Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

( 3 Rabiulawal 1425H)
(23 April 2004)
KHUTBAH PERTAMA



, ,


Sidang jemaah yang di rahmati Allah !


Saya mengajak diri saya dan hadhirin sekalian, marilah kita sama-sama
mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dengan terus mempertingkatkan
keiltizaman dan kepatuhan terhadap titah perintah Allah s.w.t
, suruhan dan
laranganNya.
Hendaklah kita sentiasa sedar bahawa jalan hidup kita ialah Islam, dan pegangan serta
perlembagaan hidup kita ialah ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Fahaman Islam yang kita bawa dalam hidup kita adalah berdasarkan fahaman Islam yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan telahpun diikuti oleh para sahabat ridhuanullah
alaihim. Bukan fahaman-fahaman lain yang disogokkan oleh musuh-musuh Islam ke
dalam masyarakat Islam. Sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t dan kepada
semua prinsip-prinsip (rukun) keimanan, kita mestilah peka dan awas agar kita tidak
terjebak ke dalam aliran-aliran faham yang berlawanan /bercanggah dengan Islam.
Satu daripadanya ialah : Aliran Modenisasi . Iaitu satu pandangan hidup keduniaan yang
mempertuhankan kemodenan (modernity).

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

Modenisasi sebenarnya mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang tersendiri. Antara sifatsifat utamanya adalah seperti berikut:
Pertama : Modenisasi bersifat anti-agama, dan dari segi fikrah Islam, modenisasi
menentang Deen, menentang syariat dan menentang sunnah Rasulullah s.a.w. Bagi
seorang modenis, agama dianggap sebagai lambang kekolotan, kemunduran, kebekuan
(jumud) dan dianggap mengongkong, membelenggu dan membantutkan perkembangan
manusia.
Kedua : Modenisasi juga bersifat sekular. Menyingkirkan agama daripada kehidupan
manusia atau daripada sebahagiannya. Agama dijadikan perkara (urusan) individu sahaja
dan bukan untuk kehidupan umat dan Negara. Pemisahan itu telah melahirkan manusia
yang melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan (perbuatan) bukan lagi kerana Allah ,
bukan lagi sebagai ibadah kepada Allah, tetapi semata-mata kerana kerja itu sendiri atau
keraja tujuan-tujuan yang lain yang bersifat keduniaan.
Ketiga: Modenisasi juga bersifat humanis. Yakni manusia memilik,merancang,
melaksanakan sesuatu dan manusialah yang menerima faedah daripada kegiatan hidup
manusia itu sendiri. Fokus (tumpuan ) utama kepada kegiatan hidup manusia di dunia ini
sahaja. Akibatnya manusia tidak lagi memperhambakan diri kepada Allah s.w.t, Pencipta
alam ini, tatapi manusia memperhambakan diri kepada sesama manusia atau sesama
makhluk. Akibatnya lagi manusia menafikan adanya alam ghaib dan perkara ghaib
kerana semuanya itu tidak dapat dikesan / dicapai oleh pancaindera dan ratio manusia
(aqal dan logik aqal manusia).
Keempat : Modenisasi juga bersifat kebendaan (materialisma). Ini merupakan suatu
konsep yang menyifatkan bahawa perkara yang wujud ialah benda, tiada yang maujud
melainkan benda. Pandangan hidup seorang materialis (orang yang berfaham
kebendaan) itu hanya memberi keutamaan kepada kelazatan yang boleh dirasai dan
dikecapi melalui pancaindera dan mental atau minda manusia sahaja. Akibatnya seorang
materialis sentiasa menolak perkara-perkara rohaniah dan nilai-nilai rohani atau
sekurang-kurangnya mengabaikan perkara-perkara rohaniah dan nilai-nilai rohani.
Kejayaan dalam bidang sains diagung-agungkan. Kuasa kehendak dan pentadbiran
manusia dianggap sebagai kuasa yang dapat menakluki alam (dunia ) ini.
Kelima : Modenisasi juga bersifat free thinking yakni berfikiran bebas dan tidak mahu
terikat kepada authority atau kewibawaan seseorang yang disebut free thinker itu tidak
semestinya dia menafikan wujudnya Allah s.w.t tetapi dia tidak mahu terikat kepada
penafsiran orang-orang yang ada authority (wibawa). Dalam Islam disebut tafsiran
ulama muktabar. Bahkan mereka berfikir sendiri dan membuat tafsiran sendiri mengikut
kehendak hawa nafsu sendiri. Akibatnya, tafsiran dan fatwa ulama-ulama muktabar
akan ditolak dan diperkecil-kecilkan atau tidak dihargai.

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

Tuan-tuan sidang Jumaat hadirin sekalian. !


