Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN

Sejarah adalah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Berpandukan Sekolah Menengah
(KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun.
Pada tahun 2002, Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat disemak untuk
menyediakan pendidikan yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi yang
cemerlang. Antara tujuan lain semakan ini dilakukan adalah untuk menyediakan pelajar
menghadapi cabaran masa depan, perkembangan dunia teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Aspek yang diberi penekanan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan
Empat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002) ialah aspek kognitif, afektif, psikomotor
dan kemahiran contohnya kemahiran berfikir, kemahiran belajar, teknologi maklumat
(IT), komunikasi, teori pelbagai kecerdasan dan pendekatan kajian masa depan.
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2002) juga menerangkan tentang penerapan nilai murni dan semangat patriotik. Semua
elemen ini diharap dapat diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan harian dan alam
pekerjaan kelak.
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang
hidup dan boleh menarik minat murid terhadap mata pelajaran tersebut (Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) 2003b; PPK 2003). Keberkesanan mata pelajaran Sejarah
bergantung kepada perancangan dan kualiti guru Sejarah. Salah satu punca para
pelajar kurang berminat dalam sejarah adalah cara pengajaran guru yang seakan
berkhutbah dan hanya berpandukan pembacaan buku teks. Kelemahan dari segi
pengajaran masih menjadi isu utama yang berkaitan dengan pencapaian murid dalam
peperiksaan SPM. Corak pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah masih bersifat
tradisional dan membosankan murid (KPM 2003b, 2004b; KPM 2003). Kaedah
konvensional berpusatkan guru (teacher centred) perlu diubah kepada kaedah yang
lebih berkesan mengikut perubahan zaman iaitu penglibatan pelajar yang lebih aktif
iaitu

pembelajaran

yang

berpusatkan

pelajar

(student

centred).

Pendekatan

konstruktivisme yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan (Huraian Sukatan


Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat, 2002) adalah lebih berbentuk pendekatan
1

berpusatkan

pelajar.

Pendekatan

konstruktivisme

yang

berbentuk

dinamik,

membolehkan pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran untuk membuat


interpretasi makna yang sesuai dengan konteks pengetahuan dan pengalaman
pembelajaran. Guru berperanan sebagai fasilitator, iaitu pembimbing pengetahuan dan
bukannya sebagai penyampai pengetahuan.

PERNYATAAN MASALAH
Sejarah adalah mata pelajaran yang amat menarik jika pendekatan yang digunakan
oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran dipelbagaikan dan tidak membosankan
para pelajar. Kemahiran guru teruji dalam menyampaikan maklumat sejarah agar para
pelajar dapat menerima serta memahami setiap maklumat yang disampaikan. Selama
ini para pelajar hanya ditekankan teknik hafalan dalam menjawab soalan peperiksaan
namun para guru tidak melengkapkan para pelajar cara untuk memahami sesuatu
konsep atau maklumat yang diterima dengan lebih efektif tidak hanya menumpukan
teknik hafalan sahaja. Dalam erti kata lain, pemahaman konsep di dalam sesuatu topik
yang dajar adalah sesuatu yang mustahak.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta
dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi
pelajar, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik. Akan tetapi setelah
diperhati dan diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran
Sejarah ini berlaku akibat dari beberapa faktor. Antaranya ialah disebabkan oleh sikap
pelajar yang tidak berminat untuk membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara
pelajar menghafal fakta tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku
dan sikap pelajar yang tidak suka bertanya untuk faham. Selain itu, masalah ini wujud
adalah disebabkan oleh pelajar yang terlalu bergantung kepada ayat buku teks
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila ayat tersebut diubah dan
juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu
dan

rigid

untuk

berfikir. Terutama

dalam

menjawab

soalan

berbentuk

esei

,menyebabkan mereka gagal menjawab dengan baik malahan tidak menjawab

langsung soalan-soalan berbentuk esei kerana ketidakupayaan mereka mengingati dan


