Anda di halaman 1dari 24

EDU 3103

MURID DAN ALAM BELAJAR


MODEL PENGAJARAN
SOALAN : CADANGKAN STRATEGI
YANG TERBAIK BERDASARKAN
SALAH SATU MODEL PENGAJARAN

MUJAHID DASUKI
PISMP SEJARAH SEMESTER DUA

DEFINISI
Merujuk kepada konteks kurikulum,
model dikatakan sebagai satu entiti yang
mengandungi beberapa komponen bagi
membantu mencapai matlamat pendidikan
yang diharapkan.
Pengajaran pula ditakrifkan sebagai
penyampaian maklumat dalam pelbagai
situasi pendidikan.Secara amnya, model
pengajaran merupakan satu perihalan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Model-model pengajaran juga sebenarnya


merupakan model pembelajaran. Dengan
lebih jelas lagi, model pembelajaran
merupakan satu perihalan yang dijadikan
panduan oleh guru untuk merancang
kurikulum khususnya selain merangka
kursus dan unit pengajaran serta
menyediakan bahan-bahan pengajaran
seperti program multi-media serta
pengajaran berpandukan komputer,
lembaran-lembaran kerja dan sebagainya.

JENIS MODEL PENGAJARAN


Empat

kumpulan model
pengajaran yang seringkali
dijadikan panduan guru iaitu
Model Pemprosesan Maklumat,
Model Behavioral, Model Sosial
dan Model Personal.

Choong Lean Keowtelah menjelaskan


bahawa model personal adalah model yang
berpegang kepada unsur keperibadian
individu. Dalam menggunakan model
personal ini, kita boleh berpandukan
kepada teknik-teknik bukan mengarah
semasa kita membimbing mereka,
menggunakan kaedahsynectics(sinektik)
untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan
perjumpaan kelas bagi membina
pembelajaran komuniti.

Maka model personal sememangnya banyak


berfokuskan kepada konsep-konsep yang
mana juga diutamakan oleh ahli
humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga
diri; arah kendiri yang positif dan sifat
berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu
dan perkembangan domain afektif dan
emosi

Di dalam Model Personal terdapat tiga model-model.


Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:

i)Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang


dipelopori oleh CarlRogers dan berpusatkan murid)
ii)Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu
kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian
potensi masing-masing.)
iii)Synectics.(Memberi perhatian kepada
perkembangan dan aplikasikreativiti.)

Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi


membentuk pendidikan agar membolehkan
kita lebih memahami diri kita,
bertanggungjawab atas pendidikan kita
dan seterusnya mencapai tahap
perkembangan yang jauh melebihi tahap
maksimum kearah kualiti hidup yang
tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui
oleh setiap model-model yang terkandung
dalam kumpulan Model Personal.

PENGASAS MODEL PERSONAL

Carl Rogers merupakan seorang tokoh dan juga


pelopor bagi Model Pengajaran Fasilitatif. Beliau
telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak
Park, Illinois Chicago dan merupakan anak
keempat daripada enam adik-beradik.
Menyentuh tentang latar belakang pendidikan
beliau, pada usia pra sekolah lagi beliau sudah
mahir membaca dan disebabkan ini beliau pun
memulakan pendidikan formal di Gred Dua.
Asuhan dan didikan di rumah yang amat
menekankan kepada unsur agama telah
menjadikan Rogers seorang yang berdikari dan
berdisiplin.

MODEL PENGAJARAN
FASILITATIF

Model ini ingin membentuk satu komuniti


pelajar yang mempunyai disiplin diri serta
mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.
Rogers (1982) dan beberapa orang penyokong
model fasilitatif tidak direktif percaya bahawa
manusia akan berkembang dengan perhubungan
manusia yang positif.

Dalam pengajaran, seharusnya didasarkan pada


konsep-konsep bidang pelajaran, proses berfikir
atau sumber-sumber intelektual yang lain.
Menurut model ini, guru dianggap sebagai
seorang fasilitator dan membantu muridnya
menjelajah idea-idea selain menggalakkan
pertumbuhab dan perkembangan murid.

KONSEP MODEL PENGAJARAN


FASILITATIF IALAH :
1) Manusia akan berkembang dengan perhubungan
manusia yang positif.
2) Fokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran
konsep mata pelajaran.
3) Menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.
4) Guru dianggap sebagai kaunselor.
5) Menekankan pakatan antara muriddengan guru.
5)Guru membimbing murid memainkan peranandalam
pembelajaran.
6)Guru bantu murid mengarah diri sendiri demi
mencapai matlamat.
7) Guru memberi maklum balas tentang kemajuan
murid.
8) Guru membantu dalammenyelesaikan masalah.

