Anda di halaman 1dari 10

Puteri Pau

Pau adalah makanan kegemaran Intan, seorang budak perempuan yang


comel. Meskipun baru berusia 6 tahun, tetapi membuat kuih pau adalah
kepakaran Intan yang diwarisi dari ibu yang dikasihinya. Semua orang yang
pernah merasai pau Intan akan memuji-muji keenakan dan kelembutan
paunya. Intan adalah seorang anak yang sentiasa taat kepada ibu dan
bapanya.

Intan akan membawa kuih pau sebagai bekalannya ke sekolah setiap hari.
Pau dan Intan tidak boleh dipisahkan. Jika Intan tidak makan pau dalam
sehari, seluruh tubuhnya akan sakit dan dirinya akan menjadi kurang
bermaya. Ibunya mengetahui kelemahan Intan. Jadi, ibu akan menyediakan
pau untuk Intan sihat dan bersemangat setiap hari.

Pada suatu hari, Intan bersiap-siap untuk ke sekolah seperti biasa. Intan
meletakkan bekalan kuih paunya ke dalam bakul dan mengayuh basikal
dengan berhati-hati. Apabila sampai di simpang jalan, tiba-tiba ada sebuah
kereta cuba untuk memotong basikalnya. Pemandu kereta itu telah
melanggar Intan. Intan tidak berjaya menggelak dan tercampak di atas jalan
raya. Kuih pau Intan turut bertaburan di atas jalan raya.

Intan dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Intan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu. Intan terus
mengalami koma kerana berlaku pendarahan beku di kepalanya. Namun,
keluarganya sangat bersyukur kerana percaya Intan akan pulih tidak lama
lagi. Semua ahli keluarga Intan berasa risau kerana sangat menyayanginya.
Ibu dan keluarganya berasa sangat sedih namun percaya ini sebagai ujian
dari Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya.

Intan telah mengalami tidur yang panjang dan tidak sedarkan diri dalam
tempoh yang sangat lama. Sepanjang waktu koma, Intan hanya bergantung
dengan bantuan bernafas dengan bantuan mesin. Intan juga diberikan
nutrien dan air melalui tiub makanan. Ayah, ibu dan adik-beradik sentiasa
berada di sisi Intan untuk menyokong dan bergilir-gilir membaca ayat alQuran agar dapat membantu Intan segera pulih.

Setelah hampir 9 bulan berlalu, akhirnya Intan telah sedar daripada koma.
Ahli keluarganya berasa sangat bersyukur kerana Intan telah beransur pulih.
Keluarga Intan

telah bersedia untuk menghulurkan sebarang bentuk

pertolongan. Hubungan antara sesama ahli keluarga menjadi semakin erat


seperti peribahasa Melayu, bagai aur dengan tebing. Kasih sayang dalam
keluarga ini semakin utuh dan padu.
.
Semenjak Intan koma, berat badannya telah menjadi semakin berkurangan.

Ibu dan ayah telah berusaha mencari penawar agar Intan pulih daripada
sakit yang dialaminya.
Makanlah walaupun sedikit, Intan. Nanti Intan akan jatuh sakit, pujuk ibu.
Ibunya memasak serta menghidangkan pelbagai makanan yang lazat dan
menyelerakan. Namun, Intan tetap tidak berselera untuk makan. Akhirnya,
tubuh Intan menjadi semakin kurus kering. Intan juga sudah tidak berdaya
untuk berdiri.

Pada suatu hari, ibu telah bermimpi menemui nenek Intan. Nenek berpesan
kepada ibu agar menghidangkan kuih pau yang menjadi kegemaran Intan
sejak kecil. Setelah tersedar dari tidur, ibu terus teringat kuih yang menjadi
kegemaran Intan suatu ketika dahulu. Ibu segera ke dapur dan terus
membuat kuih pau kegemaran Intan. Ibu telah terlupa tentang makanan
kegemaran anaknya kerana terlalu risau mengenangkan kesihatan Intan
yang semakin merosot.

Betul seperti yang telah dimimpikan oleh ibunya. Intan terus makan pau
kegemarannya dengan sangat berselera. Intan terus memeluk erat ibunya
sambil membisikkan ucapan terima kasih kerana selalu bersusah payah
menjaganya ketika sakit. Intan menjadi semakin pulih serta kembali sihat
dan boleh berdiri seperti dahulu. Baharulah ibunya teringat, Intan anaknya
adalah Puteri Pau. Intan dan pau memang tidak dapat dipisahkan. Ibu sangat
gembira melihat Puteri Paunya telah kembali ceria seperti dahulu. Seluruh

keluarga Intan berasa gembira dengan perubahan kesihatan Intan. Mereka


berasa sangat bersyukur kerana Intan telah sembuh dari sakit yang
dialaminya dan menjadi anak yang solehah.