memahami apa yang telah dipelajari
Pelajar juga menghadapi masalah mendapat konsep keseluruhan mengenai
urutan peristiwa bersejarah dalam satu-satu bab. Pelajar tidak dapat melihat peristiwaperistiwa secara keseluruhan atau urutan yang berterusan. Justeru itu, ini tidak
membantu pelajar membentuk konsep kandungan keseluruhan sesuatu bab ataupun
membantu mereka mengaitkan satu topik dengan topik yang lain dalam sesuatu bab.
Kajian oleh Abdul Razak dan Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah
Petaling Jaya dan Kuala Selangor mendapati pelajar-pelajar menganggap mata
pelajaran Sejarah sebagai subjek sampingan yang tidak mendatangkan faedah.
Tanggapan ini dikaitkan dengan mata pelajaran Sejarah yang tidak memberikan
jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial (Sivachanlingam et al. 2008).
Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan inovatif
yang dapat melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan berserta dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berinteraksi sesama pelajar dan
menimbulkan keseronokan di dalam kelas. Dalam erti kata lain pembelajaran dan
pengajaran yang berpaksikan pelajar lebih berkesan sekiranya guru lebih berinovatif
dan mempelbagaikan corak pembelajaran yang berkesan dalam menyampaikan
sesuatu maklumat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat,pemahaman
dan ingatan pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.
Model pembelajaran konstruktivisme adalah salah satu model yang mampu menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik minat pelajar-pelajar dalam
pembelajaran di kelas dan yang lebih penting ialah pelajar dapat menguasai konsep
keseluruhan bab demi bab malahan mampu meningkatkan ingatan pelajar terhadap
pelajaran yang diajar oleh guru. Selain itu, penggunaan model ini juga mampu
mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan menjadikan guru lebih berkaliber dalam
menyampaikan pengajaran Sejarah dengan lebih efektif lagi.
Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),
konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina
pengetahuan sendiri berdasarkan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada
3

kepada

pengetahuan

atau

pengalaman

baru.

Pembelajaran

dari

perspektif

konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina makna secara aktif
daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu bersangkutan
dengan

pengetahuan

sedia

ada

pelajar.

Ciri

paling

penting

pembelajaran

konstruktivisme ialah pelajar-pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.


Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), dalam
pengajaran guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid dalam
amplikasi teori konstruktivisme. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru
mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi
pembelajaran. Justeru itu, adalah penting untuk pengkaji melihat sejauh manakah
keberkesanan kaedah model pembelajaran konstruktivisme dan khususnya Model
Konsturktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah mampu menimbulkan minat pelajar mempelajari sejarah
seterusnya

mengubah

membosankan,

selain

persepsi
itu

mereka

mampu

bahawa

mempelajari

sejarah

adalah

meningkatkan

pencapaian

mereka

dalam

peperiksaan.

TUJUAN KAJIAN
Antara tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat peningkatan minat secara signifikan
selain menambahkan pemahaman dalam setiap topik yang diperbincangkan seterusnya
meningkatkan pencapaian para pelajar Tingkatan 4 Sekolah Sri UCSI

dalam mata

pelajaran Sejarah dengan menggunakan pendekatan pembelajaran dan pengajaran


yang baru iaitu menggunakan kaedah model kontrustivisme Lima Fasa Needham
(Needham,1987 ).
Model konstruktivisme lima fasa Needham ini merupakan model pengajaran dan
pembelajaran telah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project'
(Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa
pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal
mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti
4

yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang
untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah di percayai
idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka
jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea,
murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan
menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali
merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan
kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal
mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah
mengakibatkan

perubahan

ke

atas

idea

mereka.

Fasa

ini

juga

dapat

memperkembangkan kemahiran meta kognitif.


Pengkaji akan meninjau sejauh manakah keberkesanan model pembelajaran ini melalui
pencapaian pelajar dalam ujian ringkas yang akan dijalankan. Model pembelajaran baru
ini diharapkan dapat membantu guru dalam meningkatkan minat pelajar serta prestasi
akademik para pelajar Tingkatan 4 sekolah ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk lihat keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham (Needham,1987) dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah khusus untuk
para pelajar Tingkatan 4
Antara objektif adalah seperti berikut:
1.

Mengenal pasti pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa

Needham (Needham, 1987) ini mampu atau tidak dalam membantu pelajar mencapai
prestasi yang yang baik dan signifikan dalam peperiksaan.

2.

Mengenal

pasti

penambahan

minat

pelajar

secara

signifikan

terhadap

pembelajaran sejarah di dalam kelas dengan memperkenalkan pengajaran berasaskan


Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987)

3.

Mengenal pasti keupayaan para pelajar dalam memahami sesuatu fakta yang

dipelajari

dengan

lebih

berkesan

dengan

pengajaran

berasaskan

Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) mata pelajaran Sejarah.

