Anda di halaman 1dari 15

MODUL 1.

6 : KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH


DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami apakah yang dikatakan
penyelesaian masalah dan membuat keputusan dalam aspek konsep dan proses. Dalam
kehidupan kita seharian tidak kira apa aktiviti yang kita lakukan dan pekerjaan kita, masalah
tetap kita hadapi yang memerlukan kita menyelesaikannya dan membuat keputusan. Tidak
kira sama ada masalah yang dihadapi itu kecil atau kompleks, semua perlu diselesaikan
dan keputusan perlu diambil dengan cara yang konstruktif.
Modul ini merupakan asas kepada kerja buat setiap individu dalam organisasi yang
ingin memastikan setiap masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan cara yang
berkesan dan keputusan yang dibuat dapat meningkatkan kualiti pengurusna sekolah.
Setelah memahami modul ini, pembaca akan dapat mengenal pasti proses penyelesaian
masalah dan membuat keputusan dengan menggunakan model dan teknik-teknik khusus
bagi mengelak berlakunya kebiasaan salah yang sering dilakukan sebelum ini.
Oleh kerana modul ini menjadi pelengkap kepada sebahagian modul lain,
pemahaman pembaca dengan modul ini pastinya akan dapat membantu pembaca
memahami modul lain dengan mudah. Latihan dan persoalan-persoalan yang terdapat
dalam modul ini adalah untuk menguji pemahaman tentang konsep yang disampaikan.
Modul ini mempunyai kaitan secara langsung dengan topik-topik lain dalam bidang
kepimpinan khusunya berkaitan kemahiran komunikasi, kemahiran merancang, kemahiran
memotvasikan dan menggerakan warga sekolah. Kemahiran menyelesaikan masalah dan
kemahiran membuat keputusan perlu dikuasai oleh pembaca sebelum memahami dan
mengamalkan modul seterusnya.

Objektif
Pada akhir ini, anda seharusnya dapat:
a. Memahmi model dan teknik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah
b. Berupaya mengenal pasti punca masalah dan mengambil kira semua faktor semasa
proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di sekolah
c. Mengaplikasikan teknik yang betul dan berkesan dalam proses membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah di sekolah

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Kerangka Modul
Gambar rajah berikut merupakan kerangka topik yang terdapat dalam modul ini.

Apakah Masalah dan Model dan Alat Membuat


Penyelesaian Masalah? Menyelesai- Keputusan?
kan Masalah

Kepentingan Faktor Yang


Penyelesaian Masalah Mempengarui
Keputusan?

Kemahiran
Menyelesaikan
Tahap-tahap Penyelesaian Kepentingan Membuat
Masalah dan
Masalah Keputusan?
Membuat
Keputusan

Pendekatan dalam
penyelesaian Masalah Jenis-jenis keputusan?

Membuat
Model dan Alat Keputusan Apa itu membuat
Penyelesaian Masalah keputusan?

Gambar Rajah Kerangka Modul Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan

Kemahiran Menyelesaiakan Masalah


a. Apakah Itu Masalah?
Beberapa kamus mendifinisikan masalah sebagai berikut:
(i) Satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab (The American
Heritage Dictionary, 2009).
(ii) Apa-apa sahaja perkara, seseorang dan lain-lain, yang sukar diambil tindakan,
diselesaikan atau diatasi (Collins English Dictionary, 2003).
(iii) Sebarang persoalan atau perkara yang melibatkan ketidakpastian,
ketidaktentuan, atau kesukaran (Dictionary.com Unabridged).

Secara umum, kita boleh mendefinisikan masalah menggunakan tiga pendekatan berikut:
(i) Masalah adalah peluang bagi pembaikan.
(ii) Masalah adalah perbezaan antara keadaan semasa dengan apa yang hendak dicapai
(iii) Masalah terhasil dari pengecaman satu ketidaksempurnaan semasa dan
kepercayaan yang mungkin masa depan lebih baik
J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
b. Apakah Penyelesaian Masalah?
Wrekelgram (1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk
mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Menyelesaikan masalah merupakan
keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternatif untuk
mengatasi kekurangan atau halangan yang ada dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai objektif yang dihasratkan.

Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen bebas - iaitu
domain penakulan, yang menggariskan pola-pola tingkah laku yang boleh diguna kembali
merentasi aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna penyelesaian masalah adalah satu
siri teknik, melibatkan kedua-dua aspek iaitu kognitif dan tingkah laku, yang boleh
diaplikasi pada pelbagai bidang untuk mendapatkan penyelesaian.

Woods dan rakan-rakan (1975) mencadangkan bahawa, penyelesaian masalah adalah


proses perolehan satu penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah baharu atau satu
masalah yang mana sebelum ini individu yang cuba menyelesaikannya tidak pernah
mengalaminya. Secara keseluruhan, penyelesaian masalah melibatkan satu siri tahap
yang bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan seterusnya membawa kepada
pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu proses
berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam menentukan arah bagi
penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah terlebih dahulu, diikuti dengan matlamat yang
diingini atau perubahan yang diperlukan.

c. Kepentingan Dalam Penyelesaian Masalah


Tidak kira sama ada masalah yang dihadapi itu kecil atau kompleks, semua perlu
diselesaikan dengan cara yang konstruktif. Oleh itu, penyelesaian masalah adalah satu
kemahiran penting dalam banyak aspek kehidupan kita sama ada berbentuk profesional
atau peribadi. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi masalah; ini akan
menghasilkan penyelesaian yang berkesan atau tidak berkesan.

Kemahiran menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dan perlu ada pada
pemimpin sekolah dan organisasinya kerana dapat memajukan lagi sesebuah sekolah.
Mereka akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya terdesak untuk
menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan
negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.
Penyelesaian masalah berpusat pada matlamat dan keadaan unggul yang seseorang ingin
capai. Selalunya, apabila satu matlamat dicapai, masalah sepatutnya telah diselesaikan.
Walau bagaimanapun, ini hanya akan berlaku jika matlamat asal yang ditentukan adalah
sesuai. Terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan, namun jangan terlalu asyik dan
cuba menyelesaikan setiap masalah yang anda kenal pasti dan jangan membiarkan orang
lain menetapkan matlamat yang anda tidak terdaya mencapainya.

d. Tahap-Tahap Penyelesaian Masalah


Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian terdahulu, untuk memahami
penyelesaian masalah dan memperbaiki keupayaan personal anda menyelesaikan masalah
dengan lebih baik, adalah penting untuk memberi penumpuan terhadap proses yang
membawa kepada hasil yang positif. Terdapat empat tahap dalam penyelesaian masalah:
(i) Mengenal pasti dan mendefinisi satu masalah - Satu masalah hanya boleh
diselesaikan apabila kewujudannya dikenal pasti. Walau bagaimanapun, dalam
sesetengah situasi, satu masalah hanya dikenal pasti apabila ia telah menjadi satu
perkara serius. Tidakan seterusnya adalah mendefinisi masalah yang dikenal pasti
secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh dirujuk sebagai masalah tertutup atau
terbuka. Perbezaan utama antara masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam
Jadual di bawah:

Jadual Perbezaan antara Masalah Tertutup dan Terbuka


Masalah Tertutup Masalah Terbuka

Satu masalah tertutup melibatkan masalah terbuka melibatkan


kesemua keadaan di sekeliling pengenal pastian dan pendefinisian
penyimpangan daripada norma yang objektif dan apa jua kekangan yang
perlu didefinisi. boleh menghalang anda daripada
mendapatkannya
Peroleh satu atau sejumlah terhad Boleh diselesaikan dengan
kemungkinan penyelesaian. menggunakan banyak kaedah berbeza
Menganalisisnya membantu dalam Menganalisisnya melibatkan pencarian
mengenal pasti semua sebab yang maklumat yang akan membantu
berkemungkinan dan memastikan sebab mencadangkan satu senarai cara-cara
atau halangan adalah benar, sebelum yang berkemungkinan untuk
mencari penyelesaian menyelesaikan masalah

(ii) Mencari kemungkinan penyelesaian - Secara umum, mengilhamkan


pelbagai tindakan untuk menyelesaikan satu masalah melibatkan pencarian

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


tindakan yang sesuai, mengenal pasti kekangan dan akhir sekali bekerja ke arah
mencapai matlamat. Adakalanya, perlu untuk menukar dan menggabung idea
menggunakan apa jua teknik kreatif yang ada bagi menghasilkan satu
penyelesaian. Lebih banyak idea untuk dipilih, semakin tinggi kebarangkalian bagi
memperoleh satu penyelesaian berkesan.

