Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

PERTANDINGAN BOLA JARING


MSSDS,
SK. BUGAYA SEMPORNA SABAH

2016

TEMPAT:
PADANG/DEWAN SK.PEKAN SEMPORNA

1.0

MAKLUMAN UMUM

Pertandingan Bola Jaring MSSDS ini merupakan satu pertandingan rutin yang akan
dibuat pada setiap tahun bagi daerah Semporna. Pertandingan sebegini secara
tidak langsung akan memyemai sifat-sifat murni dalam diri seperti kerjasama
antara ahli pasukan, berdaya saing, berfikiran positif dan bersatu padu. Diharapkan
pertandingan

seperti ini akan berterusan agar dapat mencungkil bakat dan

kemahiran meningkatkan tahap kecergasan, penguasaan kemahiran dan semangat


kesukanan dalam kalangan murid-murid . Pertandingan ini juga diharapkan dapat
membentuk pasukan yang kuat bagi mewakili Pasukan Bola Jaring SK. Bugaya ke
peringkat MSSDSdan seterusnya boleh mewakili daerah ke peringkat bahagian dan
negeri.
2.0

PERINCIAN AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN


2.1

Taklimat Pertandingan
Slot ini telah dikendalikan oleh pengerusi pengelola pertandingan iaitu
PK. KOKUM SK. Pekan Semporna En. Leksing Salleh Hj. Ismail pada 28
JANUARI 2016. Pada hari tersebut penghantaran borang dan yuran
penyertaan serta cabutan undi Pengurus-pengurus pasukan diberikan
taklimat mengenai format pertandingan bagi kategori umur 12T, 15T
dan 18T

2.2

Perlaksanaan Pertandingan (01 hingga 03 Feb 2016 )


Pertandingan ini berjalan selama 3 hari dan akan bermula pada 01 Feb
dan berakhir pada 03 Feb 2016. Bermula pada jm 7.30 hingga 5.00
Petang.

2.3

Penyampaian Hadiah dan Pengumuman Pemain-pemain Yang


Akan Mewakili Sekolah Dalam Kejohanan Bola Jaring MSSDS
2016.
Seramai 12 orang pemain yang telah dihantar . Pasukan SK. Bugaya
telah menempatkan diri dalam kelompok 4 pasukan teratas yang
mampu bersaing dalam pertandingan ini. 2 orang pemain dari pasukan
SK. Bugaya telah di pilih

mewakili daerah ke Tenggara pada 10 dan 11 Feb 2016 di Lahad Datu


iaitu adik Serena Suhana Karim dan adik Nursyazirah Tunya. Pasukan
Daerah Semporna bawah 12 tahun telah mendapat naib johan di
peringkat Tenggara.
2.4

Penutupan & Fotograf


Penutupan/perasmian

pertandingan Bola

jaring

MSSDS ini

disempurnakan oleh PPD Semporna Pn. Umai Salamah

telah

Selepas itu,

diadakan sesi bergambar kesemua pasukan dalam pertandingan. Majlis


diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada semua peserta
dan juga pengadil sepanjang pertandingan
Bola Jaring MSSDS berlangsung.

3.0

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PERTANDINGAN


BOLA JARING MSSDS 2016

AKSI-AKSI PARA PEMAIN BOLA JARING SEMASA PERLAWANAN


BOLA JARING KE TENGGARA

PENGADIL/ JURULATIH/PENGURUS
PN SURIAH /PN. JUMAATIA/ PN. LINDA

AJK PELAKSANA PERTANDINGAN BOLA JARING TERTUTUP SKBS

Disediakan oleh:
_________________________________
(PN. SURIAH BINTI HJ. ABDUL SAMAD)
Pengurus Pasukan Bola Jaring,
SK. Bugaya Semporna

Disemak/Disahkan Oleh:
________________________________
(TN. HAJI ABDUL AZIZ HJ. MOMEN)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK. Bugaya Semporna

Anda mungkin juga menyukai