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian, soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) ini mampu
atau tidak dalam meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Sejarah?
2. Apakah dengan cara pengajaran pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme
Lima Fasa Needham (Needham, 1987) ini , minat para pelajar akan bertambah?
3. Bagaimanakah Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) ini
berupaya membantu pelajar memahami sesuatu fakta yang dipelajari dengn lebih
berkesan mata pelajaran Sejarah.

SOROTAN LITERATUR
Kemahiran mengajar merupakan perkara penting dalam kompenen keperluan
guru menurut Dunkin dan Biddle (1974), Atan (1978) dan Mustaqim (2001). Kenyataan
ini selaras dengan dapatan kajian Anuar et al. (2009) terhadap tahap keupayaan
pengajaran guru Sejarah dari persepsi pelajar terhadap lima aspek pengajaran guru;
kajian mereka mendapati kemahiran mengajar guru Sejarah merupakan aspek yang
paling banyak menyumbang kepada pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sejarah
berbanding kebolehan guru, cara pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar
dan perhatian guru Sejarah terhadap kerja pelajar. Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007)
menegaskan Antara sifat-sifat guru yang berkesan ialah mempunyai kemahiran
mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
pengajarannya.
6

Namun demikian , terdapat keluhan daripada para pelajar, mereka kurang


berminat dengan mata pelajaran Sejarah atas beberapa sebab antaranya mata
pelajaran ini memerlukan pemahaman yang mendalam selain Sejarah satu subjek yang
membosan , atas alasan guru mata pelajaran Sejarah hanya bercakap berdasarkan
buku teks dengan erti kata lain menggunakan teknik memberi khutbah. Ini
menyebabkan para pelajar tidak fokus ketika guru mengajar dan seterusnya berlakulah
penurunan prestasi pelajar dalam peperiksaan
Menurut Abdul Rahim (1998), faktor kegagalan guru dalam penggunaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menyebabkan pelajar berasa bosan,
mengantuk dan jemu. Pelajar sebenarnya berupaya menguasai, menyimpan dan
memperolehi pengetahuan baru bagi setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan
sekaligus

membantu

dalam

pembinaan

pengetahuan

melalui

pengalaman

pembelajaran mereka. Menurut Abdul Shukor (2003), untuk menjadikan pengajaran


guru berkesan, guru-guru bukan sahaja perlu mempunyai isi pengetahuan yang
mencukupi, tetapi mereka juga perlu mengetahui cara-cara untuk menterjemahkan
pengetahuan itu kepada satu bentuk imej supaya pelajar boleh memahaminya dengan
mudah dan menggunakannya dalam kehidupan sehari-harian. Pelbagai teori dan
strategi P & P yang boleh digunakan untuk memastikan pembelajaran menarik dan
dapat dikuasai pelajar dengan melakukan pembelajaran aktif. Contoh pembelajaran
aktif yang berpusatkan pelajar ialah seperti menggunakan teori Konstruktivisme Model
Needham. Teori Konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai
panduan dalam pendidikan bertujuan untuk menghasilkan P & P yang aktif seterusnya
bermakna. Beberapa prinsip asas dalam teori Konstruktivisme ialah pengetahuan dibina
oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas iaitu pengetahuan
sedia ada, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru hanyalah
pembimbing atau disebut pemudahcara dalam pembinaan pengetahuan pelajar.
Teori pembelajaran Konstruktivisme melatih daya pemikiran para pelajar dengan
memastikan mereka tidak bergantung sepenuhnya pada guru untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Penggunaan teori tersebut juga melahirkan sikap yang positif dalam
kalangan pelajar untuk menimba ilmu. Di samping itu, para pelajar akan menerima
pendidikan yang lebih menyeluruh di mana mereka dilatih dari segi praktikal, sosial,
7

peribadi dan sikap mereka secara berkumpulan. Akhirnya, pendidikan Konstruktivisme


