Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

PERTANDINGAN BOLA JARING


MSSDS,
SK. BUGAYA SEMPORNA SABAH
2016

TEMPAT:
PADANG/DEWAN SK.PEKAN SEMPORNA
1.0 MAKLUMAN UMUM

Pertandingan Bola Jaring MSSDS ini merupakan satu pertandingan rutin yang akan dibuat pada
setiap tahun bagi daerah Semporna. Pertandingan sebegini secara tidak langsung akan
memyemai sifat-sifat murni dalam diri seperti kerjasama antara ahli pasukan, berdaya saing,
berfikiran positif dan bersatu padu. Diharapkan pertandingan seperti ini akan berterusan agar
dapat mencungkil bakat dan kemahiran meningkatkan tahap kecergasan, penguasaan
kemahiran dan semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid . Pertandingan ini juga
diharapkan dapat membentuk pasukan yang kuat bagi mewakili Pasukan Bola Jaring SK.
Bugaya ke peringkat MSSDSdan seterusnya boleh mewakili daerah ke peringkat bahagian dan
negeri.

2.0 PERINCIAN AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

2.1 Taklimat Pertandingan

Slot ini telah dikendalikan oleh pengerusi pengelola pertandingan iaitu PK.
KOKUM SK. Pekan Semporna En. Leksing Salleh Hj. Ismail pada 28 JANUARI
2016. Pada hari tersebut penghantaran borang dan yuran penyertaan serta
cabutan undi Pengurus-pengurus pasukan diberikan taklimat mengenai format
pertandingan bagi kategori umur 12T, 15T dan 18T

2.2 Perlaksanaan Pertandingan (01 hingga 03 Feb 2016 )

Pertandingan ini berjalan selama 3 hari dan akan bermula pada 01 Feb dan
berakhir pada 03 Feb 2016. Bermula pada jm 7.30 hingga 5.00 Petang.

2.3 Penyampaian Hadiah dan Pengumuman Pemain-pemain Yang Akan


Mewakili Sekolah Dalam Kejohanan Bola Jaring MSSDS 2016.
Seramai 12 orang pemain yang telah dihantar . Pasukan SK. Bugaya telah
menempatkan diri dalam kelompok 4 pasukan teratas yang mampu bersaing
dalam pertandingan ini. 2 orang pemain dari pasukan SK. Bugaya telah di pilih
mewakili daerah ke Tenggara pada 10 dan 11 Feb 2016 di Lahad Datu iaitu
adik Serena Suhana Karim dan adik Nursyazirah Tunya. Pasukan Daerah
Semporna bawah 12 tahun telah mendapat naib johan di peringkat Tenggara.

2.4 Penutupan & Fotografi

Penutupan/perasmian pertandingan Bola jaring MSSDS ini telah disempurnakan


oleh PPD Semporna Pn. Umai Salamah Selepas itu, diadakan sesi bergambar
kesemua pasukan dalam pertandingan. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil
dan hadiah kepada semua peserta dan juga pengadil sepanjang pertandingan
Bola Jaring MSSDS berlangsung.

3.0 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PERTANDINGAN


BOLA JARING MSSDS 2016
AKSI-AKSI PARA PEMAIN BOLA JARING SEMASA PERLAWANAN
BOLA JARING KE TENGGARA
PENGADIL/ JURULATIH/PENGURUS
PN SURIAH /PN. JUMAATIA/ PN. LINDA

AJK PELAKSANA PERTANDINGAN BOLA JARING TERTUTUP SKBS


Disediakan oleh:

_________________________________
(PN. SURIAH BINTI HJ. ABDUL SAMAD)
Pengurus Pasukan Bola Jaring,
SK. Bugaya Semporna .

Disemak/Disahkan Oleh:

________________________________
(TN. HAJI ABDUL AZIZ HJ. MOMEN)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK. Bugaya Semporna

Anda mungkin juga menyukai