Anda di halaman 1dari 1

Alu Aluan

Pengetua SMK Machang

Tahniah dan terima kasih di atas usaha untuk menerbitkan buku peraturan ini.
Semoga dengan penerbitan ini, ianya dapat memberi panduan kepada semua
warga SMK Machang untuk mencegah, membetulkan, dan prosedur tindakan yang
perlu dilalui bila kita menangani masalah disiplin. Walau pun buku ini tidak
menyediakan semua jawapan dalam penyelesaian masalah disiplin tetapi dengan
budi bicara dan tafsiran secara kolektif dalam kalangan warga sekolah dapat
memastikan satu penyelesaian yang positif.
Pada dasarnya, buku Peraturan Sekolah SMK Machang akan menjadi punca
rujukan di SMK Machang. Dalam memburu sebuah kecemerlangan, kita harus
menerima hakikat bahawa pendisiplinan diri menjadi satu kemestian. Adalah
diharapkan usaha untuk mencegah, mengahadapi dan membaiki masalah disiplin
dapat dilakasanakan dengan lebih berkesan khususnya di peringkat sekolah.

Nik Man bin Nik Mat


Pengetua,
SMK Machang.
Januari 2014

Anda mungkin juga menyukai