
Change is life giving.
It helps us grow into someone greater than we already are.

1.

Jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu


perkataan, kod, isyarat timbul atau kata rasmi atau sesuatu benda,
suratan dan maklumat yang;
A
Berhubung dengan atau digunakan di sesuatu tempat itu; atau
B
Berhubung dengan kelengkapan perang; atau
C
Telah dibuat atau didapatkan bersalahan dengan akta ini; atau
D
Telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang
pegawai awam; atau
E
Telah dibuat atau didapatkan atau dilihat olehnya, oleh kerana
kedudukannya sebagai seseorang yang memegang jawatan awam,
atau sebagai sebagai seorang yang memegang atau telah
memegang suatu kontrak yang dibuat bagi pihak kerajaan, atau
sebagai seseorang yang bekerja atau telah bekerja dengan atau di
bawah seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan
atau kontrak itu.
Melakukan mana-mana daripada yang berikut:
I
Menyampaikan secara langsung atau secara
tidak langsung
sesuatu maklumat atau benda tersebut kepada sesuatu negeri
asing yang lain daripada orang yang kepadanya ia diberi kuasa
dengan sempurna bagi menyampaikannya atau yang kepadanya ia
adalah berkewajipan bagi menyampaikannya; atau
II

Menggunakan sesuatu maklumat atau benda seperti tersebut di


atas untuk faedah sesuatu negeri asing yang bagi faedahnya ia
diberi kuasa dengan sempurna bagi menggunakan atau dengan
apa-apa cara lain yang mudarat kepada keselamatan atau
kepentingan Malaysia; atau

III

Menyimpan dalam milik atau kawalannya mana-mana benda seperti


tersebut di atas manakala ia tidak berhak menyimpannya, atau
manakala berlawanan dengan kewajipannya bagi menyimpannya,
atau tidak mematuhi segala arahan yang sah yang berkenaan
dengan pemulangan atau pelupusan benda itu; atau

Maka orang itu adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan
penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda tidak lebih daripada
sepuluh ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya.
2. Jika seseorang menerima sesuatu kod, isyaratimbal atau kata jodoh rasmi
yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau maklumat dengan
mengetahui atau dua asalan yang munasabah bagi mempercayai, pada
11

Pendahuluan

2016

waktu ia menerimanya itu, bahawa perkataan kod, isyaratimbal, kata


jodoh, benda, suratan atau maklumat itu disampaikan kepadanya
bersalahan dengan akta ini, maka ia adalah melakukan suatu kesalahan
yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau
denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara dan denda itu
kedua-duanya melainkan jika ia membuktikan bahawa perkataan, kod,
isyaratimbal, kata jodoh, benda, suratan atau maklumat itu telah
disampaikan kepadanya dengan tidak dikehendaki olehnya.

1.Objektif
1.1
1.2
1.3

Memberi pengiktirafan di atas sumbangan serta dedikasi


anggota perkhidmatan awam Negara Malaysia dalam
menjayakan usaha-usaha kualiti.
Menarik perhatian para pekerja tentang kejayaan yang telah
dicapai oleh jabatan dalam sesuatu tahun, serta perubahanperubahan yang telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti.
Membuktikan komitmen perkhidmatan awam negara terhadap
kualiti dengan memperkukuhkan nilai-nilai kualiti dan
meningkatkan kesedaran kualiti di kalangan anggota
perkhidmatan awam.

2.

Sebab utama kualiti perlu diuruskan dengan baik ialah kerana


setiap kali kesilapan berlaku, atau standard yang ditetapkan
tidak dipatuhi, pembaziran akan berlaku. Pembaziran boleh
berlaku dalam bentuk kerja-kerja ulangan, bayaran pampasan,
pengendalian aduan dan skrap.

3.

Ciri-ciri perkhidmatan berkualiti


perkhidmatan awam ialah:

di

peringkat

penjawat

3.1.

3.2.
3.3.
4.1.
4.2.
4.3.
4.4.
4.5.

Memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan penuh


budi bahasa dan sopan santun.
menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Menjalankan tugas dengan penuh adil.
4.
Perkhidmatan yang penuh berkualiti mempunyai ciri-ciri berikut:
Memberi perkhidmatan dengan cepat kepada orang ramai
Ketepatan masa dalam memberi perkhidmatan
Ketepatan fakta dan maklumat yang diberi kepada orang ramai
Sentiasa peka kepada kehendak orang ramai
Menjalankan tugas dengan cara yang adil dan saksama
4.6. Memenuhi persetujuan-persetujuan dan janji yang telah dibuat
dengan pelanggan
12

Pendahuluan

2016

5.

5.1.
5.2.
5.3.
5.4.
5.5.

