Anda di halaman 1dari 8

MARKS

KMP 6033
INTEGRATING INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY IN
MATHEMATICS CLASSROOM

TUGASAN INDIVIDU

ISU-ISU ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK


DI SEKOLAH RENDAH

DISEDIAKAN OLEH

NAME

MATRIC NO.

NURUL SHAHIRAH BINTI SHARIFUDDIN

M20142002198

NAMA PENSYARAH : PROFESSOR DR. NOOR SHAH SAAD

TARIKH

: 14 APRIL 2016

ISU-ISU ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI


SEKOLAH RENDAH

ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan penggunaannya dalam proses


pengajaran dan pembelajaran matematik kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan
pendidik bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan
menyeronokkan. Ini disebabkan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya
kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam
mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang sejajar dengan perkembangan global
berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran

pembelajaran matematik berlaku bukan hanya setakat di dalam bilik darjah semata-mata,
tetapi juga merentasi di luar bilik darjah sehingga ke peringkat global. Transformasi maklumat
boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran
pembelajaran menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT seperti
teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Topik-topik
matematik dalam kurikulum matematik sekolah rendah juga bersifat universal dan segala
bahan berkenaan kandungan pembelajaran dapat diperolehi dengan mudah di laman sesawang
atau melalui internet.
Mengikut 'Technology-Report of the project 2061, Phase I Technology Panel".
American Association for Advancement of Science (1989) mengatakan bahawa "Technology
is the application of knowledge, tool and skills to solve practical problems and extend human
capabilities". Ternyata pendapat ini adalah selari dengan kehendak semasa yang
menganggapkan bahawa teknologi itu merupakan alat yang boleh digunakan melalui
kemahiran dan kepakaran pengetahuan yang ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
di samping dapat memberikan kemudahan dan keselesaan melalui penciptaan pelbagai jenis
peralatan untuk memenuhi keperluan pengguna. ICT juga merupakan lebih daripada alat
pengajaran. Kelestarian ICT dalam pendidikan matematik dapat meningkatkan kualiti dan
minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. ICT juga dapat membantu guru
menjalankan tugas seharian sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah termasuk
hal-hal berkaitan pengurusan, latihan berterusan dan pembangunan sahsiah. Walaupun ICT
mempunyai peranan yang besar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran matematik
yang berkesan, banyak kajian menunjukkan wujud pelbagai isu dan kesukaran dalam
mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
Salah satu isu ICT yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah
lemahnya literasi ICT dalam kalangan guru Matematik. Kebanyakan guru tidak mempunyai

pengalaman dan kemahiran untuk membina laman web dalam perisian pendidikan matematik
yang berkualiti (Chung dan Jamaludin, 2010). Kekurangan kemahiran ini telah membataskan
guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara online. Terdapat juga guru yang tidak
mahir menggunakan perisian yang telah dibina oleh kementerian contohnya perisian VLE
(Virtual Learning Environment) atau Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE). Perisian
ini adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran
sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa
juga boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh
menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Virtual
Learning Environment (VLE) sebenarnya merupakan salah satu cabang dalam Learning
Management System (LMS) dan sebahagian daripada ICT. Halangan-halangan seperti
kekurangan pengetahuan dalam mengendali alat ICT, kurang minat dan kemahiran
mengunakan komputer yang rendah boleh menyebabkan sistem ini berjalan tidak sempurna.
Kursus-kursus berkaitan penggunaan VLE juga amat terhad untuk para guru pada ketika ini
sedangkan pelaksanaannya melibatkan semua guru di bawah KPM.
Lemahnya literasi ICT dalam kalangan guru menyebabkan kurangnya pengintegrasian
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru lebih selesa dengan kaedah
tradisional dan tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran mereka. Sebanyak 81% guru mengaku tidak memanfaatkan kelebihan ICT
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahkan di kalangan guru-guru yang telah
mendapat Kursus Sekolah Bestari juga kurang daripada 50% yang melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer (Imran, 2000). Satu analisis rekod penyelenggaraan
pencegahan yang dijalankan di sebuah sekolah pedalaman juga menunjukkan purata
penggunaan peralatan ICT di sekolah masih berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan
peruntukan yang terlalu besar dalam menyediakan kemudahan ICT di setiap sekolah. Analisis
rekod itu mendapati purata setiap projektor LCD di sekolah beroperasi hanyalah selama 29
jam dalam jangka masa dua tahun yang boleh dikatakan sangat rendah (MHS, 2005). Guru
matematik juga berdepan dengan kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam
pengintegrasian ICT yang sesuai dalam mata pelajaran Matematik. Kursus-kursus ICT dalam
kalangan guru Matematik adalah amat terhad sedangkan pelbagai kaedah komputer dapat
digunakan dalam menyampaikan sesuatu kandungan pembelajaran matematik.

