Anda di halaman 1dari 1

Kulit berminyak selalunya membuatkan wanita rasa tidak yakin untuk keluar

bersosial. Meskipun kulit berminyak berfungsi sebagai cairan yang mampu


menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal, namun jika ia
berlebihan akan mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan.
Usah bimbang, tip berikut diharap dapat membantu.
1. Cuci muka
Menjaga kebersihan muka sangat penting. Sebaik-baiknya cuci muka dengan
pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang
berlebihan, cukup dengan hanya membersihkan wajah dua kali sehari. Jika
kerap membersihkan wajah, ia akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan
membersihkan wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering
terdedah kepada cahaya matahari.
2. Pisang
Selain berfungsi mengurangkan rasa sakit ketika menstruasi, pisang yang
kaya dengan vitamin A, B dan E juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisar
pisang dan tekap di wajah yang telah dicuci. Jika kulit wajah berjerawat,
tambah sedikit madu untuk menyingkirkannya.
3. Minum air kosong
Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Minum air dengan banyak
boleh menjaga metabolisme tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air
boleh memberi kelembapan dan menghalang penghasilan minyak berlebihan.
4. Air suam
Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampurkan
sedikit garam. Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga
tuala tersebut sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam
berfungsi mengangkat kotoran pada wajah.
5. Putih telur
Ambil putih telur dan gunakannya sebagai masker. Asingkan kuning telur dan
putih telur. Pukul putih telur dan sapu di wajah serta biarkan kering. Bilas
dengan air suam.
6. Asid Salicylic
Boleh juga menggunakan asid salicylic untuk kesan lebih cepat. Asid ini
berfungsi untuk mengeluarkan kelenjar produksi minyak dan folikel serta
mengurangkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kulit. Ketika membeli
pembersih wajah atau krim muka, pastikan produk tersebut mengandungi
asid ini. Asid salicylic juga dikenali sebagai 2-hydroxybenzoic acid.
7. Lemon
Lemon mengandungi vitamin C yang membantu kulit lebih cerah dan
menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian tambah madu dan
tekap di wajah. Jika mahu kesan lebih, minum air lemon suam yang ditambah
madu untuk membersihkan kulit dari dalam.

Anda mungkin juga menyukai