Pengajaran dalam cerita ini:


Adik-adik, kita mestilah menyayangi keluarga kita kerana mereka adalah
sangat rapat dan dekat dengan diri kita. Ibu bapa hendaklah memberikan
kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak, manakala anak-anak pula
perlu menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Kita perlu bersyukur
kepada Allah atas setiap ujian yang kita alami sebagai tanda seorang hamba
yang taat pada perintah-Nya. Kita juga perlu mengucapkan terima kasih
kepada semua orang yang telah membantu kita.
PUTERI PAU 2

Puteri Pau gelaran buat seorang budak perempuan yang comel bernama
Pauziah. Pauziah mempunyai satu kegemaran yang sukar ditinggalkan sejak
dia kecil lagi. Dia suka makan kuih pau. Kegemarannya terhadap pau tidak
boleh dihalang. Dia sanggup meminta agar ibu mengajarnya cara membuat
kuih pau. Setiap hari, dia akan ke dapur untuk membuat kuih pau
kegemarannya. Lama-kelamaan, Pauziah berjaya membuat sendiri kuih
paunya . Pauziah dan pau tidak boleh dipisahkan.

Sejak kecil, Pauziah dan keluarganya hidup serba mewah. Namun begitu, dia
lebih suka bersikap sederhana dan menggunakan kemewahannya untuk
membantu orang lain. Pauziah merupakan anak bongsu daripada lima adikberadik. Abang dan kakaknya sangat menyayangi Pauziah. Ini kerana
Pauziah seorang budak yang bijak dan jujur. Pauziah juga seorang yang baik
hati dan cerdas. Kebanyakan rakan-rakan menyenangi Pauziah kerana
sikapnya. Selain itu, disebabkan sikapnya yang baik, dia juga dikagumi oleh
rakan-rakan dan guru-guru.

Pauziah telah berpindah ke sekolah baharu di Segamat. Nama sekolahnya


ialah

Sekolah

Kebangsaan

Kampung

Mesra.

Pada

hari

pertama

persekolahannya, dia sangat gembira dan gementar. Ini kerana buat pertama
kalinya dia mengalami suasana di sekolah yang baharu. Dia di bawa ke Kelas
Satu Bukhari. Dia gembira dapat bertemu rakan-rakan baharu.

Hari pertama persekolahannya berjalan dengan lancar. Namun, dia merasa


agak kecewa kerana rakan yang duduk bersebelahannya tidak hadir.
Namanya itu Pelangi. Begitulah yang berlaku pada hari seterusnya.

Pada suatu hari, Pauziah bertanya kepada Murni. Kenapa rakan sebelah
saya ni kerap tak datang sekolah?.
Oh, Pelangi memang begitu! Selalu tak datang sekolah, jawab Murni, acuh
tak acuh.

Pauziah merasa hairan. Pada fikirannya, seorang murid perlu datang ke


sekolah. Dia berharap dapat bertemu Pelangi pada keesokan harinya.

Pada suatu hari, Pelangi datang ke sekolah. Pauziah merasa sungguh


gembira. Dia mencari Pelangi di sekitar sekolah pada waktu rehat kerana
tidak sempat untuk berkenalan di kelas. Dia tidak sabar-sabar untuk
berkongsi keenakan kuih pau buatannya. Tiba-tiba, dia terpandang Pelangi
keluar dari bilik guru. Wajah Pelangi kelihatan muram berbanding pagi tadi.

Pauziah mengekori Pelangi dari belakang. Pelangi menuju ke sanggar ilmu


sekolah. Dia duduk sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Pauziah menghampiri Pelangi. Hai, Pelangi. Saya Pauziah. Boleh saya duduk
di sini? ujar Pauziah. Pelangi hanya mendiamkan diri. Dia tidak menyahut
sapaan Pauziah.

Begitulah keadaan yang berlaku antara Pauziah dan Pelangi setiap kali
bertemu. Pelangi tetap mendiamkan diri. Tetapi Pauziah sentiasa cuba untuk
merapati Pelangi. Kawan-kawan lain tidak suka berkawan dengan Pelangi.
Mereka mengatakan Pelangi sombong dan tidak sesuai berkawan dengan
mereka.

