Anda di halaman 1dari 2

DOA PERHIMPUNAN RASMI

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah hi rabbil aalamin. Wassolatu


wassalamu ala asyrafil anbiya' wal mursalin, waalaa alihi wa sohbihi
ajmaiin.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah cahaya hidayahMu kepada hati-hati
kami, sebagaimana Engkau sinari bumi ini dengan cahaya matahari.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah kami dalam kalangan hambaMu yang
memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Berikanlah kejayaan kepada semua pelajar di sekolah ini, terutama kepada
mereka yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM.
Jadikan kami insan yang berakhlak mulia sebagaimana kehendak junjungan
tercinta, Rasulullah SollaAllahu Alaihi Wassalam,
Ya Allah semoga segala usaha kami adalah hanya untuk meraih keredaanmu.
Jadikan kami generasi ummatik iaitu mengutamakan kepentingan agama
dan umat berbanding kepentingan dan kepuasan diri kami sendiri.
Kurniakanlah kesabaran, ketekunan dan kerajinan serta semangat
pengorbanan yang tinggi kepada guru-guru di sekolah kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, rahmatilah kedua ibu bapa kami, sebagaimana
mereka mengasuh kami semasa kecil.
Robbana aatina fid dunia hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina azaaban
nar.
Wassallallahu ala sayidina Muhammadin wa ala aalihi wa soh bihi ajmaiin.
Wal hamdullilah hi rabbil aalamin.

Aamin Ya Rabbal Aalamin.

Anda mungkin juga menyukai