Proses penyelesaian masalah pengurusan kualiti perlulah


dilakukan dalam enam langkah:
Mengenalpasti masalah
Menganalisa masalah yang telah dikenalpasti
Mencari alternatif-alternatif penyelesaian yang terbaik
Memilih alternatif penyelesaian yang terbaik
Perlaksanaan tindakan pembetulan
5.6. Membuat penilaian terhadap tindakan-tindakan pembetulan
yang telah dilaksanakan.

WAWASAN 2020
Sembilan Cabaran
1. Mewujudkan sosial Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
(Pembentukan Masyarakat Yang Bersatu Padu)
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah.
(Pengwujudan Masyarakat Yang Bebas, Merdeka Dan
Cemerlang)
3. Mewujud dan membangunkan masyarakat yang matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada banyak sosial membangun.
(Pembentukan Masyarakat Demokratik Yang Matang)
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
(Pembinaan Masyarakat Yang Berakhlak Dan Matang)
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu sosial.
(Pembentukan Masyarakat Yang Toleran)
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
(Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju)
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sosial yang
mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan sosial tidak akan berkisar kepada
sosial atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sosial keluarga yang kukuh.
(Pengwujudan Masyarakat Penyayang)
13

Pendahuluan

2016

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.


(Perlaksanaan Keadilan Sosial dan Ekonomi)
9. Mewujudkan masyarakat yang makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental.
(Pengwujudan Masyarakat Yang Makmur)

Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang beilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang,
dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman, dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya :
l. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1.

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2.

Bersikap

adil

terhadap

setiap

orang

pelajar

tanpa

mengira

faktor-faktor

jasmani,

mental,emosi,politik,ekonomi, sosial, keturunan atau agama


3.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.

4.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5.

Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada pelajar.

6.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas,melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan


menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat, atau seminar supaya pengajaran kami mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


1.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka

2.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga.

14

Pendahuluan
3.

2016

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.

4.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5.

Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
pelajar

6.

Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


1.

Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara .

2.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang
yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.

4.

Menggalakan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat.

5.

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan
masyarakat.

6.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan
kami sehari-hari dengan baik.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION


PERGURUAN
1.

Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru di hadapan pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.

2.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin, bersungguhsungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosialnya.

4.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan.

5.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6.

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi termasuk guru
terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

15

Pendahuluan

2016

Berikan pujian di depan umum,


Berikan kritikan secara empat mata,
Jangan mengecam mereka yang sudah berusaha tetapi gagal,
Kecamlah mereka yang gagal berusaha!

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan kearah lebih memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu
seimbang

untuk
dan

rohani,emosi
kepercayaan

melahirkan

harmonis
dan

dan

dari

insan
segi

jasmani

kepatuhan

yang
intelek,

berdasarkan
kepada

Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan


warganegara

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,


16

Pendahuluan

2016

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai


kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Guru dan Kerjaya Keguruan:


Kembara Berliku dan Cahaya di Hujung Terowong.

Lagu Rasmi JPN. Johor


SELANGKAH DI HADAPAN
Lagu Rasmi PPD Pasir Gudang
Jabatan Pelajaran Johor Darul Ta'zim
Membentuk insan seimbang dan harmonis
Penyumbang kesejahteraan

KERJA SEPASUKAN MERAIH


KEGEMILANGAN
Daerah Pasir Gudang

Kemakmuran negara

Gagah mengorak langkah

Demi kejayaan bangsa Malaysia

Dengan penuh harapan

Ke arah pendidikan bertaraf dunia

Daerah Pasir Gudang

Kita buktikan wawasan yang mulia

Melangkah dengan megah

Cemerlang, gemilang, terbilang

Raih kecemerlangan

Menjadi aspirasi negara


Demi kedaulatan negara tercinta

Ilmu ditatang, ilmu dijulang

c/o

Merintis kejayaan

Selangkah di hadapan

Menjana modal insan gemilang

Ke puncak kejayaan

Untuk masa hadapan

Visi dan misi


Jadikan realiti

Misi dan Visi jadikan realiti

Kualiti PENGURUSAN

Bersama bekerja sepasukan

Pemimpin berwawasan

Agar meraih kegemilangan

Kita buktikan

Memartabatkan pelajaran

Johor terus cemerlang


Ulang rangkap 1, 2 dan 3
*Ulang c/o
Kita buktikan
Selangkah di hadapan

17

Kerja sepasukan
Meraih kegemilangan

Pendahuluan

2016

Memastikan perkembangan menyelur

18

Pendahuluan

2016

OBJEKTIF SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Megah


Ria dapat melahirkan insan-insan
cemerlang berdasarkan kriteria ;

i.

