Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC

Burung tempua hinggap merata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera mulanya kata
Awal bismillah pembuka bicara
Yang berusaha Tuan Haji Mukhtar bin Haji Kasim, Pengetua SMK AGAMA
ARAU
Yang Dihormati tetamu daripada UNIMAP,

Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Dekan Fakulti Teknologi


Kejuruteraan UniMAP
Dr Mukhzeer Mohamad Shahimin,
Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan
Madam Alida bt Abdullah
Mdm. Aizatul Akma Wani Ariffin
Mr Mohd Hafiz Arshad
Mdm. Liyana bt Jamaludin

Penolong Kanan Pentadbiran, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Ahli
Jawatankuasa Festival Sains & Matematik SMK Agama Arau, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan
semua rakan yang dikasihi sekalian.
.
Bersyukur kita pada pagi yg indah ini dapat kita bersama-sama bagi
menyempurnakan Festival Sains & Matematik SMK AGAMA ARAU bagi tahun
2016.
Bagi menambah keberkatan majlis kita,marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh ...........................................

Majlis dengan segala hormat dipersilakan


[bacaan doa]
Amin amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ....................................atas
bacaan doa itu tadi.
Para Hadirin Sekalian,
Sebelum kita melangkah lebih jauh, eloklah kiranya saya menyatakan sedikit
sebanyak tentang matlamat serta aktiviti dan pertandingan bulan sains dan
matematik pada bulan ini.
[matlamat]

Untuk menanam minat pelajar terhadap Sains dan Teknologi


Untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan Sains dan
Teknologi
Untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar berfikiran saintifik
Untuk memupuk semangat inovasi dalam kalangan pelajar
Untuk melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa
[aktiviti dan pertandingan]

-antara aktiviti & pertandingan yang telah dan akan dilakukan sepanjang bulan
sains & matematik adalah
Pada minggu lepas.....................................................
[baca aktiviti dalam buku aturcara]
Dan pada hari ini kita akan meneruskan aktiviti Festival Sains dengan
Pertandingan Inovasi dan Pameran Sains Peringkat SMK Agama Arau
Untuk makluman semua guru dan pelajar, aktiviti bagi bulan sains dan
matematik berhenti pada minggu ini sahaja kerana seperti yang kita sedia
maklum ujian 1 akan bermula pada 29 Feb. 2016 iaitu jumaat ini.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara
Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Pengetua, Tuan Haji Mukhtar bin Haji
Kasim untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
[ucapan aluan]
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Mukhtar bin Haji
Kasim atas ucapan aluan yang telah disampaikan sebentar tadi
Seterusnya, majlis mempersilakan Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Dekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan UniMAP

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Festival Sains &


Matematik Smk Agama Arau.
[ucapan perasmian]
Terima kasih Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Prof Madya Dr
Che Mohd Ruzaidi Ghazali dengan diiringi Tuan Pengetua, Tuan Haji Mukhtar bin Haji
Kasim untuk menandatangani Sijil Jalinan antara pihak SMK Agama Arau
dengan pihak UNIMAP bagi menunjukkan kerjasama yang terjalin antara sekolah
dan Universiti Awam.
Hadirin dan hadirat sekalian,majlis seterusnya adalah penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada
hari ini.
Majlis menjemput dan mempersilakan yang berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji
Mukhtar bin Haji Kasim dengan diiringi Penolong Kanan
Pentadbiran, ...................... untuk menyampaikan cenderamata buat kenangkenangan kepada :
Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali

Dr Mukhzeer Mohamad Shahimin,


Madam Alida bt Abdullah
Mdm. Aizatul Akma Wani Ariffin
Mdm. Liyana bt Jamaludin
Mr Mohd Hafiz Arshad
Kain songket cantik kilauan
Ditenun oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji
Mukhtar bin Haji Kasim atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.
Dengan berakhirnya acara penyampaian cenderamata sebentar tadi maka ia
tanda bermulanya Pertandingan Inovasi Peringkat SMK Agama Arau bagi tahun
2016. Majlis mempersilakan tetamu kita ke tapak pameran.
[inovasi]

[vip bergerak ke meja peserta]

Anda mungkin juga menyukai