Anda di halaman 1dari 5

SKOP KERJA GURU DG41

Kehadiran Bertugas:
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12
September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di
sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula.
Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira
pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan
ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa
datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut
jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau
pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan
dan para pelajar.
Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku
kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama,
masa sampai dan menurunkan tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah
dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar
dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan
atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak
sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada
Guru Besar apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa
mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar
terlebih dahulu.

6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara


rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah,
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para
pelajar,
melaksanakan
tugas
yang
dipertanggungjawabkan
di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan
agi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang
berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah
tanggungjawab guru itu sendiri

Tugas Akademik Guru:


1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja
yang bermutu tinggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis
panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masingmasing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk
menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan
lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam
kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu
sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu
dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas
rasmi
guru
itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah
kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang
ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar,
terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh
mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan
guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku
tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat
bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.

8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar


yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh
pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:


1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai
pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan
dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual
waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran,
salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi
tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah
siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan
perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang
dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia
berbuat demikian.
Perhubungan Guru Dengan Pelajar:
1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan
sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan
segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang
dilakukan oleh pelajar.Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius
hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan
mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah
dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi
pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti
menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya

dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang


lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis
kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta
sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan
mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan
sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina
guru atau Guru Besar.
5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajarpelajarnya.
6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan
yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru
tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau
penolong kanan dengan segera.
Pakaian:
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang
sesuai semasa bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada
waktu petang semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.
Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki.
Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.
Pelawat:
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar
di dalam bilik darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya
mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual
hanya boleh ibuat di dalam bilik guru sahaja.
Kenyataan Akhbar:

1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun


bertindak atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.
Surat Rasmi:
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama
ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui
Guru Besar.
Lawatan:
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah
terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan
Pendidikan Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim
ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti
dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.
Kutipan Wang:
1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan
dan kelab perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak
disalahgunakan oleh persatuan dan kelab.
3. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu
dianggap besar jumlahnya.

Anda mungkin juga menyukai