Anda di halaman 1dari 19

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH RENDAH
Definisi strategi

kaedah dan teknik

Sumber : http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?


"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai."
"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"
"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"
"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."
"Apa itu stra..."

PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang
menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang
harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu
rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempatempat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang
dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik
pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas
dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep
tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik
pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta
pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.
KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian
kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,
sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh
gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau
mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedahkaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam
lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan
adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran
yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab
itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.
Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke
dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak
yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah
disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat
berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak
memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran
memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau
pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka
kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun
teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul.
Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan
tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.
Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal
dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain,
latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik
dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika
seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat
kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik
bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat
murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti
mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang
disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu
menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar
diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi
semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti
perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.
Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap
kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam
pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk
melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau
pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat
makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa
makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat
berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta
hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia
boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi
pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik.
Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan
informal serta dengan pemerhatian.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.
Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian
yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan
wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau
pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan,
pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di
sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang
difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif,
pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran
yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan
pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah
pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan
masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema
pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan
bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu
mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta
Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi,
pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan
teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif
maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau
S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan
sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk
menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu
matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus
memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang
dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus
memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita
menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu
sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang
dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5
kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan
menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan

dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya,
merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah
manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang
lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan
untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya
harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat
pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan
makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk
menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan
adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang
dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan
sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya
tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan
dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta
kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang
digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan
kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau
pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan,
kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya?
Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang
dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan,
pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya
terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi
pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu,
setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik
darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi
berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedahkaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar
kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses
pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang
lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan
pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan
masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum
Rujukan

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka,
Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

TAJUK 1 :- PENGERTIAN KONSEP PENILAIAN, PENGUJIAN DAN


PENTAKSIRAN
Penilaian
Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses
mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang
perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu
program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang
membolehkan seseorang membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti
Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada
asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan

pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi


pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas
sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.
Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih
dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan
terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran
terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.
Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai
pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti
adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral
pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus
dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran
mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan
rapuh.
Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti.
Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu
kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan
sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka
dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan
memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti
empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu
diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan
mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh
dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan
pengujian yang berkualiti.
Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap
sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu
proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi
kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor
ujian.
http://72.14.235.132/search?q=cache:F_39aYGFGEJ:ppt.ump.edu.my/images/asdc/MODUL
%25204%25204A.doc+pengertian+pentaksiran,pengujian+dan+penilaian&hl=en&ct=clnk&
cd=3&gl=my

TUESDAY, MAY 5, 2009


TAKSONOMI DAN DOMAIN
Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak
hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras
untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah
bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S.
Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan,
Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,
peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan
melabelkan.
2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep
dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih,
menerangkan dan menulis semula.
3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf
daripada data dan lain-lain.
4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur
organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih.
5) Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan


masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan
mengembangkan.
6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman
atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan
dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
Taksonomi Solo
Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the
Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan
berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu
peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item
aras rendah dan item aras tinggi.
Aras Taksonomi Solo
1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.
2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.
3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.
4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.
5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.
Taksonomi Krathwohl
Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi,
sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.
Aras taksonomi Krathwohl
1) Penerimaan

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar


mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa
atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran
menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal
bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu
nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa
membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu
nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa
membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
POSTED BY CIKGU IT AT 10:57 AM 0 COMMENTS
PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
TUJUAN
1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap
pengajaran guru.
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak
dalam peperiksaan besar.
8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
10.Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.

KEPENTINGAN
1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep
dan kemahiran.
2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh
digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain
untuk membimbing pelajar secara individu.
5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN
1. Kesahan
2. Kebolehpercayaan
3. Keobjektifan
4. Kebolehtadbiran
5. Kebolehtafsiran
>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia
terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan
kesahan serentak.
Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji.
Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan
petikan dan soalan kefahaman petikan itu.
Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang
calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa
hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana
murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon
itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel
dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.
Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan
dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh
kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.
Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya,
dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan

murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para


pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa
Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak
ujian itu tinggi.
>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika
seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada
hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari
kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat
kebolehpercayaan.
>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang
mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama.
Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan)
berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau
perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan,
kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.
>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad
latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang
diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas
melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan
turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian
objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih
diutamakan guru untuk menanda.
POSTED BY CIKGU IT AT 9:59 AM 0 COMMENTS
PENGERTIAN DAN KONSEP
Pengujian
* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang
perubahan tingkah laku seseorang individu.
* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar
memberi satu set tindak balas / respon.
* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik,
melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan
sebagainya.
* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur
pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:


1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain.
3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada
pelajar sebelum pengajaran.
4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.
Pentaksiran
* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau
takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.
* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik,
senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.
* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian
kualitatif atau membuat keputusan.
Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang
lain.
4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Penilaian
* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti
atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
Tiga langkah penilaian:
1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.


*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran
dan keputusan.
* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah
laku seseorang individu.
* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan
berinisiatif".
* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai
darjah kecerdasan 120".
* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu
keputusan.
* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia
menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat
taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian,


pentaksiran, dan penilaian

Monday, February 16, 2009

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan
untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara
terancang dan rapi.
Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau
objektif pelajaran
Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
Bentuk dan panjangnya ujian
Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.
Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang
diberi dalam pengajaran.
Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung
kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

SUNDAY, JULY 12, 2009


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Definisi

JSU jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu
konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap
konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Tujuan JSU diwujudkan.

Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan


tidak tahu aras)

Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.

Ciri-ciri JSU

Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang aras kemahiran dan
menegak kandungan.

Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.

Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.

Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan


kemahiran.

Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.

Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.

Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Kepentingan JSU

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

kertas ujian dapat digubal secara sistematik

kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

Memberi panduan untuk membentuk soalan.

Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.

Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.

taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

4 syarat JSU
1. Ujian tidak dibina semberangan.
2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji.

3. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian.


4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.
Langkah-langkah membinan JSU

Langkah 1
Senaraikan tajuk-tajuk yg hendak diuji.

Langkah 2
Tentukan soalan yg hendak dibina.
a.Soalan objektif (30 soalan)
b.1 markah bagi satu soalan
c.Jumlah soalan bg setiap topik dikira
= jumlah masa / jumlah masa
keseluruhan x jumlah soalan

Langkah 3
Tentukan model aras kesukaran (mudah sukar).

Langkah 4
Menentukan jenis soalan yg hendak diuji (objektif, struktur, esei, dll)

L5
1.Tentukan soalan bg setiap komponen.
2.Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar)
3.Pemarkahan.

Langkah 6
1.Tentukan mata pelajaran.
2.Tahun / tingkatan
3.Susunan nomdor mengikut tajuk.

Menyemak item soalan


1. Bahasa
2. Isi (mengikut kemahiran)
3. Arahan yg diberi jelas
4. Masa yg diberi mencukupi
5. Susunan soalan (mudah-sukar)
Ujian Pra
1. Dijalankan setelah menyemak soalan
2. Menentukan kesahan
3. Kebolehpercayaan

4. Kebolehtakbiran (boleh diurus perjalanan peperiksaan)


5. Kemudahtafsiran (dianalisis)
6. Maklumat ujian pra membantu guru menentukan soalan
Konsep IK (Indeks Kesukaran)

Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah)

Pengiraan :

1. IK = B / J (jumlah yg sedikit)
B = bil. Calon menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon
2. IK = BT + BR / J (jumlah yg banyak - lebih 40 orang)
BT = jumlah calon dlm kumpulan tinggi yg
menjawab betul
BR = jumlah calon dlm kumpulan rendah
yg menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon

Anda mungkin juga menyukai