menggalakkan budaya pembelajaran seumur hidup menerusi penerapan semangat
inkuiri dan ingin tahu dalam diri para pelajar.
Penggunaan teori Konstruktivisme dalam pengajaran menghadapi beberapa
cabaran yang mungkin menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi,
cabaran ini mampu diatasi dengan adanya kerjasama dan sikap yang positif oleh
semua pihak. Dengan itu, dapatlah kesan-kesan positif penggunaan teori tersebut
dalam pendidikan dapat dinikmati
Proses pengajaran merupakan proses bekerja bersama pelajar untuk membantu
mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar (Ramsden 1993; Trigwel,
Prosser, & Lyons 1997). Jadi guru mesti merealisasikan proses kerjasama ini supaya
penyampaian ilmiah sampai kepada murid.
Keberkesanan pengajaran guru akan menghasilkan hasil pembelajaran yang
berkualiti ,secara tidak langsung menarik pelajar mendalami sesuatu tajuk yang
dipelajari dan seterusnya meningkatan proses inkuiri dalam diri pelajar. Bagaimana
kaedah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh sebab itulah, wujudnya
proses reka bentuk pengajaran. Menurut Dick & Reiser (1989), reka bentuk pengajaran
ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan
menilai pengajaran. Setiap pengajaran yang dilakukan oleh guru akan menjadi lebih
sistematik dan berkesan apabila guru menerapkan reka bentuk pengajaran dalam
proses pengajaran mereka. Ia disebabkan oleh guru tersebut telah membuat reka
bentuk kaedah pengajaran mereka seterusnya membangunkan sendiri kaedah tersebut
dan membuat penilaian selepas itu. Situasi ini akan memberi keyakinan guru bahawa
pengajaran mereka berkualiti dan mampu mencapai sasaran.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN.


Kerangka konseptual memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh
mengenai apa yang dikaji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kerangka ini
menjadi sempadan bahawa kajian yang akan dijalankan tidak terkeluar dari pernyataan
masalah yang dikemukakan. Soalan kajian dan sorotan penulisan telah dirujuk dari
kerangka konsep ini. Terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan
tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar modul pembelajaran Lima Fasa
Needham . Manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian pelajar yang
merangkumi pencapaian keseluruhan pelajar, pencapaian soalan esei, soalan struktur
dan soalan objektif serta perkembangan minat subjek terhadap subjek terhadap mata
pelajaran Sejarah sebelum dan selepas kaedah pengajaran berasaskan Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dijalankan.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Secara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba
menerangkan bagaimana manusia belajar. Asasnya adalah meneliti bagaimana
manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran
dan
melihat semula (membuat refleksi) pengalaman tersebut. Sebagai contoh, apabila kita
berhadapan dengan sesuatu yang baru, kita akan cuba menyelaraskannya dengan
apa
yang telah kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Dalam
usaha ini, kita mungkin menerima idea baru ini dan membuang idea lama atau
membuang idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita. Dalam apa
situasi
pun, kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membin
pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita lalui atau idea sedia ada kita.
Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid yang datang ke bilik darjah tidak dianggap
sebagai
tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai
pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas kepada
pengetahuan
baru yang bakal dibina. Pengetahuan baru dibina sendiri setelah murid
menyelaraskannya dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada yang mereka
bawa
9

ke bilik darjah. Ciri asas konstruktivisme adalah:


Murid membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan
mereka sendiri
Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran
Pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea mereka sedia
ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.
Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru
yang diterima semasa pengajaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang
merangsang murid melalui teknik-teknik pembelajaran yang aktif, menggunakan situasi
sebenar dan membolehkan murid memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina
makna terhadap konsep yang diajar.
Antara pelapor teori kontrusktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand
(1966) , Dewey (1938) dan Ausubel (1963).Menurut Caprio (19194) , Mc Brien dan
Brandt (1997), kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar membina pengetahuan
secara aktif melalui proses saling pengaruh Antara pembelajaran terdahulu dan
pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru.
Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar (Subadrah Nair dan Malar, 2005).
Pendekatan ini kontruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran
kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan
perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Dalam
proses ini, pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu maklumat.
. Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiadun dan Jonatahn (2010) menunjukkan
bahawa pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik
murid. Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) menyatakan murid
membina makna mengenai data dengan mensistesis pengalaman baru terhadap apaapa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui
prinsip konstruktivisme, ilmu dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan
pengalaman yang telah dilalui. Dalam pada itu Vighnarajah, Wong Su Luan dan
Kamariah(2008) mendapati guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme
dapat mengaktifkan murid dalam penglibatan pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Subadrah dan Malar (2005),pendekatan perlaksanaan konstruktivisme amat sedikit dan
10

penumpuan banyak diberikan dalam mata pelajaran Sains

contoh pengkaji seperti

Needham (1987) dan Caprio (1994) . Pendekatan Konstruktivisme telah menjadi pilihan
pengkaji memandang terdapat persamaan antara mata pelajaran Sejarah dan Sains
iaitu pelajar perlu memahami konsep dan fakta dalam pembelajaran.

