Anda di halaman 1dari 2

Islam dan Insurans

Memandangkan intipati insurans boleh dilihat melalui sistem bantuan bersama di dalam amalan
wang tebus darah yang ada dalam adat resam puak Arab, ahli-ahli perundangan Islam secara
umumnya menerima bahawa konsep insurans tidak bercanggah dengan Syariah. Malah, prinsip
pampasan dan tanggungjawab berkumpulan telah diterima oleh Islam dan Rasulullah SAW. Ahli-ahli
perundangan Islam bersetuju bahawa konsep perkongsian tanggungjawab di dalam sistem aqila,
seperti yang telah diamalkan antara penganut Islam di Mekah (Muhajirin) dan Madinah (Ansar)
telah
menyediakan
asas
kepada
insurans
bersama.
Sebagai sebuah agama yang sempurna, ajaran Islam merangkumi intipati keamanan, ekonomi yang
kukuh dan pembangunan umat Islam pada peringkat individu, keluarga, negara dan ummah.
Untuk menjelaskan kepentingan persaudaraan di dalam hidup seorang Islam, Islam mendidik
perlindungan hak-hak asas beberapa perkara seperti:

Hak untuk melindungi agama.

Hak untuk melindungi nyawa.

Hak untuk melindungi maruah/kehormatan.

Hak untuk melindungi harta-benda.

Hak untuk melindungi akal.

Mengikut ahli-ahli perundangan Islam, konsep insurans ini diterima di dalam Islam kerana,

peserta-peserta akan bekerjasama diantara mereka untuk kepentingan bersama;

setiap peserta akan membayar sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan;

ia mengikut kontrak derma yang mana bertujuan untuk membahagikan kerugian dan
liabiliti mengikut sistem pengumpulan berkumpulan;

Unsur-unsur ketidakpastian akan luput dari segi bayaran sumbangan dan pampasan

Ia tidak bermatlamat untuk memperolehi manfaat daripada kos individu yang lain.

Pandangan yang diterima oleh ahli-ahli perundangan Islam ialah operasi insurans konvensional
sebagai sebuah transaksi pertukaran di bawah perjanjian jual dan beli adalah tidak mematuhi
syarat-syarat
dan
undang-undang
Syariah
kerana
wujud
unsur-unsur
berikut:al-Gharar
Al-Gharar (faktor-faktor yang tidak diketahui atau tidak pasti di dalam operasi kontrak) di dalam
operasi insurans konvensional. Ia terjadi akibat ketidakpastian tentang subjek kontrak di mana
pemegang polisi tidak dimaklumkan, sebagai contoh, bagaimana wang pampasan yang dibayar
oleh
Syarikat
akan
diperolehi
dan
berapa
jumlah
yang
akan
diterima.
Subjek kontrak adalah salah satu daripada hal-hal asas kontrak di dalam Islam dan ia mestilah
difahami dan diterima ketika kontrak berkuatkuasa, sekiranya tidak kontrak akan menjadi tidak sah.
al-Maisir
Terdapat unsur al-Maisir (perjudian) di dalam insurans konvensional. Peserta akan mengalami

kerugian jika peril tidak berlaku. Sebaliknya, pengendali insurans akan rugi sekiranya peril berlaku.
al-Riba
Terdapat amalan Al-Riba (faedah) didalam insurans konventional kerana tiada kesaksamaan di
antara premium yang dibayar dan pampasan yang diterima. Syarikat insurans juga melaburkan
premium ke dalam pelaburan berdasarkan faedah.

Anda mungkin juga menyukai