Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena
sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya
lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara
individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi
sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit
Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.
a) Gaya gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang.
Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.
b) Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun
secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
d) Gaya pelana
Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika
melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap
di atas palang.
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik
baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang
( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi
peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi
digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya
Fosbury Flop.
1) Penujuan
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu
adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakn pelompat melepasi palang
dengan bahagian belakangnya dahulu.
2) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang melengkung, kaki
luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang hamper selari dengan palang. Kedua-
dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian
lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan
badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang.
Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan
badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian
lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang.
Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak
keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan
untuk pendaratan.
Pendaratan
Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-
dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang
belikat)