Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Sempena Sambutan Hari Guru peringkat SK Pangkalan Abai

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi
Yang berusaha,
Ustaz Ramlee bin Mohamed Daud, Guru Besar SK Pangkalan Abai, Encik Roslan bin
Shoi, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Encik Rodah bin Haji Sawang,
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Sameh bin Berangga, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, barisan pendidik yang disayangi dan rakan-rakan dikasihi sekalian
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul
bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan Hari
Guru peringkat SK Pangkalan Abai bagi tahun 2016. Guru Pembina Negara Bangsa.
Itulah tema perayaan Hari Guru pada tahun ini.
Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah.
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput para guru dan pelajar berdiri
dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.
Para hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa
Hadirin dan hadirat sekalian,
Panggilan cikgu adalah keramat,
Bersabar menabur jasa dan bakti,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Bagi menambah keberkatan majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita
bersama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
dan dilafazkan oleh ___________________________________________________
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Teks Pengacara Majlis Sempena Sambutan Hari Guru peringkat SK Pangkalan Abai

Amin Ya Rabbal Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
______________________________atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Perasmian Guru Besar dan Perutusan daripada Menteri Pendidikan
Malaysia
Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput pula Ustaz Ramlee bin Mohamed Daud,
Guru Besar SK Pangkalan Abai untuk membacakan teks perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia, menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan Hari Guru
peringkat SK Pangkalan Abai pada hari ini. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ramlee bin Mohamed Daud di atas bacaan
perutusan dan ucapan perasmian itu tadi.
Bacaan Ikrar Guru dan Koir Kami Guru Malaysia
Sekarang, kita akan beralih pula ke acara iaitu seterusnya iaitu bacaan ikrar oleh guruguru SK Pangkalan Abai yang akan diketuai oleh _____________________.. Dengan
ini, dijemput semua guru naik ke atas pentas untuk bacaan ikrar tersebut. Selepas itu,
kita akan mendengar kelunakan suara para guru kita dengan nyanyian lagu Kami Guru
Malaysia.
Demikianlah tadi ikrar guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysiadaripada guru-guru
yang kita sayangi.
Sukaneka guru
Seterusnya, majlis kita akan diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka guru. Dengan ini,
saya menyerahkan majlis ini kepada________________________________________
_____________________________________________________________________

Teks Pengacara Majlis Sempena Sambutan Hari Guru peringkat SK Pangkalan Abai

Persembahan murid
Para guru dan rakan pelajar sekalian.
Kita

akan

menyambung

semula

majlis

kita

dengan

menampilkan

beberapa

persembahan murid khas buat semua guru yang diraikan. Marilah kita sama-sama
menghayati

persembahan

deklamasi

sajak

oleh_____________________________________________________________
Sekalung penghargaan diucapkan kepada ___________________________________
di atas persembahan deklamasi sajak yang sangat menyentuh hati itu tadi.
Seterusnya, marilah kita sama-sama saksikan persembahan deklamasi sajak yang
akan disampaikan oleh_______________ _________________
Begitulah persembahan deklamasi sajak yang dihadiahkan oleh pelajar buat guru-guru
yang tersayang. Sekalung penghargaan di atas persembahan istimewa itu tadi.
Acara potong kek
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan acara memotong kek sempena Sambutan Hari
Guru peringkat SK Pangkalan Abai bagi Tahun 2016. Majlis menjemput semua guru
untuk tampil ke atas pentas bagi menyempurnakan acara pemotongan kek.
Acara tukar tukar hadiah
Selesai sudah acara pemotongan kek sebentar tadi. Kini, kita akan beralih pula kepada
acara yang seterusnya iaitu acara bertukar-tukar hadiah antara para guru dan staf
sokongan SK Pangkalan Abai. Dengan ini, saya menyerahkan majlis ini kepada
________________________________________________________________.

Teks Pengacara Majlis Sempena Sambutan Hari Guru peringkat SK Pangkalan Abai

Penutup, acara bersalaman dan jamuan


Para guru dan rakan pelajar yang budiman.
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.
Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.
Kalau belayar sudah sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah sampai ke batas.
Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.
Saya minta ampun,
Saya minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.
Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah
kepada warga SK Pangkalan Abai kerana dapat bersama-sama dalam Sambutan Hari
Guru bagi tahun ini.

Teks Pengacara Majlis Sempena Sambutan Hari Guru peringkat SK Pangkalan Abai

Semoga Allah menganugerahkan ilham kepada semua guru untuk menjadi pendidik
yang gemilang. semoga benih-benih keikhlasan berjaya ditanam dalam setiap batas
hati para guru, kerana dengan keikhlasan, akan terpancar kejernihan dan kejayaaan
anak didik yang mutlak. mudah-mudahan
Sekarang, murid-murid diminta berdiri dan berbaris mengikut kelas masing-masing
kerana kita akan mengadakan sesi bersalaman dengan para guru. Sesi bersalaman
akan dimulakan dengan murid prasekolah dan diakhiri dengan murid tahun enam.
Selepas aktiviti bersalaman, semua guru dan staf sekolah dijemput untuk menikmati
jamuan yang bertempat di _________________________.

Anda mungkin juga menyukai