(iii) Memilih penyelesaian terbaik - Satu proses pembuatan keputusan yang


berasaskan satu perbandingan hasil berpotensi bagi penyelesaian alternatif. Tahap
ini melibatkan langkah-langkah berikut:
Mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian terbaik, termasuklah apa juga
halangan yang mungkin dihadapi,
Membuang penyelesaian yang tidak boleh mengatasi halangan,
Menilai penyelesaian yang masih ada dan
Memilih satu keputusan untuk mengimplimentasi penyelesaian ini.

Adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai apabila satu


penyelesaian telah diimplimentasikan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah
keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui oleh individu lain
supaya ia boleh diimplimentasi dan ini mungkin melibatkan beberapa strategi
menggalak.

(iv) Melaksanakan penyelesaian - 3 langkah terlibat seperti dalam jadual di bawah:


Jadual Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian
Langkah-langkah Huraian
Merancang dan Melibatkan penyelesaian bagi kesemua usaha dan
menyediakan pelaksanaan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan
penyelesaian. tindakan yang perlu bagi memenuhi objektif, tempoh
masa dan sumber yang diperlukan pada setiap tahap.

Mengambil tindakan sesuai Masalah atau bakal masalah perlu ditanggani


dan memantau kesannya. secepat mungkin bagi memastikan semuanya
berjalan lancar.
Menyemak semula Penting untuk mengagak efikasinya dalam
kejayaan mutlak bagi menyelesaikan masalah yang sama di masa hadapan
tindakan. dan memastikan masalah itu telah diselesaikan.

e. Pendekatan Dalam Penyelesaian Masalah


Apabila berhadapan dengan masalah, tugas utama adalah membuatkannya kurang
mengganggu proses mencapai matlamat. Bagi tujuan ini, Harris (1998) menjelaskan
bahawa kadangkala matlamat adalah untuk menghapus masalah sama sekali;
kadangkala matlamat hanya untuk mengendali kesan masalah. Justeru, adalah
J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
penting untuk menyedari bahawa matlamat anda sebagai penyelesai masalah akan
dibentuk oleh pelbagai faktor yang merangkumi kesungguhan, sumber, nilai dan
jangkaan anda serta sifat masalah itu sendiri. Masalah-masalah boleh diselesai dengan
mengaplikasi dua pendekatan asas:
(i) Mengambil kira sebab atau sumber masalah (STOP IT), dan
(ii) Mengambil kira kesan-kesan atau simptom-simptom masalah (MOP IT).

Pendekatan STOP IT
Apabila pendekatan stop it digunakan, masalah diuruskan sehingga ia tidak lagi wujud.
Terdapat tiga cara masalah itu mungkin boleh diurus:
(i) Mengelak masalah
Mengelak masalah daripada terjadi (atau terjadi semula) pada mulanya adalah mungkin
penyelesaian yang ideal. Ini kerap kali dilakukan dengan mengendali apa jua tugas dengan
tujuan memperoleh kualiti terhebat, dengan tidak mengambil kira kos atau masa.
Pendekatan mengelak kerap kali sukar untuk diaplikasi sebab ia memerlukan celik akal
yang boleh meramal (kebolehan untuk melihat masalah sebelum ia berlaku). Walau
bagaimanapun, kebanyakan masalah seolah-olah tidak boleh dijangka. Dengan mengelak
perselisihan faham, tiada emosi yang akan terluka.

(ii) Menghapus masalah


Cara terbaik bagi mengendali satu masalah adalah dengan menghapusnya. Masalah yang
sama tidak timbul jika penghapusan dilakukan dengan betul. Oleh itu, penyelesaian dengan
cara penghapusan merupaka satu kemungkinan penyelesaian yang berkesan. Namun,
penyelesaian dengan cara penghapusan mungkin tidak selalu boleh dicapai.

