Anda di halaman 1dari 8

1

Pasang Surut Hubungan Dua Hala Malaysia-Indonesia


Dari Perspektif Indonesia
Oleh:
Dori Efendi1
Saya tidak pernah kasar terhadap beliau (Suharto), tapi saya punya cara tersendiri. Saya
tidak sudi diperlakukan seperti seorang adik (Mahathir Mohamad).
(Kompas 26 Oktober 2007)
Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Universiti Selangor (Unisel)
mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatah lagi mendapat peluang
berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat
kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak mahu lagi mendengarnya dan
tidak lagi menghormatinya. Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada The Dog
of Imperialism.
(Utusan Malaysia 10 Disember 2012)
Pengenalan
Dua petikan artikel di atas telah menggoncangkan hubungan akrab dua hala IndonesiaMalaysia yang terjalin sejak sekian lama. Kenyataan Tun Dr Mahathir yang menyatakan
tidak sudi dikatakan sebagai adik adalah kenyataan yang telah merosakkan hubungan
Indonesia-Malaysia. Di bawah pentadbiran Tun Razak, hubungan dua hala IndonesiaMalaysia amat mesra dan harmoni. Soeharto dan Tun Razak melakukan kerjasama dua hala
yang begitu baik untuk memulihkan hubungan kedua negara yang pernah rosak di bawah
pentadbiran Presiden Soekarno. Namun, hal serupa kembali terjadi apabila bekas Menteri
Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin membuat kenyataan di media sempena lawatan
bekas Presiden Indonesia, B. J. Habibie ke Malaysia sebagai tetamu kerajaan negeri Pulau
Pinang dan Selangordua buah kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan
pusat.2 Rentetan daripada serangan Zainuddin Maidin terhadap Habibie melalui artikel
1

Beliau menerima ijazah pertamanya dalam bidang sains politik dari Universitas Muhammadiyah, Yogyakarta
dan sarjananya juga dalam bidang sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Beliau juga
adalah pensyarah ilmu politik dan ilmu pemerintahan di Universitas Jambi dan sekarang ini sedang
menjalankan penyelidikan tentang gerakan sosial di Malaysia dan Indonesia sebagai projek kedoktoran
falsafah beliau di Universiti Putra Malaysia.
2
Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai B. J. Habibie dilahirkan pada 25 Jun 1936 di Kota
Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Institut Teknologi Bandung pada

2
berkenaan, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli akademik dari kedua-dua buah negara telah
mengeluarkan kenyataan dan kecaman menolak pandangan radikal bekas ahli kabinet
Malaysia tersebut.

Sebagai contohnya, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang

menyatakan tindakan Zainuddin Maidin tersebut sebagai sombong, dangkal dan bersangka
buruk (Keadilan Daily 12 Disember 2012). Mohd Najib Abdul Razak selaku Perdana
Menteri (PM) Malaysia pula menjauhkan dirinya dari terlibat dengan isu berkenaan dengan
menyatakan artikel tersebut merupakan pandangan peribadi Zainuddin Maidin. Presiden
Indonesia pula menyatakan Indonesia tidak dapat menerima tindakan bekas menteri
Malaysia tersebut dan menyuarakan bantahan kepada Perdana Menteri (PM) Malaysia
dalam pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut dalam lawatannya ke Kuala Lumpur pada
tarikh 18 hingga 19 Disember 2012 (Malaysian Insider 3 Januari 2012).
A

Satu Presiden Tiga Perdana Menteri

Pada awalnya pemahaman Malaysia terhadap Indonesia, dalam kadar tertentu dapat
dikatakan berangkat dari identiti keserumpunan, hubungan adik-kakak ataupun hubungan
sedarah. Pemahaman ini yang juga diikuti Indonesia, berasal dari kenyataan bahawa
Malaysia merdeka setelah Indonesia, dalam sejarahnya ada hubungan saling membantu,
dan ada perasaan senasib sepenanggungan sebagai negeri yang terjajah. Kedua negara
dikenal sebagai negara serumpun kerana memiliki banyak kesamaan akar budaya, sejarah
kerajaan-kerajaan, agama bahkan keturunan yang sama. Keadaan ini menyebabkan kedua
negara pada mulanya memiliki identiti bersama atau collective identity yang memudahkan
mereka dalam berhubung dan menyelesaikan masalah di antara keduanya. Malaysia
dipandang menghormati kepada saudara tuanya dalam hubungan kedua negara. Unuk
mempererat hubungan dua hala tersebut Malaysia dan Indonesia membentuk hubungan
yang baik dalam bidang pendidikan.

