Anda di halaman 1dari 3

HADIS : MISKIN YANG SEBENAR, 15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT

KESIHATAN
Tazkirah Jumaat
5 April 2013 (24 Jamadil Awal 1434H)
MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG,
PAHANG DARUL MAKMUR)
MISKIN YANG SEBENAR
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Yang dikatakan orang miskin itu bukanlah orang yang pergi dari rumah ke
rumah, lalu diusir apabila dia meminta sebiji dua kurma, atau satu dua suap
makanan. Orang yang sebenarnya miskin adalah orang yang tidak berasa cukup
dengan apa yang dia ada. Dia tidak mampu bersabar lalu menceritakan halnya
kepada orang lain. Kemudian ada orang memberikan sedekah kepadanya, tetapi
dia masih belum berasa cukup, dan terus meminta-minta dari sesama manusia.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengajaran

Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

Harta itu ujian dari Allah, maka bersabarlah sama ada kita mempunyai
banyak atau sedikit harta.
Bersedekahlah dengan harta yang kita ada. Sedikit atau banyak itu tidak
penting. Contohnya, janganlah jika kita ada wang seringgit mahu tunggu wang
jadi dua ringgit baru mahu bersedekah. Wang ada seratus mahu tunggu jadi
seribu baru mahu bersedekah. Kononnya mahu jadi kaya baru mahu bersedekah.
Salah konsep tersebut, kekayaan itu bukan semestinya diukur dengan harta.
Yang miskin jangan terus mengeluh dan suka meminta-minta atau asyik
meminta-minta, tetapi teruslah berusaha disamping bantuan yang ada.
(Hadis diambil dari majalah Iman bil. No: 14)

15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu meremehkan
kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang
manis (wajah ceria dan senyuman). Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat


merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan memperlahankan aliran
darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan
tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43
ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga
terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan
emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam
mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal
ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan
jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah
daripada paras sebelum ketawa.
6. Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman. Riwayat Tirmidzi.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan
California menjelaskan terdapat dua jenis stress iaitu stress yang baik dan
stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress
yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan
akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel
B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan
dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia
ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot
abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan
belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan
otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus

meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.


13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia
juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah
ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan
bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: Senyum kalian bagi saudaranya adalah
sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk
saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang
tersesat juga sedekah. (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

Anda mungkin juga menyukai