Anda di halaman 1dari 2

Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah :: ::al-ahkam.net:: :: Siber Feqh Anda http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...

::al-ahkam.net::
Siber Feqh Anda

Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah


Posted by : mujahid on Tuesday, June 10, 2008 - 10:30 AM CCT

Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah


Saya sering ditujah oleh bisikan-bisikan yang timbul sendiri di dalam otak yang
terbatas ini. Apa bisikan itu?

Bisikan itu sering mempersoalkan kewajaran kita mengajak manusia kepada Allah
sedangkan diri kita masih lagi bergelumang dengan dosa.

Apatah lagi dengan ayat-ayat Al-Quran berikut, ia menjadi satu tusukan tajam, mahu
sahaja berhenti mengajak manusia. Masakan tidak? Penat lelah kita itu hanya
menimbulkan dosa dan menambah peluang mendapat azab di neraka. Apakah
ayat-ayat al-Quran itu? Mari kita lihat:

‫ب َأ!َ
َُِْن‬
َ َ ِْ‫ن ا‬
َ ُْ َ
ْ ُ ْ ‫ن َأ َُُْ ْ َوَأ‬
َ ََْْ
‫س ِِْ  َو‬
َ ‫ن ا‬
َ ‫َأ
َُُْو‬
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan
diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ? Maka tidaklah kamu
berfikir?
Surah al-Baqarah 2:44

Hadith dari Sahih Muslim:


A man will be brought on the Day of Judgment and cast into Hell. He will go around
in Hell like a donkey in a grinding mill. The denizens of Hell will gather around him
and say: “O so-and-so! Didn't you use to enjoin us to what is right and prohibit us
from what is wrong? ”

That man will say: “I used to order you to do good but I myself never used to do it,
and I used to forbid you from doing wrong while I myself used to do it.” [Sahîh
Muslim]

Apakah maksud sebenarnya ayat dan hadith di atas ini? Apakah ia melarang
manusia yang berdosa daripada menyeru manusia yang lain kepada kebaikan?

Komiti Unit Pengkajian Fatwa Islamtoday yang dipengerusikan oleh Shaikh Abdul
Wahab at-Turayri telah cuba menyimpulkan kekusutan dan kekeliruan tentang hal
ini.

Berdasarkan pembacaan ke atas hasil kajian mereka, dapat disimpulkan bahawa:

1) Mereka yang mahu mengajak manusia kepada Allah, atau erti kata lain
berdakwah hendaklah memperbaiki cara hidup mereka ke tahap hidup beragama
yang terbaik mengikut kemampuan mereka.

2) Orang Islam yang terjebak dengan maksiat, masih bertanggungjawab menyeru


orang lain kepada Allah kerana dakwah itu sendiri adalah tugas setiap individu
kepada Allah.

1 of 2 10/06/2008 04:12 PM
Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah :: ::al-ahkam.net:: :: Siber Feqh Anda http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...

3) Ayat dan hadith di atas bukan berisi larangan kepada pelaku maksiat untuk
berdakwah, sebaliknya ia adalah satu amaran kepada mereka yang bersifat talam
dua muka. Dosa yang mereka hadapi ialah kerana tidak berusaha melakukan apa
yang mereka seru kepada orang lain, dan bukannya dosa kerana menyeru manusia
kepada Allah.

4) Ayat dan hadith di atas di atas merupakan larangan melakukan perbuatan dosa
walaupun pelaku itu mengetahui perihal hukum perbuatan itu. Dan ia bukan
bermaksud melarang pelaku dosa atau maksiat daripada berdakwah.

5) Setiap Muslim mempunyai kewajipan untuk mematuhi ajaran Islam dan


meninggalkan larangan. Di samping itu, kita juga mempunyai tugas mengajak
manusia yang lain kepada kebenaran. Kegagalan melaksanakan salah satu
daripadanya tidak bermaksud terus tidak melakukan kedua-duanya.

6) Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan kecuali
yang Ma;sum iaitu Rasulullah SAW, maka, sekiranya kesempurnaan adalah kriteria
mengajak manusia kepada kebenaran, nescaya tiada manusia yang layak
melaksanakan tugas berdakwah ini.

Untuk membaca teks penuh, sila layari

Question: I heard that a person who sins will be punished more harshly for his sins if
he exhorts other people to righteousness. Is this true? Is it better for people who fall
weak and commit sins to refrain from advising other people to do good?

Answered by the Fatwa Department Research Committee - chaired by Sheikh `Abd


al-Wahhâb al-Turayrî

No access to comments.

Page created in 0.048284 Seconds

Powered by MD-Pro

2 of 2 10/06/2008 04:12 PM

Anda mungkin juga menyukai