(iii) Mengurang masalah


Terdapat masalah-masalah yang tidak boleh dihapuskan sama sekali. Apabila berhadapan
dengan situasi tersebut, mengurangkan masalah boleh terbukti sangat berkesan. Kita
boleh mengurangkan impak sesuatu masalah dengan mengurangkan bilangan atau
peratusannya.

Pendekatan MOP IT
Pendekatan Mop It lebih memfokus pada kesan masalah daripada masalah itu sendiri.
Terdapat tiga bentuk pendekatan Mop It:
(i) Merawat masalah

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Dalam bentuk ini, kerosakan disebabkan oleh masalah diperbaiki atau dirawat. Walau
bagaimanapun, kaedah merawatnya tidak begitu berkesan seperti beberapa bentuk
penyelesaian stop it.

(ii) Mengalih masalah


Dalam pendekatan ini, masalah itu ditukar arah, sama ada secara fizikal dengan
mengalihnya kepada kawasan lain atau menangguh penyelesaiannya dengan mendefinisi
semula sebagai bukan satu masalah. Hal ini kerana, sesuatu masalah dianggap masalah
hanya bila seseorang mendefinisinya sebegitu.

(iii) Bertolak ansur dengan masalah


Dalam pendekatan ini, kesan-kesan masalah dihadapi dengan sifat toleransi. Dalam
senario sebegini, kesan-kesan masalah diambil mudah dan dihadapi begitu sahaja tanpa
mengambil sebarang tindakan.

AKTIVITI 1

Pada pandangan anda apakah pendekatan terbaik yang menjadi pilihan anda dalam
menyelesaikan sesuatu masalah? Berikan justifikasi jawapan anda.

f. Model dan Alat Penyelesaian Masalah


Dalam proses menyelesaikan masalah, kepimpinan sekolah perlu berupaya menggunakan
model dan alat penyelesaian masalah. Gambarajah berikut menunjukkan Model
Penyelesaian Masalah yang boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam mengurus sekolah:

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Memilih masalah dan menentukan pernyataan masalah (mengecilkan masalah; siapa
1 perlu terlibat)

Menentukan hasil yang diingini matlamat dan objektif (ukuran kejayaan)


2

Menyenaraikan punca masalah yang berpotensi.


3

Mengenalpasti halangan dan rintangan yang berpotensi


4

Mengenalpasti tindakan untuk menangani punca masalah dan menyelesaikan


5 masalah.

Membangunkan garis masa pelaksanaan dan menugaskan tanggungjawab untuk


6 tindakan

Melaksanakan, memantau kemajuan, dan menyemak semula rancangan.


7

Gambar Rajah Model Menyelesaikan Masalah

Bagi Jhonson (1990), pencarian penyelesaian masalah adalah pelbagai. Tetapi jika kita
melaksanakannya secara tidak teratur, kita boleh berhadapan dengan masalah yang lebih
besar daripada masalah yang pernah kita alami sebelumnya. Oleh itu kita memerlukan
model atau kaedah yang betul dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Jadual berikut menunjukkan senarai alat dan kaedah yang boleh digunakan dalam model
penyelesaian masalah di atas:

Jadual Alat Dan Kaedah Dalam Model Penyelesaian Masalah

LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH ALAT DAN TEKNIK


1. Memilih masalah dan menentukan Percambahan Fikiran
pernyataan masalah. Pemetaan Minda
Matriks Adalah / Bukanlah
Diagram Kesamaan dan Saling
Berhubungan
Teknik Kumpulan Nominal
Perbandingan Berpasang

