Anda di halaman 1dari 3

KENAPA KENA BACA SURAH AL-KAHFI???

Baru saya faham sepenuhnya bagaimana Surah Al-Kahfi boleh jadi pelindung kita semua.
Tadabbur dan fahami mesej di sebalik 4 kisah di dalam surah ini adalah cara terbaik bagi
mengingati diri.
Puan Lina dalam perkongsiannya baru-baru ini ada berkongsi bagaimana anakandanya
Darwisya sangat terlindung dari gejala bahasa kotor rakan sekolahnya dahulu.
Mari kita mula amalkan, dan ajak anak-anak kita dan kita sekali menghafaznya.
Kemudian bila anak-anak dah besar, fahami dan jadikan ia sebagai survival kita dalam
mengharungi dunia kini dan hadapan yang amat mencabar.
..................................................................................................
Kenapa kita kena baca kahfi hari jumaat ya?
Katanya ada kaitan dengan dajjal.. macam mana ya?
Kalau kita perhati betul-betul, surah Al-Kahfi ni ada 4 penceritaan besar dari
Allah kepada manusia iaitu :

Kisah
Kisah
Kisah
Kisah

Ashabul Kahfi
2 Empunya Kebun
Nabi Musa, Nabi Khidir
Dzulkarnain

Kaitannya dengan dajjal ini, dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan godaan ini.

Dugaannya ialah :
Dugaan Akidah
Dugaan Kekayaan dan Pengikut
Dugaan Ilmu Pengetahuan
Dugaan Dzulkarnain

Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal

Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan Akidah


Dugaan AKIDAH Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan memaksa manusia
supaya mengaku dia tuhan.
Survival Kit dari kisah ashabul kahfi :
- Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
- Kawan yang soleh iaitu mengikut perintah Allah.
- Jangan terikut dengan orang yang suka mengikut hawa nafsu
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)
Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan Kekayaan dan Populariti
Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI Dajjal akan cuba menyesatkan kita
dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai
pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.
Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
- Sedar akan hakikat kehidupan.
- Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang
-

kekal adalah lebih penting.


Syukur kepada Allah atas kurniaanNya

(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir dan Dugaan Ilmu Pengetahuan
Dugaan ILMU PENGETAHUAN Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan
menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara
yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.
Survival Kit dari Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :

Perlu bersikap rendah diri dan tawadhuk atas pengetahuan yang diberikan.
Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
Terdapat perkara tersirat di sebalik perkara yang tersurat itu. Dengan sebab
itu, kita perlu menyelidik perkara tersebut dan banyak lagi ilmu pengetahuan
yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat69)

Kisah Dzulkarnain dan Dugaan Kuasa


Dugaan KUASA Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan kuasa yang dimiliki di
dunia ini.
Survival Kit dari Kisah Dzulkarnain :
- Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
- Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh
- Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa
- Sekiranya mendapat suatu kuasa, kita perlu integrasikan pengetahuan dan
-

kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.


Sebagai contoh : Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan
untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Yajuj dan

Majuj membuat kerosakan.


Jangan menyekutukan Allah dan berbuat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)

.........................................................
Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang sudah
disenaraikan.
Kredit untuk Nazrah Abdul Aziz & Maznah Ibrahim

Anda mungkin juga menyukai