Dengan kerjasama ini, Indonesia bersetuju

menyediakan latihan kepada tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah, guru dan
tahun 1954 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Jerman dalam bidang kejuruteraan kapal terbang.
Penglibatan beliau dalam politik bermula pada tahun 1973 apabila Presiden Soeharto melantik beliau sebagai
wakil Presiden dalam bidang teknologi. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Negara Riset dan
Teknologi pada tahun 1978 dan sebagai Presiden Ketiga Indonesia menggnatikan Soeharto pada 21 Mei 1998.
Kedudukan Habibie sebagai Presiden hanya untuk tempoh waktu yang singkat, iaitu selama setahun lima
bulan apabila beliau bertindak mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 20 Oktober 1999.
Untuk maklumat lanjut mengenai Habibie rujuk Vatikiotis (2003) dan A. Makmur Makka (2008).

3
pertukaran pelajar melibatkan kedua-dua buah negara (Severino 2006:57). Sumbangan
besar Indonesia kepada Malaysia dalam bidang pendidikan ialah semasa proses penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Kemuncak kepada kerjasama
dua hala ialah melalui pengumuman serentak penggunaan ejaan bersama Malaysia dan
Indonesia di Jakarta dan di Kuala Lumpur pada 16 Ogos 1972. Penyelarasan kerjasama
bahasa kedua-dua negara diteruskan melalui pembentukan Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia (MBIM) pada tahun 1972 (Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi 2010:240).
Keadaan tersebut menjelaskan hubungan dua hala yang semakin bertambah erat ketika
Indonesia di bawah kepimpinan Soeharto dan Malaysia di bawah pentadbiran Tun Abdul
Razak sebagai PM.
Mengikut Liow (2005:129), untuk memperkukuh hubungan dua hala tersebut
Soeharto dan Tun Razak telah menyelenggarakan kerjasama latihan militari yang dijadikan
sebagai agenda bersama dalam mempertahankan negara dari serangan komunis dan
serangan pihak luar. Latihan militari ini dinamakan Malindo Samatha, Malindo Jaya,
Malindo Mini dan Kris Kartika.

Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia yang mesra

tersebut telah memulakan istilah hubungan kakak-adik. Di sinilah bermulanya hubungan


diplomatik yang baik antara Malaysia dan Indonesia. Untuk lebih mempereratkan lagi
hubungan yang mesra tersebut Tun Razak dan Soeharto bersetuju untuk melakukan
perundingan Selat Melaka yang diisytiharkan sebagai bukan perairan antarabangsa, tetapi
berada di bawah kawalan Malaysia dan Indonesia (Kunaseelan 1996:268).
Walau bagaimanapun, hubungan Indonesia-Malaysia memasuki era baru apabila
Tun Razak meninggal dunia pada tahun 1976 dan beliau digantikan oleh Hussein Onn.
Bagaimana dengan hubungan dua hala semasa ini? Seperti juga semasa zaman Tun Razak,
hubungan Malaysia dengan Indonesia terus berjalan dengan baik tanpa tercetusnya pelbagai
krisis yang menimbulkan ketegangan hubungan dua hala. Pentadbiran Tun Hussein yang
singkat (dari tahun 1976-1981) menyebabkan dasar-dasar luar negara yang melibatkan
hubungan dengan Indonesia tidak berubah terlalu ketara. Beberapa isu menarik untuk
diteliti berkaitan hubungan dua hala ketika era pentadbiran Tun Hussein ialah mengenai
pertikaian membabitkan tuntutan hak ke atas pemilikan Pulau Sipadan.

Namun, isu

4
tersebut tidak merosak hubungan dua hala Indonesia-Malaysia. Hal ini ditandai dengan
kerjasama ekonomi yang dimeterai bermula dengan peristiwa menandatangani Perjanjian
Persahabatan dan Kerjasama 1976 (Treaty of Amity and Cooperation) dan Pengisytiharan
Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) dimeterai di Bali semasa Mesyuarat
Pertama Ketua-Ketua Negara ASEAN. Dalam perjanjian tersebut, Indonesia menawarkan
kerjasama untuk menjadi pengeluar dalam pembuatan baja urea kepada negara-negara
ASEAN termasuklah Malaysia.

