Anda di halaman 1dari 2

ISTIADAT LAUNG AGUNG

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia
dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata
penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah
diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
Tujuan
1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
3. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"
Cara pelaksanaan istiadat laung agung
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali kuat & nyaring). Semua PKK
berdiri diam dalam keadaan sedia
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada
PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela
3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat
bulatan kecil bahu ke bahu.
4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut
sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.
5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK
menjatuhkan tangan mereka.
6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela
merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha
rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah
ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA
BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam
keadaan sedia.
7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU
BUAT HABIS BAIK?"
8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK"
9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan
mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli
dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.
2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di
hadapan tiang bendera.
3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera
untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera
serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat
asalnya dengan berkawad.
4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan
lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap
kembali ke dalam bulatan seperti asal.
5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata
"up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan
kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas
tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat
turunkan tangan.
6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau
minta menjalankan tugas lain.
7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform
PKK sebelum membuat pengumuman.

Anda mungkin juga menyukai