Bagi model ini, guru dianggap sebagai fasilitator


atau kaunselor, di mana penekanan diberikan
terhadap pakatan antara guru dan murid. Oleh
itu, guru hendaklah mempunyai hubungan yang
baik dengan murid. Guru memainkan peranan
penting dalam membimbing pelajar ke arah
memahami bagaimana pelajar boleh memainkan
peranan utama dalam pembelajaran mereka.
Antaranya, guru membantu pelajar mengarah
diri masing-masing demi pencapaian matlamat
kendiri.

TUJUAN MODEL
MengikutJoyceet al.,(2002), antara tujuan Model
Pengajaran Fasilitatif ialah :
1) Menghala tuju murid ke arah kesihatan mental dan
emosi yang lebih tinggi dengan membentuk
keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik
dan perasaan empati terhadap orang lain.
2) Meningkatkan bahagian pendidikan yang
menekankan keperluan dan aspirasi murid, di mana
setiap murid diambil sebagai pakatan untuk
menentukan apa dan bagaimana murid akan belajar.
3) Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus
seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

TEKNIK

Teknik utama yang digunakan bagi


mengembangkan hubungan yang fasilitatif
adalah dengan wawancara bukan-direktif (nondirective) iaitu sekurang-kurangnya rangkaian
pertemuan antara guru dengan murid. Semasa
mengadakan sesi wawancara, guru meletakkan
dirinya sebagai kolaborator di dalam proses
eksplorasi diri murid dan penyelesaian masalah.
Wawancara sendiri direka bagi menumpukan
kepada keunikan individu dan
kepentingankehidupan emosional pada semua
aktiviti manusi.

Menurut Carl Rogers, suasana wawancara


terbaik mempunyai empat peringkat, antaranya
ialah ;
1)Guru menunjukkan kehangatan dan perhatian.
2)Hubungan kaunseling dicirikan oleh rasa
permisif yang ditunjukkan oleh ekspresi.
3)Murid tidak mengekspresikan pendapatkan,
namun dalam batasan bahawa ia tidak bebas
untuk megendalikan guru atau melakukan
gerak hatinya dnegan tindakan-tindakan yang
tidak dibenarkan.
4)Hubungan kauseling bersifat bebas daripada
tekanan.

APLIKASI
Untuk menggunakan Model Pengajaran nondirektif secara berkesan, seorang guru harus
mempunyai keinginan untuk menerima bahawa
seorang pelajar dapat memahami akan dia dan
kehidupannya sendiri.
Guru tidak berusaha untuk menghakimi,
menasihati, menenangkan, atau membesarkan
hati pelajar.Guru tidak berusaha untuk
mendiagnosis permasalahan.

Pada model ini, guru menentukan fikiran dan


perasaan personal sementara dan merefleksikan
fikiran dan perasaan yang dimiliki
pelajar.Dengan melakukan ini, guru
menyampaikan pemahaman yang mendalam dan
menerima perasaan yang dimiliki pelajar.

Roger menyimpulkan bahawa sesetengah


keadaan benar - benar sukar untuk merasakan
perspektif yang dimiliki pelajar, khususnya jika
pelajar bingung.Strategi hanya bekerja jika guru
memasukkan dunia pemahaman pelajar dan
meninggalkan di belakang rujukan
tradisional.Mengembangkan sebuah kerangka
rujukan dalaman tidaklah mudah pada awalnya,
akan tetapi hal ini perlu jika guru memahami
pelajar, tidak pelajarnya saja..

RUMUSAN
Model pengajaran personal ini murid sebenarnya
berpeluang untuk meneroka bagi meningkatkan
kemampuan diri sendiri. Murid dapat
menentukan cara pembelajaran mereka sendiri.
Model personal dalam pengajaran dan
pembelajaran sangat menekankan individu
sebagai insan yang unik maka seorang guru
akan dicabar untuk membentuk personaliti
murid yang berintegrasi, penuh keyakinan, dan
kompeten.

Matlamat ini adalah untuk membantu setiap


pelajar bertanggungjawab terhadap
perkembangan diri dan berjaya mencapai
penghargaan diri serta keharmonian kendiri.
Maka, adalah penting untuk guru membentuk
serta menggabungkan aspek intelek dengan
emosi demi melahirkan suatu personaliti yang
seimbang.

Anda mungkin juga menyukai