Teori Konstruktivisme
Jean Piaget (1976), dalam bukunya To Understand is to Invent: The Future of
Education menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan
pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekankan
pengetahuan semasa bersifat sementara dan bertukar mengikut masa. Ia merupakan
sebuah

proses

secara

berterusan

dan

sentiasa

disusun

semula.

Konsep

konstruktivisme ini pula menerangkan ia merupakan satu pendekatan pengajaran dan


pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana

manusia

belajar

dengan

cara

pengetahuan disusun dalam minda seseorang. Teori ini telah lama dipraktikan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat. Konstruktivisme telah
dipelopori oleh Lev Semyonich Vygotsky (1978) iaitu seorang ahli psikologi melalui
bukunya Mind in Society. Beliau memisahkan antara pemikiran dan bahasa bebas
dan berkembang secara terpisah. Malah, beliau juga menumpukan

kepada zon

perkembangan proksimal (ZPD) yang relevan dengan teknologi pengajaran.


Antara Prinsip-prinsip Konstruktivisme ,menurut Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh
(PhD) (2012), beliau menyatakan bahawa setiap murid yang menerima maklumat akan
memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan,
sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Oleh itu,
pembelajaran ini banyak dipengaruhi oleh faktor sosial iaitu dari perspektif:

Budaya pelajar

Sejarah

Hubungan secara langsung dengan persekitaran

11

Prinsip-prinsip konstruktivisme adalah dengan :

Pengetahuan dibina secara aktif oleh pelajar

Pelajar bukan penerima pasif pengetahuan

Pelajar pembina aktif (konstruk) struktur pengetahuan

Bukan pengisian otak kosong pelajar

Bukan tentang pemerolehan idea baru

Tetapi tentang pelajar membina atau merubah idea mereka yang sedia ada

Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah :a.

menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya

b.

menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen,

c.

menyokong pembelajaran secara koperatif

d.

menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar dan akhirnya

e.

menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar yang digunakan

sebagai panduan merancang pengajaran.


Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987)
Guru menggunakan kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa
Needham (Needham,1987) kepada kumpulan eksperimen iaitu kumpulan sasaran yang
merangkumi lima fasa berikut iaitu:
1.

Orientasi:

Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan

menimbulkan minat murid terhadap pelajaran ,dalam kajian ini iaitu menimbulkan
minat para pelajar tingkatan 4 terhadap mata pelajaran Sejarah. Pelbagai cara
telah dilakukan untuk mendapatkan perhatian pelajar. Antaranya dengan
menunjukkan tayangan video, penggunaan slaid power point ,keratan akhbar,
2.

teka-teki, lakonan dan simulasi.


Pencetusan idea: Guru menyediakan

pelbagai

bentuk

aktiviti

seperti

perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat


12

laporan

dengan

menghubungkaitkan

pengetahuan

sedia

ada

dengan

pengetahuan baru yang akan para pelajari pelajari. Mereka akan berbincang
dalam kumpulan masing-masing dan berkongsi pengalaman yang sama serta
berinteraksi sesama mereka. Di sini guru memainkan peranan sebagai
pembimbing atau fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan
membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuiri atau berdasarkan
3.

persoalan serta pemblajaran berasaskan masalah yang diberi.


Penstrukturan semula idea: Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan
berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea
rakan, dan membina struktur penegetahuan sendiri yang lebih bermakna dan
berkesan . Dalam fasa ini , kemahiran berbahasa akan membantu murid
membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut turutandan
setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang kelihatan tersusun dan
terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat
kepada muridnya.
4. Aplikasi idea: Pada peringkat ini, murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru
dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini akan dapat
mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuirii di
dalam diri murid. Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru
diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi
dalam situasi yang baru. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek
oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan
ingat. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.
5. Refleksi:

Murid

akan

membandingkan

pengetahuan

asal

dengan

pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang


menyebabkan perubahan kepada

idea mereka. Murid juga boleh membuat

refleksi untukn melihat sejauh mana idea asal yang diberikan oleh mereka telah
berubah. Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama
idea terdahulu telah berubah. Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada
pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan,
13

apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu
pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar
dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Rajah 1: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

Orientasi
Pencetusan idea
Pensrukturan semula idea
Aplikasi idea
Refleksi

Kesan penggunaan model di atas ialah:


1

Berlakunya peningkatan markah selepas menggunakan prototaip (Noor

Azliza dan Lilia,2002)


Pelajar lebih memahami tajuk dan berminat untuk belajar Sejarah

(Subadrah Nairdan Malar Muthiah, 2005)


Pelajar mendapat pengalaman baru dan lebih seronok belajar dan aktif
melibatkan diri.

