Anda di halaman 1dari 39

BIODATA TOKOH

NAMA TOKOH

SHAHNON AHMAD
A. SAMAD SAID
USMAN AWANG
ZURINAH HASAN

SHAHNON AHMAD
Dato' Professor Emiritus Haji Shahnon bin Ahmad (lahir
1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia,
mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli
Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan
Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang
Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang

Kehidupan awal
Shanon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang)
dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik,
Kedah. Beliau kini menetap di 61, Cangkat Minden, Jalan
1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Pendidikan dan kerjaya


Shahnon bersekolah di Sekolah Melayu di Sik dan lulus
darjah V (1946) ; Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
hingga lulus Sijil Persekolahan.

Beliau bertugas sebagai guru di Grammer English School,


Kuala Terengganu (1954); Pegawai Tentera di Port
Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956). Kecederaan yang
dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan
mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan
Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).

Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid (1960-1963);


pindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Abdul Halim(1967). Tahun 1968 menjadi pegawai penyelidik di Australian
National University (ANU), Canberra, Australia.Di sana beliau memperoleh
ijazah Sarjana Muda (1971).

Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim


; pensyarah Universiti Sains Malaysia (1974) dan memperolehi Sarjana
Sastera USM (1975). Shahnon dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan (1979) ; Profesor Sastera USM (Jun 1980) ; profesor penuh di
USM (1982) ; dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia

Penulisan
Beliau banyak membaca karya novelis Indonesia Pramoedya Ananta
Toer dan Patrick White.

Sejak 1956 beliau mula menulis dan sentuhannya tentang


masyarakat cukup dirasakan dan mulanya berbentuk sinis dan seks.
Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika
dan menghasilkan cerpen, novel, esei serta kritikan. Namun beliau
canggung menghasilkan puisi dan drama. Beliau menyingkap
penderitaan manusia desa dan kehidupan di bandar-bandar.

Novel pertamanya 'Rentong' (1965) menaikkan namanya. Novel keduanya berjudul


Terdedah . Novel ketiga 'Ranjau Sepanjang Jalan' dijadikan teks sastera tingkatan
enam dan diangkat menjadi sebuah filem (1983) oleh penerbit / pengarah filem,
Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Dua novel ini merupakan kemuncak
kerjaya novelis ini.Ranjau Sepanjang Jalan diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn.
Panel The Sydney Morning Herald (1973) mengangkat novel ini satu daripada 10
novel menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan (1966)yang telah diadaptasi
semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy
Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)yang telah memenangi anugerah Novel
Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

Penghargaan
Tahun 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota
Panel Hadiah Karya Sastera; gelaran `Pejuang Sastera oleh
Perdana Menteri Tun Hussein Onn (1976) ; Anugerah
Sastera Negara daripada kerajaan (1982) ; Panel Hakim
Hadiah Karya Sastera (1983).
Beliau menerima darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang
membawa gelaran `Datuk daripada Sultan Kedah (1980) ;
Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11
September 1993.

Karya
Novel
Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.
Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.
Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M)
Bhd., 1966, 188 hlm.

Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.
Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.
Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm. Dan banyak lagi

Cerpen[sunting | sunting sumber]


Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara, 1963, 190 hlm.

Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.


Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas
Bandung, 1964, 132 hlm.

Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.


Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung,
1966, 177 hlm dan banyak lagi

Drama
Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.
Kajian
Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara, 1966, 26 hlm.

Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978,
194 hlm.

Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.
Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, 113
hlm.

Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 167 hlm.
Dan banyak lagi

Esei / Kritikan
Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 1972
(antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1976, 419 hlm.
Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.
Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, 259 hlm.

Wawancara
Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm
Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah
(Peny.), Jambak I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1993, hlm. 181-206.

A. SAMAD SAID
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali
sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah
Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah
dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara
1979.Kini beliau menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.

Latar belakang
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal,
Melaka
Keluarga
Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan
cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar cerita rakyat
seperti cerita Batu Belah batu Bertangkup

Pendidikan
A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja,
Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai
pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi,
Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan
Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver
Twist, Wuthering Height dan Almayers Folly.

Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik,


sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan
Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda
ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.

Kerjaya
Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan.
Bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam
di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar
mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan
Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah.
Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New
Straits Times. Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi
penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai
Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua
Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua
Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

Anugerah

Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.


1979,panel Anugerah Sastera
1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit
telah ditayangkan.
1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara
Brunei Darulsalam.
1997 gelaran `Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Karya
Salina, : DBP 1961, 495 hlm.
Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103

hlm.
Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137
hlm.
Di Hadapan Pulau, : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Novel Remaja Kanak-kanak


Bendera Merah di Atas Bukit, : Pustaka Melayu Baru, 1968, 79
hlm.
Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn.
Bhd., 1968, 101 hlm.
Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
Mengejar Tetamu di Waktu Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1974,
94 hlm.

Cerpen
Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan
Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

Debar Pertama, : Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.


Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, : Pustaka Melayu Baru,
1966, 118 hlm.

Panorama (Peny.), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.