Kecemerlangan akademik
daripada segi kualiti dan
kuantiti.

ii. Pencapaian kokurikulum ke


tahap tertinggi.
iii. Meningkatkan sahsiah dan
mempunyai jati diri yang
19
unggul.

Pendahuluan

2016

PIAGAM PELANGGAN
Warga sekolah ini komited dan berjanji untuk menyediakan dan melaksanakan kehendak pelanggan
yang mengutamakan ;
1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan kadar segera kepada setiap
pelanggan.
2. Memastikan urusan pertukaran dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari.
3. Mengambil tindakan segera surat-surat daripada pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
4. Memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana kondusif dan terancang.
5. Memastikan setiap guru peka terhadap masalah dan keperluan murid-murid, ibu bapa dan
masyarakat setempat.
6. Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab
dan produktif.
7. Memastikan staf sokongan memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan
segera kepada setiap pelanggan yang berurusan.
8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina
daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan.

SOROTAN RINGKAS SEJARAH SEKOLAH

20

Pendahuluan

2016

TUGAS GURU
Bidang tugas yang nyata akan dapat menyempurnakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid. Guru akan dapat mempertingkatkan
pencapaian akademik murid ke tahap yang lebih tinggi. Guru perlu mengetahui segala
bidang tugas dan tanggungjawab disamping mengetahui larangan yang harus dipatuhi untuk
menghindarkan sebarang masalah yang mungkin timbul. Kerjasama dan semangat
kekeluargaan serta kekitaan dalam kalangan guru yang diwujudkan dalam sistem
persekolahan akan Berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah
murid. Oleh itu, mutu pendidikan akan dapat dipertingkatkan disamping menangkis segala
rintangan dalam menghadapi cabaran Wawasan 2020 yang menjadi teras kemajuan
bangsa, masyarakat dan negara.
PERATURAN TETAP GURU
Kehadiran bertugas:
1.

Guru dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng


dibunyikan pada jam 7.10 pagi. Pembelajaran akan bermula jam 7.30 pagi.
Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah lebih awal dan pulang
selepas tugasannya selesai. Guru-guru dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
selepas jam 2.00 petang

2.

Kehadiran bertugas itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil 2/81 yang
bertarikh 12 September, 1981. Mengikut Surat Pekeliling itu, semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan sekolah dan murid-murid adalah
diwajibkan untuk memelihara dan mengekalkan
amalan masa datang dan
menghadirkan diri di sekolah.

3.

Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
memasuki bilik darjah untuk mengajar dan ketika kegiatan kokurikulum.

21

Pendahuluan

2016

4.

Ketepatan masa juga bermakna bahawa seseorang guru itu hendaklah mengikut
jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya ataupun kawasan
sekolah sebelum tiba masa untuk berbuat demikian.

5.

Peraturan ketepatan masa itu dikenakan kepada semua guru, kakitangan sekolah
dan murid-murid. Guru perlu memberi contoh teladan yang baik sekiranya mereka
ingin mengekalkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid mereka.

Kepatuhan Tugas.
1.

Semua guru hendaklah menandatangani buku kedatangan apabila mereka datang


ke sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan
tandatangan. Begitu juga ketika waktu pulang.

2.

Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat


keizinan pengetua atau guru besar terlebih dahulu. Guru perlu mencatatkan
pergerakan masing-masing pada buku yang disediakan.

3.

Mereka yang datang lewat perlu berjumpa dengan pihak Pentadbiran dengan
memberi sebab musabab kelewatan mereka.
Sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan,
ataupun jatuh sakit dan kemalangan, guru perlu menghubungi pihak Pentadbiran dan
mengemukakan sijil sakit apabila mereka kembali bertugas. Borang permohonan cuti
sakit perlu dilengkapkan.

4.

5.

Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah
seperti Perhimpunan Mingguan, Bacaan Yassin, Sukan Tahunan Sekolah, Hari
Anugerah Bestari, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lainnya untuk membantu
mengawasi murid, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping
memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan majlismajlis tersebut.

6.

Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru
pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru


1.
2.

Sebagai ahli professional, guru hendaklah


professionalisme dan budaya kerja yang bermutu tinggi.

menunjukkan

segala

sikap

Melaksanakan tugas-tugas berikut dan perlu dipatuhi sepenuhnya:


a. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada murid berdasarkan garis panduan yang
telah ditetapkan oleh panitia masing-masing.
b. Semua kerja rumah yang diberikan kepada murid hendaklah diperiksa dengan teliti.
c. Pihak pentadbir dan ketua panitia diberikan kuasa untuk menyemak buku latihan,
buku kerja, BLA dan lain-lain dengan teliti.
d. Pemeriksaan buku tidak dibenarkan dilakukan semasa mengajar dalam kelas kecuali
guru berkenaan mengawasi murid di meja murid sendiri.
e. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu dengan
pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan tugas rasmi guru juga. Pengajaran
mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid.
22

Pendahuluan

2016

3.