Di dalam sejarah, telah terbukti bahawa proses modenisasi di negeri-negeri / negaranegara Islam telah bermula apabila jatuhnya pemerintahan Khilafah Uthmaniah di Turki
pada tahun 1923 M. Sejak itu proses modenisasi menular dan merebak dimulai dengan
pembaharuan dan permodenan yang dilakukan oleh pemerintah pertama bagi Turki
moden iaitu Mustafa Kamal Attartuk dan beliau dianggap sebagai reformis modenis yang
telah ternyata hasil usahanya bukan sahaja memisahkan agama daripada negara, bahkan
lebih jauh daripada itu. Apa yang dilakukan merupakan proses penghapusan Islam
seluruhnya sebagai aqidah dan syariat atau disebut juga sebagai proses De Islamisasi.
Tuan-tuan sidang Jumaat sekalian !.
Di dalam Islam ada konsep Islah ( ) tetapi bukan pembaharuan modenisasi ini.
Konsep Islah bererti berusaha memperbaiki keadaan umat Islam yang telah rosak dan
menyeleweng (menyimpang) daripada ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Menyimpang daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara
mengajak umat Islam itu kembali kepada tahap umat Islam dalam generasi awal Islam
dahulu, dibawah pimpinan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. Atau sekurang-kurangnya
menghampiri tahap dan keadaan generasi tersebut. BUKAN mengubah ajaran agama
atau Deen Islam itu untuk disesuaikan dengan zaman, tetapi manusialah dan umat ini
mestilah mengikhlaskan diri mengubah diri untuk disesuaikan diri mereka dengan ajaran
Islam yang bersumberkan daripada al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Menurut kacamata syara, perubahan diri seseorang bermula dari dalam jiwa barulah
akan berlaku perubahan dan pengislahan dalam kehidupan. Ini bertepatan dengan
Firman Allah s.w.t :

Bermaksud: Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran,


di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya
Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap
sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung
bagi mereka selain Dia. (Surah ar Rad : 11)

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

Kita dituntut untuk menjadi Musleh ( ) atau reviver yang berusaha sedaya yang
termampu untuk menghidupkan kembali Ruh dan Deen Islam dikalangan umat ini dalam
bentuk yang suci bersih daripada bidah ( ) , khurafat ( ) dan sebarang
bentuk penyelewengan. Kita hanya dituntut berusaha seupaya mungkin menakala
kejayaan dan hasilnya dipulangkan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t sahaja yang
menentukan natijahnya.
Firman Allah s.w.t :

Bermaksud: Syu`aib berkata: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu jika aku


mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku daripada-Nya rezki
yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak
menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud
kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada
taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku
bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali. (Surah Hud : 88)

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

KHUTBAH KEDUA

Surah al Anam : 153.




! !

Sidang Jumaat hadirin sekalian !.
Sekali lagi kita mengajak kepada memperteguhkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan
terus menerus iltizam dan patuh kepada titah perintah Allah , suruhan dan tegahanNya.
Sekali lagi kita diperingatkan Allah s.w.t dalam firmanNya. (Seperti tersebut di atas)
Bermaksud: dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus,
maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalanjalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah
kepadamu agar kamu bertakwa. (Surah al Anam : 153)
Berdasarkan kepada ayat tersebut jelaslah bahawa jalan yang benar dan lurus itu hanya
satu sahaja iaitu jalan Allah, manakala jalan-jalan yang sesat, menyeleweng dan bathil
itu banyak dan bersimpang siur serta bengkang bengkok. Seperti mana yang telah
diperjelaskan di dalam tafsir oleh As Syeikh Muhammad Ali As
Shabuni.

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

Musuh Islam ( ) sudah lama merancang dan berusaha untuk menarik


keluar dan memutuskan hubungan orang Islam dengan ajaran-ajaran islam dan sekaligus
tunduk dan mengikut telunjuk mereka. Hal ini telah lama diperingatkan oleh Allah s.w.t
di dalam al Quran al Karim.

Bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga
kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong
bagimu. " (Surah al Baqarah : 120)
Maksudnya, apabila orang-orang Islam (orang-orang yang beriman) itu mengikut
telunjuk mereka, maka barulah mereka redha dan puashati.
Tuan-tuan hadirin sekalian !.
Sayugia disedari bahawa serangan musuh-musuh Islam bukan sahaja serangan ganas
melalui senjata moden seperti yang telah termaklum berlaku pada masa ini di Iraq dan
Palestin bahkan ada satu lagi serangan yang amat berat kesan dan risikonya iaitu
serangan dalam bentuk fikiran atau yang disebut Yang boleh merosakkan
aqidah dan ibadah serta pegangan dan nilai-nilai hidup umat Islam.
Oleh itu kita selaku orang Mukmin perlulah berhati-hati terhadap berbagai aliran
pemikiran, samada yang kelasik ataupun yang moden agar kita tidak terjebak dan tidak
terperangkap di dalam jaringan aliran-aliran pemikiran yang menyesatkan dan
merosakkan aqidah dan ibadah serta nilai hidup hakiki umat Islam. Kita mesti yakin
bahawa Islam adalah Islam, Deen Allah s.w.t tiada label Islam moden dan tiada label
Islam kuno. Tiada Islam maju dan tiada Islam mundur. Kerana Allah s.w.t telah
menekankan dalam al Quran :

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

Bermaksud: Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada
berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan
kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir
terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Surah
ali Imran : 19)
Islam itulah yang dibawa, disampaikan, didakwahkan, ditarbiyahkan (dididik) oleh
Rasulullah s.a.w kepada umatnya.
Untuk selamat di dunia dan di akhirat, maka kita tiada pilihan yang lain melainkan
memilih Deen Islam dan kita perlu kembali kepada Madrasah dan didikan Rasulullah
s.a.w.
Firman Allah s.w.t dalam surah al Ahzab : 21

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

,


!


Disusun oleh :
Ustaz Umar Hj. Salleh
Timbalan Mudir,

Khutbah Jumaat MATRI 23 April 2004

Anda mungkin juga menyukai