Anda di halaman 1dari 22

UNIT 8 : KESAN KEGIATAN

MANUSIA TERHADAP ALAM


SEKITAR

Geografi Tingkatan 1
by
mr lky

Alam sekitar yang luas terbentang ini akan diwarisi oleh anakanak sekarang. Oleh sebab itu, mereka harus belajar
bertanggungjawab menjaga keadaan alam sekitar dari sekarang
jika tidak mahu alam sekitar tercemar dan musnah.
Dalam unit ini, anda akan memahami kesan kegiatan
manusia terhadap alam sekitar. Anda juga akan memelihara

Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar


Penebangan Pokok dan Kesannya

Lihatlah Foto ini, asalnya kawasan ini adalah hutan yang tebal.
Kini, hutannya sudah ditebang. Hutan ditebang untuk pelbagai
tujuan. Antaranya termasuklah untuk pembalakan, pembinaan
jalan raya, petempatan, kilang, perlombongan mineral dan

Tanah dan permukaan bumi di kawasan tersebut terdedah pada hakisan air
hujan dan angin. Air hujan yang turun akan memecahkan tanah di
permukaan bumi dan mengalir ke sungai-sungai. Apabila aliran sungai
menjadi perlahan, tanah dan lumpur yang dibawa bersama itu akan
mendap di dasar sungai. Dasar sungai pun akan menjadi cetek. Semasa
hujan lebat, isi padu air sungai akan bertambah.
Air yang berlebihan ini membanjiri kawasan di sekitar sungai. Hal
yang demikian membawa beberapa kesan buruk kepada alam sekitar. Air
sungai akan tercemar oleh lumpur yang berlebihan. Banjir juga mudah
berlaku.
Pemendapan air berlumpur
mencetekkan dasar sungai banjir
pun mudah berlaku

banjir

banjir

Selain itu, suhu di kawasan yang terdedah itu akan meningkat.


Permukaan bumi pula akan dipanaskan secara berterusan oleh matahari
kerana tiada tumbuhan sebagai perlindungan. Udara di sekitarnya turut
menjadi panas oleh sebab keadaan permukaan bumi yang panas. Di
kawasan itu, angin dapat bergerak tanpa halangan.

Penebangan hutan dapat juga menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan


semula jadi musnah. Hidupan liar pula akan kehilangan habitatnya.
Haiwan, burung dan serangga terpaksa berpindah. Apabila hal ini
berlaku, ekosistem di hutan ini tergugat.

Kegiatan penebangan hutan di kawasan tanah tinggi secara


berleluasa akan menjejaskan kawasan tadahan dan sumber air.
Keadaan ini akan membawa kesan yang lebih buruk terhadap
bekalan air kita serta terhadap keadaan alam sekitar.

Kegiatan Pertanian dan


Kesannya

Manusia menggunakan pelbagai teknik moden untuk meningkatkan


pengeluaran hasil tanaman. Baja kimia digunakan untuk meningkatkan
kesuburan tanih. Racun serangga digunakan untuk mengawal makhluk
perosak. Penggunaan baja kimia, racun serangga, racun kulat dan racun
herba akan meninggalkan bahan toksik yang tidak larut air di kawasan
sekitar. Contohnya ialah plumbum dan zink dalam baja kimia tidak
mudah pupus dan akan terkumpul di dalam tanah. Keadaan ini

Apabila hujan, bahan tersebut dibawa air hujan ke dalam sungai.


Begitulah pencemaran di Sungai Muda yang tercemar oleh penggunaan
baja kimia dan racun serangga di kawasan Muda di Dataran KedahPerlis. Keadaan begini berlaku juga di Sungai Kelantan di kawasan
Kemubu, Kelantan.

Pencemaran air

Pembinaan Jalan Raya

Pembinaan lebuh raya dan jalan raya di cerun curam adalah kerja yang
berbahaya dan sukar dilaksnakan. Sebahagian Lebuh Raya Utara-Selatan
dan Lebuh Raya Karak dibina di kawasan cerun tanah tinggi. Kerja
memotong cerun bukit untuk membina jalan raya ini menyebabkan
kejadian hakisan cerun oleh air hujan.

Gelongsoran tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan ini. Pada
30 Januari 1995, pergerakan aliran lumpur dan batu menurun ke jalan
raya di Genting Sempah menuju ke Tanah Tinggi Genting menyebabkan
21 orang terbunuh dan 22 orang cedera. Pada Januari 1996, tanah runtuh
berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat dengan Gua Tempurung, Ipoh.
Kajian menunjukkan bahawa tanah runtuh ini mungkin berlaku sebagai

Gelongsoran tanah bukit

Gelongsoran tanah bukit

Langkah-langkah Mengurangkan Kesan


Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar

Penanaman Semula

Jabatan Perhutanan memastikan kawasan yang telah ditebang


secara haram atau secara sah ditanam semula. Contohnya, spesies
pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai dan
sesenduk ditanam di Bukit Tinggi di Pahang. Pokok medang teja
pula ditanam di negeri Kedah. Hal ini memastikan bekalan kayu
yang bermutu berterusan. Kawasan hutan paya air masin yang telah
ditebang juga ditanam semula. Contohnya ialah penanaman semula

Menanam pokok

Penggunaan Kaedah Biologi dalam Pertanian

Petani-petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli


untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Baja organik dapat
diperoleh daripada najis haiwan dan sisa tanaman. Baja jenis ini
adalah murah dan tidak perlu diproses. Contohnya, peladang lada
hitam di Sarawak menggunakan guano (najis burung dan kelawar)
sebagai baja.
Pengusaha ladang sawit di Malaysia sudah menggunakan
kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Ular dan burung
hantu digunakan di ladang kelapa sawit untuk menangkap tikus
yang memakan buah kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit dan koko
pula, sejenis lalat digunakan untuk mengawal ulat karung (larva

Pemeliharaan Cerun Tinggi

Tarahan dibuat untuk


merendahkan kecerunan jalan
raya
Cerun bukit yang telah ditarah mudah mengalami hakisan. Oleh sebab itu,
langkah pemeliharaan cerun bukit perlu dilakukan. Aliran air di kawasan
tersebut diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit di cerun. Telaga
dikorek di cerun untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Paip dimasukkan
ke dalam tanah di cerun tersebut untuk memungkinkan air mengalir keluar.

Rumusan tentang Kesan-kesan yang


Dialami

Anda mungkin juga menyukai