Kelebihan Pembelajaran dan Pengajaran secara Konstruktivisme

14

Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif seperti yang

disaran dalam pembelajaran abad 21


Menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea
dan

membuat

keputusan

yang

bijak

dalam

menghadapi

pelbagai

kemungkinan dan cabaran.


Membolehkan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu konsep
dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan

pengetahuan baru dan mengaplikasikan dalam kehidupan.


Keyakinan pelajar akan dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan
membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan maslaah

dalam situasi baru.


Pelajar dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama
dengan

orang

lain

dalam

menghadapi

sebarang

cabaran

dan

masalah.Kemahiran ini diperolehi apabila pelajar berkomunikasi dengan


rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

TID
AK
BER
SAN
DA
R

LIMA FASA

Rajah
FASA 1- ORIENTASI

1: Kerangka Konseptual Kajian

FASA KEDUA-PENCETUSAN IDEA


FASA KETIGA-PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
FASA KEEMPAT-APLIKASI IDEA
FASA KELIMA - REFLEKSI

15

.1

Orientasi

MODEL PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME LIMA FASA
NEEDHAM
(BERASASKAN TEORI
KONSTRUKTIVISME)
BERS
AND
AR

-tayangan video,tayang filem soal


jawab, soal jawab
Pencetusan idea
-aktiviti perbincangan dalam
kumpulan kecil- peta konsep
interaksi antara pelajar guru sebagai
pembimbing
Penstrukturan semula idea
-pemberian tugasan berstruktur

a)Pencapaian keseluruhan mata pelajaran


sejarah

Guru hanya mengukuhkan konsep


atau idea yang tepat

b)Pencapaian soalan esei

Aplikasi Idea

c)Pencapaian soalan struktur

-pelajar mengaplikasikan
pengetahuan baru dalam situasi baru

d)Pencapaian soalan objektif

Refleksi

e) perkembangan minat subjek terhadap


subjek terhadap mata pelajaran Sejarah
sebelum dan selepas kaedah pengajaran

-memperbandingkan pengetahuan
asal dengan pengetahuan baru

berasaskan Model Konstruktivisme


Lima Fasa Needham (1987) dijalankan.

-refleksi sejauh mana idea asal telah


berubah

KESAN
Pencapaian lebih tinggi
Membantu pemahaman yang lebih mendalam
tajuk yang dipelajari
Pelajar mendapat pengalaman dan idea baru

16

TAKRIFAN OPERASIONAL
Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (2005), pembelajaran bermaksud proses (kegiatan) belajar.
Pembelajaran ialah perolehan tabiat , pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru
membuat sesuatu kerja dan ia bertugas dalam percubaab individu untuk mengatasi
rintangan untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan perubahan
tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada situasi baru atau
pelbagai situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku dengan berkesan kepada
permintaan yang dibuat terhadapnya (Crow dan Crow, 1983).

Pembelajaran aktif
Pembelajaran aktif merujuk kepada proses pembelajaran yang memerlukan pelajar aktif
dalam proses pengumpulan maklumat atau isi pelajaran. Pelajar akan melakukan
sesuatu tugas seperti memproses, mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat
yang diberi. Aktiviti yang boleh dijalankan dalam pembelajaran aktif boleh berlaku tidak
kira sama ada secara individu, secara berpasangan atau aktiviti secara berkumpulan .