2. Menentukan hasil yang diingini Percambahan Fikiran


matlamat dan objektif (ukuran Pemetaan Minda
kejayaan) Teknik Kumpulan Nominal

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH ALAT DAN TEKNIK
3. Menyenaraikan punca masalah yang Percambahan Fikiran
berpotensi. Diagram Sebab_Akibat
Pemetaan Minda
Perbandingan Berpasang
Diagram Kesamaan dan Saling
Berhubungan
Teknik Kumpulan Nominal
4. Mengenalpasti halangan dan rintangan Percambahan Fikiran
yang berpotensi. Analisis Force Field
5. Mengenalpasti tindakan untuk menangani Percambahan Fikiran
punca masalah dan menyelesaikan Pemetaan Minda
masalah. Diagram Pokok
Teknik Kumpulan Nominal
Matriks Keputusan
6. Membangunkan garis masa pelaksanaan Percambahan Fikiran
dan menugaskan tanggungjawab untuk Diagram Pokok
tindakan.
7. Melaksanakan, memantau kemajuan, Diagram Sebab_Akibat
dan menyemak semula rancangan. Percambahan Fikiran
(menyemak semula rancangan)

AKTIVITI 2

Sesuatu masalah boleh dilihat sebagai satu peluang untuk pembaikan dan satu kayu ukur
menunjukkan perbezaan antara keadaan semasa dan keadaan ideal anda. Bolehkah anda
huraikan kedua-dua keadaan ini?

Kemahiran Membuat Keputusan


a. Apa Itu Membuat Keputusan ?
Pembuatan keputusan adalah proses memilih apa hendak dilakukan dengan
mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin timbul mengenai pilihan-pilihan yang
berbeza. (von Winterfeldt & Edwards, 1986; Beyth-Marom et al., 1991). Apabila kita
membuat keputusan, kita membuat pilihan sendiri daripada satu set alternatif. Untuk
membuat penilaian yang bermaklumat, kita ingin mengenal pasti sebanyak mungkin
alternatif ini dan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin, dan kemudian memilih
satu yang terbaik yang memenuhi matlamat, keinginan, gaya hidup, nilai dan sebagainya.

Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan secukupnya ketidaktentuan


dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membolehkan pilihan munasabah dibuat
daripada kesemua alternatif tersebut. (Harris, R., 2009). Dalam definisi ini, fokusnya adalah
terhadap membuat pilihan berasaskan pengurangan-risiko yang berkait dengan

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


ketidaktentuan. Ia bermaksud pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di
sekeliling pilihan- pilihan yang ada, dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa
banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan

John Adair (2009) menyatakan bahawa membuat keputusan adalah tindakan untuk
memutuskan bentuk tindakan yang hendak diambil. Lazimnya, ia melibatkan pemilihan
daripada banyak pilihan. Membuat keputusan juga merupakan satu proses mental yang
melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan
yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

b. Jenis-Jenis Keputusan
Pada umumnya terdapat tiga jenis keputusan, iaitu:
(i) Keputusan-keputusan sama ada adalah asas - keputusan ya/tidak, sama ada/
atau, dan bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita berhadapan dengan
pilihan di antara dua alternatif. Ini termasuklah keputusan-keputusan asas yang kita
buat setiap hari seperti, Patutkah saya pergi menonton wayang? atau Patutkan
saya beli kereta?
(ii) Keputusan-keputusan yang mana satu - keputusan yang melibatkan pilihan satu
atau lebih daripada beberapa pilihan kemungkinan.
(iii) Keputusan-keputusan kontingen - keputusan yang mana hasilnya bergantung
kepada sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu kriteria dipenuhi. Apa-apa
keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa adalah merupakan keputusan
kontingen. Satu contoh yang baik adalah keputusan anda untuk membeli kereta jika
anda mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat atau bonus tahunan yang baik.
Faktor-faktor penyumbang seperti masa, harga, pendapat rakan-rakan dan keluarga,
boleh mempengaruhi hasil keputusan kontingen.

c. Kepentingan Membuat Keputusan


Betapa banyak dalam kehidupan seorang pemimpin, keputusan yang harus dibuat dan
betapa banyak pula masalah yang harus dihadapi dalam mengurus sesebuah sekolah.
Hanya ada kalanya, kita tak berani menanggung resiko untuk mengambil suatu keputusan
sehingga akhirnya banyak keputusan tergantung. Oleh itu, kemampuan intelektual
seseorang dapat tercermin dari kemampuan dan kebijakannya dalam menyelesaikan
masalah. Dalam banyak situasi, seorang pimpinan muncul karena kemampuan serta
kepiawaiannya dalam memecahkan persoalan.

