Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA WATIKAH PENGAWAS

.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Watikah Pengawas pada hari ini.

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,


Jadikanlah Badan Kepemimpinan Sekolah ini sebagai wasilah untuk membentuk perpaduan
dan kasih sayang , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah
fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Rahman Ya Rahim ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan
kepemimpinan sekolah kami akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab ,
mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan
bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pemimpin yang cemerlang,
terbilang , disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan
organisasi, seterusnya mampu melahirkan barisan pemimpin yang berketrampilan dan
berwibawa .
Ya Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai