Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN PETANQUE NEGERI PERLIS

No. 10, Jalan Manis 1, Taman Sri Manis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 017-5911509 / Fax : 04-9776570

Ruj. Kami: PEPs/Mesy.AJK/01/20


Tarikh: 6 Jan. 2016
Pengarah
Majlis Sukan Negeri Perlis,
Kompleks Sukan Negeri Perlis,
Jalan Baru Off Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar, Perlis.
MEMOHON MENGGUNAKAN BILIK MESYUARAT
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, Persatuan Petanque Negeri Perlis akan mengadakan Mesyuarat
Aktiviti Persatuan bagi tahun 2016 pada:
Tarikh: 9 Januari 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat MSN Perlis
3. Sehubungan dengan itu, pihak Petanque Negeri Perlis memohon jasa baik pihak tuan untuk
mempertimbangkan permohonan penggunaan bilik mesyuarat tersebut bagi kegunaan
persatuan. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pn Nor Hashimah bt Jusoh
merangkap Naib Presiden Petanque Negeri Perlis.
4. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Hamidah bt Abdul Rahman melalui
0175911509.
5. Kerjasama dari pihak tuan sangatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Petanque Untuk Semua
Ke Arah Kecemerlangan Sukan
Saya yang menurut perintah,

(HUMAIRA BT ABDUL RAHMAN)


SETIAUSAHA
PERSATUAN PETANQUE NEGERI PERLIS
sk.

YB. Dato Seri Shahidan bin Kassim,


Pengerusi Persatuan Petanque Negeri Perlis
Fail

Anda mungkin juga menyukai