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Pemimpin sekolah perlu mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan.
Pemimpin sekolah tidak boleh berfikir secara terburu-buru. Sumber maklumat yang berasas
perlu digunakan di samping mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang
terbaik. Dalam hal ini, seseorang itu perlu rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam
supaya keputusan yang dibuat itu tepat, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan
dan kerugian.

d. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembuatan Keputusan


Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa proses pembuatan keputusan sangat
dipengaruhi oleh gaya kognitif seseorang. Kajian-kajian juga menunjukkan bukti gaya
pembuatan keputusan dipengaruhi oleh budaya seseorang. Bias juga mempengaruhi
kebolehan kita untuk membuat keputusan. Bias-bias ini sentiasa menyumbang terhadap
proses pembuatan keputusan dan sering mempengaruhi pertimbangan kita. Bias boleh
membawa kepada persepsi palsu dan pertimbangan yang boleh melemahkan keberkesanan
pembuatan keputusan yang baik.

e. Model dan Alat Membuat Keputusan


Kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian dan kita sedar bahawa kebanyakan
keputusan, terutama keputusan yang penting dibuat selepas memerah minda. Namun,
dalam masa tertentu kita membuat keputusan yang kurang tepat. Oleh itu, kita seharusnya
menggunakan proses pembuatan keputusan yang betul menggunakan model dan alat
membuat keputusan bagi memastikan pemimpin sekolah membuat keputusan dengan tepat
dan betul. Gambarajah berikut menunjukkan Model Membuat Keputusan yang boleh
digunakan.

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Menentukan keputusan yang ingin dibuat
1
Menentukan hasil yang anda inginkan tujuan dan objektif anda (kemestian /
2 kemahuan)

Mengenalpasti alternatif keputusan dan pilihan.


3

Memilih alternatif terbaik


4

Mengenalpasti halangan dan rintangan yang berpotensi.


5

Membangunkan pelan tindakan atau pelaksanaan.


6

Melaksanakan, memantau kemajuan, dan menyemak semula rancangan.


7

Gambarajah Model Membuat Keputusan

Jadual berikut pula menunjukkan pelbagai alat dan kaedah yang boleh digunakan dalam
setiap langkah dalam modul di atas:

Jadual Alat dan Kaedah Mengikut Langkah dalam Modul Membuat Keputusan

LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN ALAT DAN KAEDAH


1. Menentukan keputusan yang anda Percambahan Fikiran
ingin buat. Pemetaan Minda
Matriks Adalah / Bukanlah
Diagram Pertalian Dan Hubungkait
Teknik Kumpulan Nominal
Perbandingan Berpasang
2. Menentukan hasil yang anda Percambahan Fikiran
inginkan,tujuan dan objektif anda Pemetaan Minda
(kemestian /kemahuan). Teknik Kumpulan Nominal
Perbandingan Berpasang

3. Mengenalpasti alternatif keputusan dan Percambahan Fikiran


pilihan. Teknik Kumpulan Nominal
Pemetaan Minda
Perbandingan Berpasang
Diagram Kesamaan dan Saling
Berhubungan

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN ALAT DAN KAEDAH
4. Memilih alternatif terbaik. Matriks Keputusan
Teknik Kumpulan Nominal

5. Mengenalpasti halangan dan rintangan Percambahan Fikiran


yang berpotensi. Analisis Force Field
Teknik Kumpulan Nominal

6. Membangunkan pelan tindakan atau Percambahan Fikiran


pelaksanaan. Pemetaan Minda
Diagram Pokok

7. Melaksanakan, memantau kemajuan, Diagram Sebab_Akibat


dan menyemak semula rancangan. Percambahan Fikiran (menyemak
semula rancangan)

UJIAN KEFAHAMAN 3

Sebagai seorang pemimpin sejauh manakah anda memberi sokongan terhadap keputusan
yang diambil oleh pemimpin pertengahan?

