Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN

2. PENYEDIAAN AKUARIUM
2.1 AKUARIUM
2.2 SISTEM PENAPISAN
2.3 SISTEM PENGUDARAAN
2.4 TUMBUHAN AKUATIK
2.5 LAMPU
2.6 LATARBELAKANG AKUARIUM
2.7 BATU, PASIR
2.8 ORNAMEN
3. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN HIASAN
3.1 PEMAKANAN
3.2 KAWALAN KUALITI AIR
3.3 KAWALAN PENYAKIT
4.

PEMBIAKAN IKAN HIASAN. SPESIS BERTELUR


4.1 PENGURUSAN INDUK
4.2 ASUHAN ANAK IKAN

5.

KESIMPULAN.

1.

PENGENALAN

INDUSTRI perikanan adalah kompetitif dan dinamik untuk dimajukan kerana ia berpotensi
menyumbang pendapatan eksport yang besar kepada negara.
Berdasarkan perangkaan pada 2013, pengeluaran produk oleh industri perikanan di peringkat
global telah meningkat sebanyak 37 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Di Malaysia sendiri, pengeluaran ikan pada tahun lalu adalah sebanyak 1.74 juta tan metrik
dengan nilai kira-kira RM10.6 bilion.
Jumlah keseluruhan ikan dan produk berasaskan ikan yang didagangkan sepanjang tahun lalu
pula adalah sebanyak RM5.9 bilion.
Nilai berkenaan telah menyumbang sebanyak 1.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) Malaysia dan 12.5 peratus kepada KDNK pertanian
1.
animhosnan.blogspot.com/2011/06/ikan-hiasan.html
2.
animhosnan.blogspot.com/2011/09/industri-ikan-akuarium-dimalaysia.html
3. utusan.com.my/.../20140617/re_05/Potensi-besar-industri-perikanan

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140617/re_05/Potensi-besarindustri-perikanan#ixzz48dBQJaEq


Utusan Melayu (M) Bhd Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu
memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha. Malaysia telah menjadi antara negara
pengeksport ikan hiasan penting dunia. Industri Ikan Hiasan adalah salah satu industri yang
dijalankan di Malaysia dan telah dicatatkan sebagai industri yang paling pesat perkembangannya
dalam sektor pertanian dan ia merupakan industri berorientasikan eksport dimana 95 peratus
pengeluaran negara untuk eksport. Walaupun bersaiz kecil dengan pengeluaran domestik bernilai
RM80 juta pada harga ladang, ia mempunyai profail antarabangsa. Malaysia merupakan
pembekal dunia ketiga penting selepas Singapura dan Indonesia dengan pegangan 7 peratus dari
eksport dunia pada tahun 2000. Kajian juga menunjukkan bahawa dalam nilai Ringgit Malaysia
nilai eksport ikan hiasan tumbuh pada kadar 35 peratus setahun dengan nilai eksport RM54 juta
pada tahun 2001 iaitu tertinggi di dalam sektor pertanian dan eksport negara. Malaysia masih
bergantung kepada Singapura sebagai pasaran kerana kemudahan logistik yang cekap, banyak
dan murah. Pengeksportan terus adalah ke negara-negara Jepun, Hong Kong, United Kingdom,
Itali dan Amerika Syarikat. Laporan daripada Jabatan Perikanan menunjukkan pada tahun 2010
507.2 juta ekor ikan hiasan telah dikeluarkan dengan nilai pasaran sebanyak RM 770.119 juta.
Kawasan pengeluaran utama ikan hiasan di Malaysia adalah di Johor ,Perak dan Selangor. Antara
ikan yang dihasilkan adalah seperti Arowana , Ikan Guppy, Japanese Carp, Ikan Laga, Koh
dan banyak lagi. Satu Syarikat Tempatan di Batu Pahat telah menjadi syarikat berstatus dunia
dengan menghasilkan ikan hiasan arwana menggunakan 'cip' komputer untuk dijadikan
identifikasi. Permintaan dunia adalah tertumpu kepada negara-negara EU (43%), Amerika (24%)
dan Jepun (13%). Import dunia ikan hiasan pada tahun 2000 dianggarkan bernilai USD250.9
juta, iaitu peningkatan lebih dari 3.5 peratus dari tahun 1999 (USD242.4 juta). Ini merupakan