Dalam

pendidikan Matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti


seperti latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan, simulasi, pengiraan,
permainan, alat bantu mengajar dan tutee. Oleh itu, KPM perlu menyediakan program latihan
terancang yang lebih berkesan secara berterusan kepada semua guru Matematik untuk
disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik juga tidak dapat dilaksanakan dengan
menggunakan ICT sepenuhnya terutamanya sekolah di kawasan pedalaman yang tidak dapat
akses kepada internet. Isu ini juga menjadi semakin serius apabila masih terdapat banyak lagi
sekolah terutamanya sekolah pedalaman yang masih kekurangan kemudahan ICT (Abdul
wahab et al., 2006, p. 215). Kemudahan teknologi seperti makmal komputer, bilangan
komputer, internet dan LCD yang ada di sekolah sangat mempengaruhi aras penggunaan
teknologi instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Peruntukan yang
tidak mencukupi menyebabkan kebanyakan sekolah tidak dapat menyediakan kelengkapan
ICT yang baik seterusnya menghalang proses pengajaran dan pembelajaran matematik
melalui penggunaan ICT. Masalah kekurangan prasarana ICT bagi pengajaran Matematik ini
terbahagi kepada beberapa masalah domain antaranya iaitu kurangnya peralatan ICT dalam
proses PdP, komputer yang tidak diselenggara serta perisian komputer yang tidak dikemaskini
dan dinaik taraf. Bekalan peralatan ICT yang dibekalkan ke sekolah adakalanya kurang
berkualiti dan hal ini menyebabkan peralatan tersebut tidak dapat digunakan dalam jangka
masa yang panjang. Selain itu juga, bilangan peralatan ICT yang utama iaitu komputer tidak
dapat menampung bilangan pelajar yang ramai terutamanya bagi sekolah di kawasan luar
Bandar. Komputer atau alatan yang rosak pula tidak dapat diselenggara dengan baik kerana
tiadanya kepakaran dari aspek penyelenggaraan. Akibatnya, kira-kira 25 hingga 50 peratus
daripada peralatan bernilai lebih RM500 juta untuk projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di antara tahun 2003 dan 2008 tidak dapat
digunakan lagi.

Salah satu isu ICT yang juga sering berlaku dalam pengajaran dan pendidikan
matematik juga adalah isu penyalahgunaan makmal sekolah dan kemudahan internet percuma.
Laman web matematik yang terdapat di laman maya lazimnya menerapkan penilaian akses
kendiri yang mana murid dapat mengukur kebolehan mereka sendiri berdasarkan skor yang

diberikan selepas sesuatu latihan atau ujian yang mereka telah laksanakan. Antara jenis
penyalahgunaan yang sering terjadi semasa proses pembelajaran kendiri tersebut adalah
terdapat sesetengah pelajar yang melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan
proses PdP. Ada juga antara mereka yang melayari laman sosial seperti Facebook, Myspace,
dan Online Games. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid sekolah menengah
malah turut berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain daripada portal-portal
sosial, permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah
masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular pula adalah Risk Your Life 2
Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi. Penyalahgunaan
internet dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan terutamanya yang
membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masa
kini. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dalam usaha mengawal dan
mendisiplinkan murid agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet dan ICT yang
diberikan kepada mereka. Penyalahgunaan internet ini boleh meningkatkan jenayah internet
selain mngurangkan fokus murid di dalam kelas. Pemantauan guru serta penerapan nilai
murni dalam proses PdP boleh mencegah penyalahgunaan internet dalam kalangan murid.
Teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer merupakan alat yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan merupakan salah satu peralatan ICT yang
digunakan di sekolah .Teknologi elektronik ini termasuklah kalkulator grafik dan program
komputer seperti (The Geometer's Sketchpad ) GSP, MS-EXCEL, The World Wide Web
(WWW ) dan program-program yang lain. Teknologi elektronik ini boleh mengambarkan idea
matematik ini secara visual, menganalisis data dan mengira dengan cekap dan tepat .
Teknologi elektronik ini akan membantu murid-murid

dalam membuat penyiasatan

matematik dalam geometri, statistik, algebra, pengukuran dan nombor selain menolong dan
memfokuskan murid-murid dalam membuat keputusan, membuat refleksi, penaakulan dan
penyelesaian masalah matematik . Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara, pihak
Kementerian Pendidikan telah membenarkan penggunaan kalkulator di dalam bilik darjah.
Malah pihak Kementerian juga membenarkan penggunaan kalkulator di bilik peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula tahun depan.
Kalkulator juga telah mula digunakan di peringkat sekolah rendah dan penggunaannya
dimasukkan dalam sukatan pelajaran Matematik tahap dua.

Namun begitu, penggunaan kalkulator di peringkat sekolah rendah adalah masih


sangat minimum. Kalkulator di sekolah rendah hanya digunakan untuk menyemak jawapan
yang diperolehi setelah membuat pengiraan biasa atau bentuk lazim. Walaupun sukatan
pelajaran matematik sekolah rendah telah diterapkan dengan penggunaan kalkulator, namun
demikian kalkulator masih tidak boleh digunakan di dalam dewan peperiksaan. Hal ini
berlaku kerana kebanyakan komuniti pendidikan menganggap pelajar sekolah rendah tidak
mampu menggunakan kalkulator dengan cara yang betul. Kerisauan terhadap perkembangan
kognitif murid juga menjadi salah satu punca kalkulator tidak digunakan secara maksimum di
peringkat sekolah rendah. Sebagai guru dan ibu bapa, kita hendaklah sentiasa memandang ke
hadapan dan meneliti era perubahan pendidikan di seluruh dunia pada masa kini. Masa
bergerak dengan pantas dan manusia sentiasa mengejar masa. Setiap persoalan dan pertanyaan
diperlukan dengan jawapan dengan kadar segera hatta menerima wang baki dari peniaga. Jadi
sistem pendidikan kita juga seharusnya bergerak ke hadapan dan kita tidak seharusnya
membiarkan pelajar kita mengira secara manual lagi. Terdapat banyak alatan moden yang
boleh membantu mereka menyelesaikan masalah matematik mereka dengan cepat, tepat dan
jimat.
Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan juga di
Malaysia didapati nisbah yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah yang
menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian lebih
memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Pemerhatian-pemerhatian
yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Terdapat kajian
yang menunjukkan murid-murid takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan
algoritma kertas pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan
yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak
kajian menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator dapat menukar sikap murid terhadap
matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.
Calculator-Aware Number (CAN) Project (1986-1992) yang diketuai oleh Hilary
Shuard mendapati bahawa kalkulator akan memberi kesan kepada strategi mental tanpa
pengajaran formal di dalam algoritma yang mana pelajar mencari dan menyiasat nombor
dengan kaedah mereka sendiri menggunakan kalkulator. The Third International Mathematic
and Science Survey (TIMSS, 1997) pula mendapati bahawa daripada 26 negara yang
mengambil bahagian, England berada di tangga ketiga dari bawah berbanding dengan negara

yang kurang menggunakan kalkulator di peringkat usia sembilan tahun. Maklumat ini telah
mendapat respon daripada kerajaan yang mana National Curriculum (DfEE 1998)
mencadangkan kalkulator paling sesuai digunakan di sekolah rendah selepas peringkat kedua
dan tidak sepatutnya digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan aritmetik yang mudah.
Guru sepatutnya mengajar pelajar bagaimana menggunakan kalkulator secara berkesan
supaya fungsi kalkulator dapat digunakan secara maksimum.
Isu-isu ICT seharusnya ditangani dengan baik agar pengintegrasiannya dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik dapat dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan juga
seharusnya memberi peruntukan yang lebih besar dalam memperbaiki dan membekalkan
peralatan ICT yang mencukupi kepada sekolah supaya semua murid mendapat peluang yang
sama untuk menggunakan ICT di sekolah. Guru juga perlu menyedari peranan mereka sebagai
penyampai ilmu dan kemahiran. Sebagai guru, kita seharusnya berusaha melengkapkan diri
dengan kemahiran ICT supaya kandungan pembelajaran matematik dapat disampaikan
dengan lebih menarik.

RUJUKAN

Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik
darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623.
Abd. Razak Idris &Nurul Aliyah Hassan (2004). Literasi ICT dalam kalangan Pelajar Tahun
4 Fakulti Pendidikan UTM. Penerbit : UTM, Skudai
Lee, M. & Winzenried, A. (2009). The use of instructional technology in schools. Victoria,
Australia: Australian Council for Educational Research Ltd.
Mahmud, R., Ismail, M. A. H., & Ibrahim, J. (2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian
ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1999(1),
513.
Ting Kung Shiung, ., & Woo Yoke Ling, . (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap
Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Pendidikan 2005,
117.

Anda mungkin juga menyukai