Kejayaan perjanjian dalam aspek ekonomi dalam

persidangan ASEAN tersebut menunjukkan kerjasama negara-negara anggota, khususnya


Indonesia dan Malaysia bertambah baik.
Hubungan baik ini mulai tampak memanas apa bila Tun Dr. Mahathir menjadi PM
menggantikan Tun Husein On. Sikap Tun Dr. Mahathir yang keras kepala kurang disukai
oleh Soeharto. Di samping itu, Tun Dr. Mahathir juga tidak disukai oleh Soeharto kerana
sikap menunjuknya. Pada tahun 1985, Tun Dr. Mahathir memperkenalkan kereta Proton
pertama Malaysia dan beliau membawa kereta Proton Saga tersebut ke kediaman Soeharto
untuk diberikan sebagai hadiah. Sikap Dr. Mahathir tersebut tidak disukai oleh Soeharto
dan beliau ditelantarkan di kediaman Soeharto selama delapan jam oleh Soeharto. Tidak
hanya setakat itu, Tun Dr. Mahathir semakin menunjukkan sikap beliau dalam kepimpinan
ASEAN. Pada persidangan Negara Berkecuali di Jakarta pada tahun 1992, Dr. Mahathir
secara tegas menyuruh Amerika berhenti berperanan sebagai Tuhan. Sikap ini sama dengan
sikap Soekarno yang anti Amerika. Hal ini menjadi satu momen yang dianggap
merendahkan Soeharto sekaligus melekatkan gelar Soekarno Kecil di dada Mahathir
(Widyatmadja 2005:100). Ini menjadi salah satu punca perselisihan Soeharto dan Mahathir.
Perselisihan ini menjadikan Soeharto marah kepada Mahathir. Di sini telah bermula
ketidaksesuaian sikap antara dua pemimpin negara tersebut. Walaupun berlaku hubungan
yang tidak baik, tetapi kabinet-kabinet di dalam pentadbiran kerajaan saling berhubung dan
keadaan dapat dikawal semula kerana para ahli politik menjalani persahabatan yang erat.
Selepas melalui hubungan pasang surut yang panjang, pada tahun 1998 berlaku
satu peristiwa penting pada tahun tersebut, iaitu kemunculan gerakan reformasi di
Indonesia dan Malaysia. Kebangkitan rakyat di Indonesia melalui gerakan reformasi

5
menyebabkan Dr. Mahathir bertindak menjauhkan diri dengan Indonesia kerana melihat
kegagalan Presiden Soeharto mengawal keamanan dan mencabul hak asasi manusia yang
menentangnya. Selain itu, Dr. Mahathir juga pada ketika itu berhati-hati dengan keadaan
politik semasa kerana bimbang pengaruh gerakan reformasi di Indonesia akan menular di
Malaysia. Bezanya di Malaysia, gerakan reformasi tidak menjatuhkan Dr Mahathir tetapi
di Indonesia Soeharto terpaksa meletakkan jawatannya pada 21 Mei 1998.
B

Reformasi Dan Keretakan Hubungan Dua Hala

Lebih kurang dua dekad kebelakangan ini, pemahaman Malaysia tentang Indonesia
mengalami perubahan. Salah satu sebabnya adalah pandangan yang terbentuk dari
persinggungan mereka dengan Tenaga Kerja Indonesia, laporan-laporan media dan
pernyataan para pemimpin Malaysia tentang pekerja Indonesia. Ini membentuk pemahaman
bahawa Malaysia lebih maju, lebih berkembang, lebih stabil dan aman daripada Indonesia.
Collective identity perlahan-lahan berganti dengan distinct identity yang berangkat dari
andaian tentang Malaysia yang lebih mampu mengelola sumber-sumber daripada
Indonesia, dan yang memerlukan ruang baru untuk terus berkembang. Perubahan identiti
ini juga perlu diletakkan dalam konteks berkempen yang lebih luas kerajaan Malaysia
Boleh dan konsep-konsep seperti hubungan kerjasama berdasarkan smart partnership.
Identiti seperti ini merangkai kepentingan untuk menuntut dan mengelola baik pulau-pulau,
wilayah maupun produk budaya yang selama ini dikenal milik Indonesia.
Hubungan Indonesia-Malaysia sering difahami dan dilihat secara emosional.
Beberapa peristiwa seperti perlakuan terhadap para pekerja Indonesia di Malaysia,
kemudian dakwaan Malaysia terhadap produk budaya dan karya Indonesia, selalu
menimbulkan protes di Indonesia dan mengarah pada ketegangan hubungan di antara kedua
negara. Lebih dari itu, berjayanya Malaysia memenangkan kedaulatan terhadap pulaupulau Sipadan dan Ligitan dan tuntutan Malaysia terhadap wilayah laut blok Ambalat di
Laut Sulawesi telah memacu protes serius di Indonesia. Dari berbagai protes itu, kesan
umum yang berkembang di Indonesia adalah bahawa Malaysia adalah negara yang semakin
angkuh, menginjak wibawa Indonesia dan tidak pandai membalas budi.

Hubungan Indonesia-Malaysia sebenarnya semakin kompleks dan tidak dapat


difahami secara emosional seperti halnya kemasukan rakyat Indonesia ke Semenanjung
Malaysia menjadi permasalahan bagi kedua negara tersebut. Pada zaman Tun Razak,
Malaysia mengundang guru dan pensyarah dari Indonesia. Tapi corak migrasi pada zaman
Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib berbeza. Yang datang adalah pekerja-pekerja kasar,
kurang terdidik, dan orang-orang miskin dari perdesaan, yang bekerja di sektor
perladangan, pembangunan di perkotaan, dan sebahagian lain bekerja sebagai pembantu
rumah. Mereka adalah dari kelas bawah, yang dipanggil dengan sebutan Indon oleh orang
Malaysia. Tapi yang lebih serius daripada itu adalah masalah kemasukan migran gelap,
yang berperanan sebagai puncak masalah sosial di Malaysia. Tahun 1981 diduga ada
100,000 migran gelap dari Indonesia, tahun 1987 mencecah 1 juta orang. Tahun 2011
diduga 2 juta orang. Kesan negatif dari migran ini tidaklah main-main, kadar jenayah,
pencurian, perompakan, pembunuhan dan sebagainya. Menurut catatan, tiga 36% dari
penghuni penjara di Malaysia adalah migran dari Indonesia. Padahal pemulangan migran
gelap telah dilakukan berkali-kali. Bagi Indonesia pula, masalah migran Indonesia adalah
tentang perlakuan kasar majikan terhadap pembantu rumah, pemberian gaji yang kecoh
oleh majikan, dan perlakuan kasar dan menghina oleh polisi dan relawan Malaysia terhadap
migran Indonesia. Masalah ini menjadi salah satu puncak hubungan tidak harmoni antara
kedua
negara.

RUMUSAN
Pasang surut hubungan dua hala Indonesia-Malaysia mestilah di selesaikan kerana dua
negara tersebut saling memiliki ketergantungan mereka sebagai sebuah negara jiran yang
serumpun, sebangsa dan seagama. Justeru saling bergantung inilah, misalnya dalam aspek
sektor pendidikan, perindustrian, perladangan mahupun pelaburan, maka kedua-dua negara
tidak boleh mengekalkan hubungan dua hala dalam keadaan yang tegang.

Sekiranya

terdapat isu-isu dua hala yang sukar diselesaikan, maka kedua-dua pihak perlu mengambil

7
langkah perundingan untuk menyelesaikannya. Di antaranya ialah dengan menjalankan
rundingan yang membabitkan kepentingan dua hala seperti dalam soal sempadan,
pembantu rumah, tenaga kerja Indonesia, dan pertikaian hak milik pulau. Sebagai negara
yang berkongsi budaya, bangsa dan agama yang hampir sama, setiap konflik yang muncul
sebenarnya boleh diselesaikan melalui semangat serumpun dalam sebuah wilayah
Nusantara.

Sekiranya rakyat dan kerajaan berusaha memahami falsafah kehidupan

serumpun dan saling mempercayai antara satu sama lain, maka sebarang konflik melibatkan
pertumpahan darah dan pencerobohan kedaulatan boleh dielakkan dengan mudah.
RUJUKAN
Keadilan Daily. 12 Disember 2012, Penghinaan bekas menteri UMNO keruhkan hubungan
Malaysia Indonesia (atas talian), http://www.keadilandaily.com/ penghinaan-bekasmenteri-umno-keruhkan-hubungan-malaysia-indonesia [1 Januari 2013].
Kompas. 2007. Suharto vs Mahathir, di balik panas-dinginnya hubungan Ri-Malaysia (atas
talian) http://sejarah.kompasiana.com/2012/12/14/suharto-vs-mahathir-di-balik-panasdinginnya-hubungan-ri-malaysia-516000.html
Kunaseelan, M. 1996. Hubungan Malaysia-Indonesia 1956-1957. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Liow, J.C. 2005. The politics of Indonesia-Malaysia relations: one kin, two nations.
London: RoutledgeCurzon.
Malaysiakini. 19 Disember 2012. Utusan tak perlu tarik tulisan Zam (atas talian)
http://www.malaysiakini.com/news/217030
Malaysian Insider. 3 Januari 2013. Indonesias legislators to complain to Najib over
Zainuddins
insult
(atas
talian)
http://www.themalaysianinsider.com/
malaysia/article/indonesias-legislators-to-complain-to-najib-over-zainuddinsinsult [4 Januari 2013].
Severino, R. 2006. Southeast Asia in search of an ASEAN community: insights from the
former ASEAN Secretary General. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
Utusan Malaysia. 10 Disember 2012. Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim
(atas
talian)
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_07/
Persamaan-BJ-Habibie-dengan-Anwar-Ibrahim [15 Januari 2012].

Vatikiotis, J.R.M. 2003. Indonesian politics under Suharto: the rise and fall of the New
Order. New York: Routledge.

Anda mungkin juga menyukai