Persekitaran
Menurut Kamus Dewan (2005), persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat,
kawasan sekitar. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan
keadaan pembelajaran di mana ia merupakan sumber pembelajaran utama (Sharifah
Alawiah, 1985)

Konstruktivisme
Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Konstruktivisme adalah suatu
kefahaman atau konsep bahawa pelajar membina pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar
17

akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.
Model pengajaran dan pembelajaran Lima Fasa Needham

ini adalah

dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987).Namun


telah diimplimentasikan

dalam kaedah pengajaran bagi mata pelajaran yang lain

memandangkan keberkesanannya dalam meningkatkan prestasi serta minat pelajar


dalam mata pelajaran tersebut. Lima fasa tersebut ialah orientasi, pencetusan idea,
penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi
Persepsi Inkuiri
Persepsi inkuiri lebih berfokus kepada penerokaan idea baharu. Apek
penerokaan idea disesuaikan dengan Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme
yang dihasilkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia (2001). Bagi kajian ini, persepsi inkuiri dioperasionalisasikan dalam bentuk
skor. Salah satu cabang konstruktivisme adalah pembelajaran berasaskan inkuiri.
Penerapan inkuiri membantu pelajar memperkembang daya pemikiran kreatif dan kritis
serta memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran saintifik. Antara inkuiri yang
boleh digunakan untuk mewujudkan suasana inkuiri ialah guru mengemukakan soalan
bertahap tinggi dan pelajar perlu memberikan jawapan kepada soalan guru tersebut.
Konsep inkuiri merangkumi segala proses mendapatkan jawapan atau kesimpulan
daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti inkuiri ini
memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,
merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau
mendapatkan jawapan. Hal ini akan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis pelajar di
samping memperoleh kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembelajaran 5
kendiri. Pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan mereka berpeluang
membina pengetahuan dan juga konsep baru berasaskan pengalaman yang mereka
peroleh. Daripada pandangan konstruktivisme, seseorang akan dapat membina
pengetahuannya sendiri secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baharu
menerusi pengetahuannya yang sedia ada. (Sumber: Khairun Nadwa Md Ahir, 2007)

18

REKABENTUK KAJIAN
Cadangan kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimen. Kuasi Eksperimen
adalah bentuk kajian yang dilakukan secara separa eksperimen yang melibatkan dua
kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan .Kedua-dua kumpulan akan
menjalani ujian pra-eksperimen untuk membuktikan samada kebolehan atau keupayaan
kedua kumpulan adalah sama atau berbeza. Kumpulan kawalan akan melalui proses
kajian secara normal, manakala kumpulan rawatan akan melalui kajian bersama
dengan pemboleh ubah tak bersandar kajian. Selepas melalui proses kajian, kedua-dua
kumpulan akan menjalani ujian pos-eksperimen. Ujian pos-eksperimen menunjuk
perbezaan antara keupayaan atau kebolehan kedua-dua kumpulan.
Pemilihan kajian kuasi eksperimental . Reka bentuk eksperimen kuasi kumpulan
kawalan tidak serupa berdasarkan digunakan kerana kajian ini menggunakan kelaskelas sedia ada ,dan pemilihan kajian ini dibuat memandangkan penyelidikan ini
mampu menghasilkan hubungan sebab dan akibat. Menurut Noraini (2010), daripada
semua jenis penyelidikan, penyelidikan eksperimen paling berstruktur kerana kawalan
dan prosedur yang dikawal. Penyelidikan yang bakal dijalankan ,akan dilakukan dalam
satu persekitaran yang terkawal dan mengambil masa selama empat minggu. Semua
data akan diperoleh melalui keputusan kajian ujian pra dan ujian pasca dan soal selidik,
berdasarkan pendekatan yang menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham (1987) sebagai Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan yang
menggunakan pendekatan konvensional. Pengajaran konstruktivisme berdasarkan
Model Lima Fasa Needham (1987) dijalankan mengikut langkah berikut: (1) Orientasi,
(2) Pencetusan idea, (3) Penstrukturan semula idea, (4) Aplikasi idea dan (5) Refleksi.
Pemboleh ubah bersandar adalah seperti berikut:
a) Pencapaian keseluruhan subjek bagi mata pelajaran Sejarah merangkumi
kertas 1 soalan berbentuk objektif yang membawa 30% daripada markah
keseluruhan , Kertas 2 berbentuk soalan struktur dan soalan esei yeng
membawa kepada 50% daripada markah keseluruhan dan Kertas 3
berbentuk soalan yang dengan teknik menjawab open book test yang
membawa kepada 20% daripada keseluruhan markah .
19

b)
c)
d)
e)

Pencapaian soalan esei


Pencapaian soalan struktur
Pencapaian soalan berbentuk objektif
Perkembangan minat subjek terhadap subjek terhadap mata pelajaran
Sejarah sebelum dan selepas kaedah pengajaran berasaskan Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dijalankan.