titik pemulihan permintaan setelah dunia mengalami kejatuhan semasa krisis ekonomi dunia
bermula tahun 1997. Sedikit sebanyak peristiwa September 11 telah menyumbang kepada
pemulihan ini.
Masa depan industri ini adalah cerah. Permintaan dunia dijangka akan terus meningkat walaupun
lebih perlahan pada kadar 2.5 - 4 peratus setahun.. Bagi mempastikan sasaran ini di capai,
beberapa strategi dan langkah-langkah perlu diambil segera lebih-lebih lagi dengan munculnya
pengeluar-pengeluar utama yang baru seperti negara Thailand, China dan Taiwan.Terdapat 3
faktor penting kejayaan industri ini iaitu logistik, produk dan pemasaran. Malaysia perlu
meningkatkan R&D untuk menjadi pengeluar ikan berkualiti tinggi di samping merangka skim
insentif yang lebih menarik untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam industri ini. Isu
kecekapan, kekerapan dan kos kargo perlu diatasi dengan penuh komitmen, perancangan dan
perlaksanaan program pemasaran dan pengeluaran yang bersepadu di antara kerajaan dan
industri adalah perlu bagi mewujudkan sinergi kearah mencapai matlamat tersebut.
Pembangunan sumber manusia yang berkesan dan sistem maklumat yang cekap dan berkesan
adalah tonggak kepada kejayaan. Secara keseluruhannya, industri ini telah menunjukkan potensi
yang tinggi untuk dibangunkan secara lebih serius. Keadaan pasaran dunia yang konsisten juga
boleh membantu industri ini untuk berkembang dengan lebih pesat.
KEPENTINGAN IKAN HIASAN
Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia.
Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung
daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz,
bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang
Kepentingan Ikan Hiasan
1. Hobi
2. Mendatangkan Pendapatan Lumayan
3. Ketenangan
4. Keseronokan

Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara
ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang.Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan
tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat
keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara.
Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang.
Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang
lumayan kepada pengusaha ikan hiasan.
Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan
Melalui kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa
keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina
pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ikan emas dan
arowana umpamanya menjadi lambang kemewahan dan tuah kepada pemiliknya melalui sisiknya yang
keemasan dan sifatnya yang agresif. Ada juga ikan yang diguna untuk merawat penyakit atau
membuang parasit dan kotoran. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan
diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping
sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan
mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis,
pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru
akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian
tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat
bersaing dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi,
kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan
melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu
membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya.
Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada
pemelihara ikan hiasan.

2. PENYEDIAAN AKUARIUM IKAN HIASAN.


Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

2. 1. Akuarium
Memilih bekas (akuarium).
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:
jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
jenis ikan hiasan
bilangan ikan hiasan
saiz ikan hiasan
saiz akuarium
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan
untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan
yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

2.2 SISTEM PENAPISAN


Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang
baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati.
Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat
menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja
dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit
kepada ikan.

2.3

SISTEM PENGUDARAAN

Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan
untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

2.4

TUMBUHAN AKAUTIK

Elodea densa, Cabomba sp Echinodorus sp.

Contoh tumbuhan akuatik


Alternanthera spp.
Bacopa spp.
Anubias spp.
Lobelia spp.
Sumatra fern spp.
Java fern spp

KEPENTINGAN PENANAMAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM


A. Karbon Dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan
akuatik.Gas ini boleh dibeli dikedai akuarium.Sekiranya gas ini tidak
dibekalkan,tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil
di dalam air melalui pernafasan ikan.

B. Baja
Baja yang perlu untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambah dari masa ke
semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang
dicadangkan.
C. Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintisis.Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan


sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat
perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.
2.5

LAMPU

2.6

LATARBELAKANG AKUARIUM

2.7

BATU, PASIR

Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat
banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna
batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

2.8

ORNAMEN

Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan
cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang
cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.
Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk
kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan
aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

2.9
PERAWATAN AIR
Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih
dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan
ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi
membunuh bakteria.

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan
air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah
tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing
dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk
dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan

JENIS-JENIS IKAN HIASAN


Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan.
spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara ialah :-

1. Flower Horn

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di Malaysia dan berasal dari
keluarga Cichlidae.
2. Rainbow

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis ikan ini juga
merupakan komoditi eksport.

3. Corydoras

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta ikan hiasan dan
mempunyai peluang eksport.
4. Severum

Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam
aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 7, suhu air 21 25C.
5. Diskus

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) Di Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat
berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ikan diskus dapat
dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran
sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang
jernih, suhu sekitar 28 30 C.

1. 6. Ikan Emas

Ikan Emas,masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular
kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam.
7. Ikan Arowana

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan karuhun, iaitu Osteoglasidae atau keluarga ikan bonytongue (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi.
Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga,
PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari
tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak
ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai sungai besar
dengan arus
yang cukup deras.
8. Ikan Pelaga

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat khususnya kanak-kanak, ini
adalah kerana ikan tersebut selain rupanya yang cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu.
Ikan ini juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens, termasuk dalam famili
Anabantidae (Labirynth Fisher

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan
air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah
tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing
dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk
dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan

1.

azreenwahab.blogspot.com/2012/11/7-keluarga-ikan-hiasan-paling...

2.
3. 1 Cyprinidae seluang (Rasbora), ikan mas,kap Barb Ikan Barb,antara spesies ikan
hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, warnanya berbelang seperti
harimau

Ikan kelahIkan kelah

Ikan guppy molly guppy

Colissa Lailia,spesies ikan sepat hiasan popular .

MODUL PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU - RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan

Kesayangan Dan Ikan Hiasan


Ciri Istimewa Ikan Hiasan
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara
dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular
dan mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan ikan
diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan
penyakit. Kulit ikan mengandungi chromatophorae iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna
tertentu kepada ikan.
Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:
a. Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila
kita memerhatikannya.
b. Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis. Sisik nipis berlendir berfungsi
sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit.
c. Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz badan yang besar
manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.
d. Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang
e. Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb
mempunyai bentuk badan pipih.
f. Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
g. Cara makan
Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan
makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.
h. Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan,
warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.
i. Cara pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy merupakan spesis yang
beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan
Arowana bertelur dan dieram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan
biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik. Rajah Bahagian-bahagian luar ikan
Tabiat Dan Keperluan Kehidupan
Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan iaitu
I. ikan herbivor (pemakan tumbuhan), II. ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan
haiwan hidup), III. ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik) IV. ikan omnivor
(pemakan segala macammakanan). Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor.

Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan. Kualiti air bagi ikan hiasan tropika
perlukan suhu air berada pada julat 25 C

35 C . Ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 C- 25 C. Suhu diukur dengan meter termometer.
Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang, bergerak ,mencari
makanan dan melihat objek lain.
4
Fikir dan senaraikan kepentingan ikan hiasan. Muatkan himpunan maklumat berkenaan di dalam folio anda.
Pada pendapat anda, mengapa ikan hiasan menjadi satu kegemaran/hobi yang sangat popular dewasa ini? Anda
diminta menghubungi seorang pembekal ikan hiasan terdekat/pakar untuk menerangkan
perkembangan industri ini di Malaysia.

3.

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN HIASAN


3.1 Pemakanan
MAKANAN IKAN

Pemakanan ikan Hiasan


Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali
sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,
mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti
cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar
dan ikan Arowana.
b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan
plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan
semasa peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan
ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh
ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini
kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor
ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium.
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan
kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung
kepada jenis ikan yang dipelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga
perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran
tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan
memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah
lapar.
Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan:
Makanan hidup
Makanan kering
Makanan basah
Makanan rumusan.
a. Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air,
cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
b. Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
c. Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
d. Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh
kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau
pembekal makanan haiwan.

3.2

KAWALAN KUALITI AIR

3.4 KAWALAN PENYAKIT


Penyakit Ikan

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah :
a. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air
terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh
dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke
dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai
akuarium.
b. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia
boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau
menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu
diasingkan dari ikan sihat.
c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli
dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
2.

PENERANGAN PEMBIAKAN IKAN

Anda mungkin juga menyukai