Pada suatu hari, Pauziah nekad. Dia mahu mengekori Pelangi selepas habis
waktu persekolahan. Sudah tiga bulan dia bersekolah di sini. Tetapi, Pelangi

bersekolah hanya tiga hari sahaja. Anehnya, guru dan rakan-rakan yang lain
seperti tidak mengambil endah tentang ketidakhadirannya ke sekolah.

Pelangi telah memasang strategi bijaknya. Dia telah memberitahu keluarga


akan rancangannya.

Hari ini Pelangi datang ke sekolah. Ini adalah masa yang sesuai untuk
melaksanakan strateginya. Setelah sesi kelas habis, dia bersedia untuk
mengekori Pelangi. Semasa dalam perjalanan pulang, Pelangi terpaksa
berhenti beberapa kali untuk menghilangkan rasa keletihan. Pauziah juga
keletihan. Dia mesti mengetahui di mana Pelangi tinggal. Tiba-tiba, dia
merasa kasihan kepada Pelangi. Hatinya terdetik. Bagaimana Pelangi mampu
berjalan sejauh ini?

Sesampainya di hujung kampung, Pauziah nampak sebuah rumah. Dia


melihat beberapa adik Pelangi berkejaran mendapatkan Pelangi. Ruparupanya, adik-adiknya ingin mendapatkan makanan yang dibawa pulang
oleh Pelangi.

Pauziah terus memberi salam. Pelangi sangat terkejut melihat Pauziah di


belakangnya. Tetapi, dia tidak berbuat apa-apa. Ibu Pelangi mengajak
Pauziah masuk ke rumah. Pelangi membantu ibunya membawakan segelas
air. Dia faham Pauziah tentu keletihan.

Maafkan saya makcik, ujar Pauziah. Sebenarnya, saya yang ikut Pelangi
pulang dari sekolah, ujarnya lagi. Ibu Pelangi angguk dan faham.

Pelangi mengajak Pauziah berbual di bawah pokok di halaman rumahnya.


Pelangi tahu mengapa Pauziah mengekorinya.
Ayah saya sudah tiada. Saya anak sulung dalam keluarga. Adik-beradik saya
ramai. Kadang-kadang, jika ibu sakit, saya perlu menjaga adik-adik kerana
mereka masih kecil. Ibu saya mengambil upah mencuci pakaian di rumahrumah jiran. Awak lihatlah rumah saya. Tentu tiada siapa yang sudi datang
ke rumah. Itulah sebabnya saya selalu menjauhkan diri daripada kawankawan. Semua guru sudah tahu kesusahan saya. Saya selalu diberi
pelepasan. Tetapi, saya sedar sepatutnya saya perlu bersekolah, ujar
Pelangi panjang lebar.

Pauziah hanya mendengar cerita Pelangi. Dia merasa sungguh kasihan


kepada Pelangi. Dia perlu menolong Pelangi agar bersekolah setiap hari.

Pauziah meminta pertolongan ibunya untuk mengajar ibu Pelangi cara


membuat kuih pau. Dia berharap kuih pau ini dapat membantu keluarga
Pelangi.

Ibu Pelangi berjaya dan mampu menyara keluarganya dengan perniagaan


kuih pau. Ibu Pauziah telah mengajar cara-cara menghasilkan pau sejuk beku

supaya dan membantu membuat perancangan agar perniagaan pau sejuk


bekunya semakin berkembang maju.

Kehidupan Pelangi dan keluarganya telah berubah menjadi semakin baik.


Mereka sekeluarga sangat berterima kasih kepada Pauziah kerana telah
banyak membantu keluarganya. Kebijaksanaan Puteri Pau telah dipuji oleh
semua guru dan rakan sekolahnya.Walaupun, baharu berusia 7 tahun,
namun ideanya sangat bernilai dan tidak dapat dibalas dengan sesuatu pun
sehingga dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi sebuah keluarga
yang susah. Pauziah dan Pelangi telah menjadi sahabat baik. Hubungan
keluarga Pauziah dan Pelangi semakin erat dan utuh.

Pengajaran dalam cerita ini:

Adik-adik, Pauziah adalah seorang budak perempuan yang baik hati. Kita
patut mencontohi sifat simpatinya terhadap kesusahan orang lain. Selain itu,
Pauziah dan keluarganya adalah sangat bermurah hati kerana memberi
bantuan

secara

ikhlas

mengharapkan balasan.

kepada

mereka

yang

memerlukan

tanpa

Anda mungkin juga menyukai