Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN B

Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang berikut.


Encik Ahmad ialah seorang pekerja di sebuah syarikat swasta. Gaji bulanannya ialah RM1 200. Dia mempunyai seorang
isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Dengan jumlah pendapatan yang diperoleh, Encik
Ahmad membelanjakan pendapatannya dengan cermat. Setelah ditolak segala perbelanjaan yang perlu, dia mempunyai baki
wang lebih kurang RM100 sahaja sebulan. Oleh itu, dia terpaksa menangguhkanpembelian terhadap barang yang mahal
kerana wang yang ada tidak cukup. Namun begitu, pada suatu hari, Encik Ahmad perlu membeli dua barang iaitu kipas
angin yang berharga RM100 dan dapur yang juga berharga RM100. Dengan jumlah wang yang dimiliki, dia terpaksa
memilih antara dua barang tersebut.
Namun begitu, Encik Ahmad sebenarnya berasa sangat bertuah kerana tinggal di Malaysia. Hal ini demikian kerana
kerajaan bukan sahaja memberikan kebebasan kepadanya sebagai pengguna untuk membuat pilihan tetapi turut
memberikan bantuan seperti Skim Pinjaman Buku Teks kepada anak anaknya yang masih bersekolah dan subsidi kepada
para petani atau pengeluar. Selain itu, terdapat banyak projek pembangunan yang telah dijalankan kerajaan dan sesetengah
projek mega terpaksa ditangguhkan dahulu seperti projek Landasan Keretapi Berkembar. Hal ini kerana kerajaan turut
mengambil kira kebajikan rakyat.
6 Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.
(a) Nyatakan unit-unit ekonomi yang terdapat dalam petikan di atas.
(b) Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Ahmad? Jelaskan.
(c) Adakah kerajaan turut menghadapi masalah? Nyatakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan.
(d) i. Pada pendapat anda apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia? ii. Nyatakan ciri-ciri sistem ekonomi
;
tersebut.
iii. Bagaimanakah sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia menyelesaikan masalah asas ekonomi?

Anda mungkin juga menyukai