Anda di halaman 1dari 7

CERPEN BUDI YANG TAK TERBELI : Sinopsis Murni ingin membawa ibunya, Jemah ke rumahnya di kota.

Jemah berat hati tetapi akhirnya bersetuju. Semasa di kota, Murni tidak sempat melayan ibunya kerana sibuk bekerja. Konflik berlaku apabila Mak Jemah membersihkan rumput-rumput di hadapan rumah yang menimbulkan kemarahan menantunya, Jamal. Selain itu, Jemah juga telah menebang pokok ketapang yang ditanam oleh pihak berkuasa tempatan. Jemah kahirnya pulang ke kampung. Murni kemudiannya menerima surat dari kampung yang menyuruhnya pulang. Rupa-rupanya Jemah ingin menukar nama geran tanah yang baru dibelinya kepada nama Murni. Wang membeli tanah itu diperolehnya daripada sikap berjimat cermat yang diamalkan selama ini. Jamal yang bekerja sebagai perancang ekonomi berasa malu dan insaf. Tema Kegigihan menabung mendatangkan pulangan yang bermanfaat Persoalan >Kasih ibu tiada batasan >Sikap menabung mendatangkan banyak faedah >Sikap hormat kepada ibu/bapa >Berbudi kepada tanah banyak faedahnya Watak dan Perwatakan Jemah >Ibu kepada Murni >Tinggal di kampung >Penyayang >Penyabar >Sanggup berkorban Murni >Anak yang baik >Berhasrat membawa ibunya ke bandar >Taat kepada suami >Penyabar >Penyayang >Bersopan santun Jamal >Menantu Jemah/suami Murni >Bekerja makan gaji di bandar >Meninggi diri >Biadap terhadap orang tua Latar

Latar Tempat >Di kota tempat Murni dan Jamal tinggal >Di kampung tempat tinggal Jemah Larat Masa >Zaman moden kebanyakan orang bekerja di bandar-bandar >Waktu tengahari ketika Murni dan Jamal balik untuk makan tengahari di rumah Latar Masyarakat >Masyarakat desa yang bertani dan memelihara ternakan ayam dan itik >Masyarakat bandar yang makan gaji >Masyarakat yang pandai berjimat cermat >Masyarakat yang sibuk dan jarang bergaul dengan jiran tetangga Nilai >Kasih sayang Jemah amat menyayangi anaknya sehingga sanggup berkorban untuk mereka >Berjimat cermat Jemah bijak menabung >Hormat menghormati Murni menghormati ibunya Pengajaran >Anak-anak mestilah mengasihi dan sentiasa menjaga hati serta perasaan ibu bapa >Kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu dan bapa >Setiap orang hendaklah bijak merancang masa depan msaing-masing dan tidak berbelanja sesuka hati >Sopan santun - Murni tidak meninggi suara kepada ibunya semasa bercakap >Taat Murni taat kepada suaminya

CERPEN LAMABIAN MALAR HIJAU. Sinopsis Cikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah dan alam sekitarnya terpelihara. Daneng tidak mahu meninggalkan kampungnya kerana ingin menjaga persekitaran tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran. Menurut Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa nanti dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng. Kejayaan Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa jemu untuk mengekalkan keindahan hutan malar hijau akhirnya diikhtiraf apabila Daneng menerima Hadiah Nobel dan gelaran Datuk. Tema Kecintaan terhadap alam sekitar Daneng berjaya memelihara kemurnian hutan rimba tempat lahirnya Persoalan - Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba - Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya

- Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan - Kepentingan pendidikan kepada setiap individu Watak dan Perwatakan Daneng - Remaja yang lulus PMR cemerlang - Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah Tualang - Bergelar Datuk apabila dewasa - Mempunyai anak iaitu Dany - Menerima Hadiah Nobel Cikgu Jo - Guru kepada Daneng - Mengambil berat terhadap anak muridnya - Menghormati Daneng - Berbangga dengan kejayaan Daneng Latar Latar Tempat - Sekitar perkampungan di Lembah Tualang - Pondok atau rumah ibu bapa Daneng - Danau Nyok Latar Masa - Waktu pagi Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk meneruskan persekolahannya - Tempoh masa 25 tahun Latar Masyarakat - Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang - Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan - Masyarakat yang mencintai alam sekitar - Masyarakat yang hidup sederhana dan patuh kepada warisan nenak moyang Nilai - Hormat menghormati Daneng amat menghormati cikgu Jo walaupun ketika Daneng sudah bergelar Datuk - Kegigihan Daneng berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya sehingga beliau digelar dan dianugerahkan Hadiah Nobel - Pengorbanan Cikgu Jo sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya walaupun pada mulanya Daneng berkeras enggan bersekolah lagi. Pengajaran - Kita perlu melindungi warisan hutan yang terbentang luas agar agar tidak tercemar akibat angkara manusia yang rakus - Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran menjadi tangga kejayaan pada hari