Puisi
Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
Puisi Baru Melayu 1942 1960 (antologi bersama), : DBP , 1961,
26 hlm.

Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan


Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

Sajak-sajak Melayu Baru 1946 1961/Modern Malay Verse 19461961 (dwibahasa), (antologi bersama), : Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.

Drama
Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd.
1965, 135 hlm.

Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, : Pustaka Melayu Baru,


1966, 118 hlm.

Wira Bukit, : DBP , 1986, 92 hlm.


Lantai T. Pinkie, : DBP , 1996, 137 hlm.
Lazri Meon Daerah Zeni, : DBP , 1992, 138 hlm.

Esei/Kritikan
Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman

Awang):Penerbitan Federal Berhad, 1963


Damai (kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136
hlm.
Laungan (Kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152
hlm.
Tangan yang Simpatik, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
Between Art and Reality (Selected Essays), : DBP , 1994, 479 hlm.

USMAN AWANG
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang
Sasterawan Negara Malaysia. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant,
beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya.
Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis,
Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain.
Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato Paduka
oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato.
Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal
dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72
tahun. Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang di Johor telah dinamakan
bersempena dengan nama beliau

Penulisan
Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan
drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah

Bunga Popi
Gadis Kecil
Ke Makam Bonda
Kekasih
Kurang Ajar
Pak Utih
Suara Dari Pusara

Dramanya yang terkenal ialah:

Matinya Seorang Pahlawan


Tamu Bukit Kenny
Serunai Malam
Malam Kemerdekaan

Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang
iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla
Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena
peluru - Moscow, 1984)

Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma
Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.

Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write
Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta
Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka
oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.

Hasil penulisan
Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya :
Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009.
Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007.
Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical
tradition / Mohamad Mokhtar Hassan. : DBP, 2006.

Kami yang terlibat : DBP, 2006.


Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad
Haji Salleh: DBP, 2006

Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006.


Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.

Sifat
Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani
menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa
negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis
bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak
payah jadi penulis.
Antara lain, Dato Usman pernah berkata Saya
menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya
hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak
percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.

Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat


meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan.
Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit
Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana
bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini
Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau
turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar
RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato
Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.

ZURINAH HASAN
Datuk Dr. Zurinah Hassan (13 Jun 1949 - ) merupakan salah seorang
penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia. Beliau
dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah, dan telah menghasilkan
sebanyak 19 buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera,
autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel.

Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sambilan,


sebelum memutuskan untuk meletak jawatan bagi memenuhi
keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat
beban kerja.

Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan
sejak berusia 12 tahun lagi. Zurinah turut cuba mengetengahkan persoalan sejagat
dalam tulisannya termasuk puisi mengenai gejala melepak di kalangan remaja pada
tahun 1990-an. Zurinah turut menghasilkan sebuah buku Memoir Zurinah Hassan:
Menjejak Puisi, penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zurinah Hassan dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) sempena Ulang
Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 pada 2014. Anugerah ini membawa
gelaran Datuk.
Beliau diumumkan sebagai tokoh Sasterawan Negara yang ke-13 pada 13 Oktober
2015. Pemilihan Zurinah itu dibuat berdasarkan sumbangan besarnya melalui karya
dan pemikirannya terhadap pengembangan sastera serta impak dalam penyebaran
ilmu

Pendidikan
Zurinah Hassan mendapat pendidikan formal awal di Sekolah Rendah Melayu
Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau
meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai
Petani dan Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah.
Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia sehingga mendapat
Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974. Pengajiannya dilanjutkan di
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan
berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001. Beliau
kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada
tahun 2008.

Karya

Keputusan (Sajak)
Sesekali Aku Menjauhkan Diri Dari Puisi.
Tanjung Dawai
Sungai Tiang
Dari Gunung Jerai ke Pekan Rabu
Kuala Lumpur
Pantai Remis
Bas Stand Kelang

Hasil penulisan

Sasterawan negara Usman Awang : DBP, 2006.


Salasilah : kumpulan puisi : DBP, 2005.
Menjelang pemilihan : DBP, 2004.
Memoir Zurinah Hassan : menjejak puisi : UKM, 2003.
Pujangga tidak bernama : DBP, 1994.
Oh, bulan! Oh, bintang! : Longman Malaysia, 1992.
Meneruskan perjalanan : DBP, 1987
Keberangkatan : DBP, 1985

Pencapaian dan anugerah

Anugerah Tokoh Sasterawan Negara 2015


Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Award) 2004
Hadiah Sastera 1984
Hadiah Kategori Buku
Pujangga Tidak Bernama-Hadiah Sastera Perdana (1994/1995)
Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah Buku Perpustakaan
Negara (2002/2004)

Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah Sastera Perdana


(2002/203)

Hadiah-hadiah untuk karya-karya puisi, cerpen (eceran)


Hadiah sastera Perdana
Hadiah Pertama Pertandingan Menulis Cerpen Berunsur
Islam Jabatan Perdana Menteri 1984
Hadiah Utama Anugerah Puisi Putera, 198

Anda mungkin juga menyukai