Anda di halaman 1dari 1

DOA SEKOLAH

Sesungguhnya kami melahirkan rasa kesyukuran atas kurniaan-Mu


Jadikanlah kami
Hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang
Melimpah-limpah kepada kami
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui bahawa kami di SMK Seri Permaisuri
ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai
hamba-Mu yang Engkau redhai.
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya hidayah-Mu semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Allahumma antalAziz zuljalil


Kurniakanlah kepada kami pelajar-pelajar
yang cergas mindanya,
mempunyai ketenangan jiwa dan kekuatan semangat
bagi menghadapi sebarang cabaran, berdaya saing
serta mampu mengangkat martabat diri, masyarakat dan negara.

Yaa zaljalaa liwal ikraam


Ampunilah segala dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami
Dan dosa guru-guru kami.
Permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.

AMIN

Anda mungkin juga menyukai