Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA DINNER HARI GURU

,


Ya Allah , Ya Rahman Ya Rahiim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk bersama-sama
meraikan Majlis Makan Malam Hari Guru SMK Tabuan Jaya, Kuching pada malam yang indah ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa


Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan-Mu. Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah ,
pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah Ya Aziz Ya Ghaffar,


Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk
kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan kami dan juga
demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana
kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir, para pendidik, dan kakitangan sekolah, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami
yang utama dan bersama.
Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram
Jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada
mara bahaya dan keburukan.

.

Anda mungkin juga menyukai