muka - Kita hendaklah sanggup berkorban untuk orang yang kita sayangi Pengajaran >Anak-anak mestilah mengasihi dan sentiasa menjaga hati serta perasaan ibu bapa >Kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu dan bapa >Setiap orang hendaklah bijak merancang masa depan msaing-masing dan tidak berbelanja sesuka hati pan santun - Murni tidak meninggi suara kepada ibunya semasa bercakap >Taat Murni taat kepada suaminya CERPEN KERANA MANISNYA EPAL Sinopsis Mazlina dan Yvonne merupaakan anak-anak angkat Buchanan sangat rajin membantunya memetik buah epal sedangkan anak-anak kandungnya sendiri tidak mempedulikan kebun epal tersebut. Buchanan sangat sayang akan kebun epal yang diwarisinya itu dan berjuang untuk menyelamatkan kebun epalnya daripada diambil oleh pemerintah. Usaha Buchanan berjaya apabila Gabenor membatalkan rancangan untuk membina lapangan terbang di atas tanah kebun epal itu kerana rasa pelbagai jenis epala di kebun itu yang manis dan bermutu tinggi. Tema Kecekalan dan kesabaran dalam mempertahankan hak - Buchanan sedaya upaya menghalang British Columbia mengambil ladang epal yang merupakan harta pusaka dan kesayangan mendiang isterinya. Persoalan - Perpaduan atau integrasi sejagat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya - Menghargai dan menyayangi warisan yang ada untuk dinikmati oleh generasi akan datang - Kerajinan akan menghasilkan kejayaan yang bukan sedikit Watak dan Perwatakan Buchanan - Pengusaha ladang epal di Tsolum River Fruit Trees - Berusia 81 tahun tetapi masih gagah bekerja - Mempunyai 5 orang anak dan beberapa orang cucu - Mazlina dan Yvonne anak angkatnya - Rajin bekerja - Isterinya meninggal dunia Mazlina - Anak angkat Buchanan - Gadis Melayu - Menuntut di Universiti Richmond - Bertanggungjawab

- Pencinta alam sekitar - Bersimpati Yvonne - Anak angkat Buchanan - Berasal dari Moscow - Gemar bersolek - Bersimpati - Berani Latar Latar Tempat - British Columbia Tsolum River Fruit Trees - Kebun epal Buchanan Latar Masa - Masa kini musim panas - Waktu pagi tentera dan jentera datang untuk mengambil tanah pusaka Buchanan Latar Masyarakat - Masyarakat pekebun Buchanan mengusahakan kebun epal - Masyarakat pelbagai bangsa Melayu dan Inggeris (Mazlina/Buchanan) - Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjasama Mazlina dan Yvonne menolong Buchanan Nilai - Keberanian Yvonne dan Mazlina telah menghalang pasukan dari Pejabat Gabenor daripada menebang pokok-pokok epal - Kegigihan Buchanan yang gigih berjuang mempertahankan ladang walaupun anak-anaknya tidak memberikan kerjasama - Hormat-menghormati Buchanan,Mazlina dan Yvonne saling menghormati budaya dan cara hidup masing-masing - Kerjasama Mazlina,Yvonne,Buchanan saling bekerjasama menghadapi masalah Pengajaran - Kita perlu mencintai dan berusaha mengekalkan sesuatu yang dianggap warisan atau harta pusaka - Setiap orang mestilah berusaha menjalinkan persahabatan yang baik dengan semua pihak tanpa mengira batasan agama,bangsa dan budaya - Sebagai anak, kita hendaklah menyayangi ibu bapa ki

Analisis Cerpen Pusaran ( S.Othman Kelantan)

Sinopsis Junid sangat akrab dengan Pusaran iaitu seekor anak lembu jantan peliharaan ayahnya. Namun, hubungan tersebut tidak disenangi oleh ayah Junid, Mohsin. Kata-kata Pak Cik Kar bahawa Pusaran kembar Junid menambahkan kebimbangan Mohsin lalu menjual Pusaran untuk dijadikan korban sempena hari Raya Haji/Korban. Apabila pulang dari sekolah, Junid mencari lembu kesayangannya yang hilang. Akhirnya, dia menemui Pusaran yang sudah diikat untuk disembelih. Junid meraungraung supaya Pusaran dibebaskan. Mohsin tidak jadi menyembelih Pusaran. Tema Kasih sayang tidak mengenal status dan makhluk Pusaran yang merupakan seekor anak lembu jantan amat disayangi oleh Junid.

Persoalan - Ibu bapa mementingkan pendidikan anak-anak - Masyarakat Islam mengadakan korban semasa Hari Raya Korban - Peranan bomoh mempengaruhi pemikiran masyarakat Watak dan Perwatakan Junid - Anak bongsu Mohsin dan Musalmah - Menghabiskan masa bersama-sama Pusaran - Amat sayang akan Pusaran - Demam dan meracau apabila berpisah dengan Pusaran Pusaran - Anak lembu jantan - Terdapat pusaran pada dahi,kepala dan bawah perut - Menjadi tempat junid bermanja Mohsin - Ayah Junid - Mempunyai 8 ekar tanah bendang dan 6 ekar dusun kelapa dan 20 ekor lembu - Menjual Pusaran tanpa berunding dengan Junid Latar

Latar Tempat - Kawasan Kampung Gung Nibung - Sekolah tempat Junid belajar Latar Masa - Waktu malam perbincangan tentang Pusaran yang akan dikorbankan - Ketika Junid berusia 6 tahun hingga masuk darjah 1 Latar Masyarakat - Masyarakat kampung yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam - Masyarakat petani (pesawah) - Masyarakat yang mempercayai kata-kata bomoh Nilai - Kasih sayang Junid amat mengasihi Pusaran walaupun Pusaran hanya seekor anak lembu - Bertanggungjawab Ibu bapa Junid mahu menyekolahkan Junid agar tidak lagi leka bersama Pusaran - Patuh kepada agama masyarakat di kampung mengadakan korban sempena Hari Raya Korban Pengajaran - Kita hendaklah mengasihi sesama makhluk termasuk haiwan - Kita patutlah berbincang bersama-sama sebelum membuat sebarang tindakan - Ibu bapa hendaklah memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak

Anda mungkin juga menyukai