POPULASI DAN PERSAMPELAN


Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan dengan menggunakan seramai 63 orang
murid daripada dua kelas tingkatan 4 di Sekolah Sri UCSI, yang merupakan sekolah
menengah swasta tempat penyelidik mengajar. Keseluruhan subjek daripada kelas 4A
dipilih sebagai kumpulan

eksperimen(rawatan) yang diajar menggunakan Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987), manakala keseluruhan subjek kelas 4B


sebagai kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional.
Rasional pemilihan sampel kajian ialah kerana pelajar bagi kedua-kedua kelas
ini mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu terdiri majoriti pelajar Cina hanya seorang
pelajar berbangsa India dan seorang pelajar berbangsa Melayu. Kedua-dua kelas diajar
oleh guru yang sama iaitu penyelidik sendiri ,ini memudahkan penyelidikan yang bakal
dijalankan kerana penyelidikan dijalankan dalam kawalan prosedur.Kedua-dua kelas
memperoleh prestasi yang sederhana bagi subjek Sejarah dalam Ujian Penilaian 1
yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu . Selain itu subjek akan menduduki
peperiksaan yang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 2017 dengan
menggunakan format yang sama.

INSTRUMEN KAJIAN
20

Instrumen yang bakal digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan pasca
kepada Kumpulan Eksperimen(Rawatan) dan Kumpulan Kawalan. Cadangan soalansoalan dalam ujian tersebut diambil daripada soalan peperiksaan tahun-tahun lepas
(dari tahun 2012 hingga 2015), sebanyak 20 soalan objektif , lima soalan struktur dan
dua soalan esei bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka. Ujian pra akan
dijalankan kepada Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen (Kumpulan sasaran)
kajian sebelum pengajaran dimulakan. Selepas mengadakan ujian pra, kedua-dua
kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen akan didedahkan
kepada pengajaran selama empat minggu. Kumpulan Eksperimen diajar menggunakan
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) manakala Kumpulan Kawalan pula
di ajar menggunakan pendekatan tradisional atau konvensional. Selepas empat minggu
penyelidik selaku guru yang mengajar bagi kedua-dua kumpulan tersebut,penilaian
berdasarkan ujian pasca telah dijalankan . Ujian kedua selaku ujian pasca bertujuan
mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara konstruktivisme mahu
pun konvensional.
Borang soal selidik yang bakal digunakan dalam instrument ini (rujuk lampiran 1)
Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan sikap pelajar tentang
penggunaan pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
(1987)

Samaada

proses pengajaran

dan

pembelajaran

menggunakan

Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham dapat menarik minat para pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah.
Menurut Sakaran (2003), jenis dan bentuk soalan-soalan dalam satu soal selidik
akan menentukan kualiti soal selidik itu. Memandang pengkaji ingin melihat sejauh
mana keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dalam
meningkatkan minat para pelajar sejarah Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Sejarah,
maka kaedah yang paling berkesan adalah dengan menggunakan skala Likert. Skala
Likert adalah terbaik digunakan dalam jenis kajian ini kerana berupaya mengeluarkan
tindak balas yang berkaitan dengan objek, peristiwa atau orang yang dikaji .
(Sakaran,2003) .Oleh itu, pengkaji ingin menggunakan skala Likert 4 mata yang
mempunyai julat nilai 1 hingga 4 seperti dalam Jadual 1 untuk melihat sejauh mana
responden bersetuju dengan pernyataa-pernyataan tertentu.
21

Jadual 1: Skor dan Pemeringkatan Skala Likert


Skor
1
2
3
4

Pemeringkatan
Sangat tidak bersetuju
Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju

Simbol
STS
TS
S
SS

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


Pengkaji merancang menggunakan soalan-soalan daripada peperiksaan SPM
tahun-tahun lepas (dari tahun 2012 hingga 2015) yang bersesuaian dengan tahap
prestasi subjek bagi kedua-dua kumpulan bagi ujian pra dan ujian pasca, tujuan utama
adalah untuk mendapatkan kesahan ujian dan kebolehpercayaan. Seorang guru ketua
panitia dari sekolah berkerajaan penuh iaitu dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Gombak Setia yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah lebih 30 tahun
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ,akan menyemak soalan berbentuk objektif, soalan
berbentuk struktur dan soalan berbentuk esei . Guru tersebut tidak ada kaitan dengan
subjek kajian.

RUJUKAN

22

LAMPIRAN INSTRUMEN
23

Anda mungkin juga menyukai