Selaku pemimpin, adakah anda membuat keputusan dan mengambil tindakan bertentangan
dengan cadangan pemimpin pertengahan anda?

f. Kualiti Keputusan
Kualiti keputusan adalah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat adalah baik
atau buruk. Adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa keputusan yang baik boleh
menghasilkan hasil buruk dan kualiti keputusan tidak berkait dengan hasil keputusan tetapi
berkait dengan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keputusan. Kita mungkin,
secara kebetulan, membuat keputusan yang menghasilkan hasil yang baik yang tidak
dijangka, tetapi ini masih lagi satu keputusan buruk kerana kita tidak mengikut langkah-
langkah pembuatan keputusan yang betul. Kualiti keputusan boleh dinilai dengan
mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

(i) Adakah keputusan itu menepati objektif-objektif yang hendak dicapai?


(ii) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan-kesan sampingan, kelemahan atau
pertimbangan etika?
(iii) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang-orang yang menerima kesannya?

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan
yang mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk diimplementasi, adalah
penting bahawa orang yang mengimplementasinya adalah mereka yang menerima kesan.
Satu keputusan yang sangat baik di atas kertas mungkin tidak praktikal atas beberapa
alasan sosial.

g. Risiko Dalam Pengambilan Keputusan


Risiko adalah komponen penting dalam pembuatan keputusan kerana hasil keputusan
melibatkan ketidaktentuan. Jangan cuba untuk mengelak risiko apabila membuat
keputusan kerana jika anda melakukan demikian, anda mungkin mengenepikan pilihan-
pilihan yang radikal dan bagus. Sebaliknya, cubalah untuk meminimumkan risiko sebanyak
mungkin sambil terus membuat keputusan berdasarkan langkah-langkah betul dan logik.
Umumnya, sebelum anda memasuki situasi bahaya, terdapat beberapa perkara untuk
diambil kira mengenai pengambilan risiko:
(i) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini
(ii) Letakkan risiko kepada sebab-sebab yang betul bila anda tenang dan dapat berfikir.
(iii) Mempunyai matlamat.
(iv) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan.
(v) Apabila mungkin, ambil satu risiko pada satu masa.
(vi) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai
kemungkinan.
(vii) Gunakan perancangan.
(viii) Bertindak dengan tegas.
(ix) Jangan mengharap kejayaan sempurna.

Untuk mengurangkan risiko, terdapat beberapa strategi pengurusan risiko untuk


dipertimbangkan:
(i) Singkirkan kemungkinan terpencil dan tidak realistik.
(ii) Sejauh mungkin, elakkan bencana/ kegagalan.
(iii) Kenal pasti kompromi.
(iv) Maksimumkan nilai jangkaan.

AKTIVITI 4

Bagaimana anda membuat keputusan dalam kehidupan seharian? Adakah


keputusan harian anda umumnya berkesan atau adakah anda fikir terdapat ruang untuk
peningkatan?

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Rumusan Dan Kesimpulan
Para pemimpin sekolah yang berhasrat untuk menjadi pemimpin yang cemerlang perlu
memastikan masalah yang benar-benar membelenggu dapat dikenalpasti, sebelum memilih
untuk membuat keputusan terbaik, dan dapat menyelesaikan masalah secara optimum
dengan cetusan idea yang kreatif dan inovatif. Setiap ahli dalam organisasi harus dilibatkan
dalam usaha untuk memenuhi keperluan yang amat penting ini supaya mereka dapat
mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih baik. Sekiranya
pemimpin sekolah dan ahlinya dapat mencapai satu cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah dengan membuahkan hasil yang lebih baik maka akan dapat mengurangkan
penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan di samping dapat
mengurangkan tekanan.

Rujukan
Adair, John. (2009). Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesai Masalah (Terjemahan).
Kuala Lumpur, ITBM.
Johnson, Perry. L., Kantner, Rob, . Kikora, Marcia A. (1990). TQM Team-Building and
Problem-Solving. Southfield, MI: Perry Johnson, Inc., 1990
Samsudin Wahab (2005). Panduan Pengurus dan Setiausaha: Kuala Lumpur, PTS

Wrekelgram (1974). Personnel Management. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc.

Modul ini disediakan oleh pegawai-pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan

Anda mungkin juga menyukai