Waktu luang guru atau waktu tidak mengajar dalam jadual waktu adalah masa
bekerja juga. Dalam hal ini, pihak pentadbir boleh mengarahkan guru-guru menggunakan
masa itu antara lain untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

4.

Guru-guru juga boleh menggunakan waktu luang untuk membuat persediaan untuk
mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan BBM
dan memeriksa buku murid.

5.

Disamping itu, guru juga boleh mengadakan pertemuan dengan murid yang
bermasalah dalam pelajaran yang diajar oleh guru. Guru juga boleh membuat persediaan
aktiviti kokurikulum dan lain-lain tugas perlu atau diarahkan oleh pihak pentadbir.

Buku Rekod Mengajar


1.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan peraturan pengisian Buku Rekod


Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya.

2.

Buku Rekod Mengajar mestilah mengandungi Salinan Jadual Waktu, Sukatan


Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Tahunan dan butiran butiran lain yang
perlu dilengkapkan.

3.

Setiap hari Rabu, Buku Rekod Mengajar yang lengkap diisi untuk satu minggu
hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbir. Buku Rekod Mengajar adalah hak
milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti
panjang dan juga pada akhir tahun. Kehilangan Buku Rekod Mengajar perlu dibuat
laporan polis.

Perhubungan Guru dengan Murid


1.

Sebagai pendidik, guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan murid sentiasa
bermuka manis. Guru perlu memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid.

2.

Disiplin murid adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk menanamkan asas
disiplin kepada semua murid. Tindakan segera perlu diambil terhadap sebarang
pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Pelanggaran disiplin yang serius hendaklah
dilapor dan dirujuk kepada pihak pentadbir.

3.

Guru juga bertanggungjawab untuk memlihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan


yang berat sahaja harus dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi
pelaksanaan yang berkesan.

4.

Semua guru diharapkan untuk membaca, mengkaji, mengingati dan menghayati


surat-surat pekeliling yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah sebagaimana
dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dari masa kesemasa.

5.

Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin muridnya supaya
tiada murid yang ponteng dalam kelasnya.
23

Pendahuluan

2016

6.

Guru-guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai


untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh murid.

7.

Guru yang mendapati murid sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkan
kepada guru bertugas harian dan pihak pentadbir dengan segera
Pakaian

1.

Guru hendaklah sentiasa kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertugas di sekolah.

2.

Guru tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang
semasa berada di sekolah, kecuali untuk kegiatan di padang

3.

Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.


Perkara Am
1.

Perintah Am- Semua guru perlu mengambil perhatian terhadap kandungan Bab C
dan D yang menyenaraikan Tatalaku Pegawai Awam dan cuti-cuti yang dibenarkan
oleh mereka.

2.

Kebersihan
a. Guru bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah dan juga kelas
mereka termasuk juga bilik guru sendiri.
b. Guru perlu bertindak segera sekiranya terdapat sampah sarap berselarak di
merata-rata tempat.

3.

Keselamatan Perabot.
a. Guru perlu memerhati agar murid tidak merosakkan harta benda sekolah
dengan cara sengaja.
b. Laporkan kepada guru bertugas harian dan pihak pentadbir jikalau terdapat
tanda-tanda yang boleh merosakkan harta benda sekolah.

4.

Pelawat
a. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan murid dalam bilik
darjah /makmal.
b. Pelawat / jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka
mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir.
c. Perbincangan antara murid dan guru dengan pelawat / jurujual hanya boleh
dibuat di dalam bilik guru sahaja.

5.

Papan Kenyataan
a. Semua notis dari luar dan dari persatuan hendaklah mendapat kebenaran pihak
pentadbir sebelum ditampal di papan kenyataan.
b. Notis tanpa kebenaran adalah melanggar peraturan sekolah dan tindakan perlu
diambil dengan menurunkannya dengan segera.

6.

Kenyataan akhbar- Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan kepada


akhbar walaupun bertindak atas nama Guru Besar dan pihak sekolah.
24

Pendahuluan

2016

7.

Surat Pekeliling- surat pekeliling yang hendak diedarkan kepada guru-guru


hendaklah mendapat kebenaran dari Guru Besar terlebih dahulu.

8.

Surat Rasmi semua surat rasmi yang keluar dari sekolah sama ada dari guru
ataupun persatuan dan kelab hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar sahaja.

9.

Kutipan wang- tertakluk kepada prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.

Disunting dari : Omardin Ashari (1998),Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di


Sekolah Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber
hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

25

Anda mungkin juga menyukai