Anda di halaman 1dari 1

Definisi: Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang

menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan


yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan
seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai
pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan
negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Pines (1993), semua individu
akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang
memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan
motivasi yang tinggi. Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang
konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis
(subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional
exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal
accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan
Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para
pengkaji.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai