Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN PROGRAM

MAJLIS PENGHARGAAN GURU-GURU PMR 2008

SM IMTIAZ DUNGUN

ANJURAN PMR 2008 STUDENTS SM IMTIAZ DUNGUN

1.0-PENGENALAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.

Alhamdulillah,dengan berkat dan kesungguhan guru-guru PMR 2008,keputusan peperiksaan PMR bagi
Sekolah Menengah Imtiaz Dungun bagi tahun 2008 adalah yang terbaik sepanjang penubuhan sekolah ini.Maka
untuk menghargai jasa mereka yang telah menabur jasa dan memerah keringat kepada kami,calon-calon PMR
tahun 2008 untuk Sekolah Menengah Imtiaz Dungun,kami telah merancang satu majlis yang khusus kepada
mereka.

Selain untuk menghargai jasa mereka,terdapat banyak lagi objektif yang ingin dicapai oleh pihak kami
dengan penganjuran majlis ini.Kami juga merancang satu majlis makan perdana bersama guru-guru PMR yang kami
sayangi pada majlis yang sama.Bagi perasmian,pihak kami ingin menjemput tuan pengetua Sekolah Menengah
Imtiaz Dungun,Encik Jaafar bin Abdullah untuk merasmikan majlis ini.

Untuk majlis ini,pihak kami bercadang untuk mengadakannya di dalam kawasan sekolah sahaja dan pilihan
kami ialah di Dewan Ulul-Albab.Ini untuk memudahkan kami menyelenggara majlis tersebut seperti acara
tayangan,makan dan perarakan guru.Majlis ini akan diadakan pada sebelah malam untuk tidak mengganggu proses
P&P.

2.0-OBJEKTIF

 Menghargai jasa guru-guru PMR 2008


 Merapatkan kembali ukhuwah antara pelajar dengan guru PMR 2008.
 Meningkatkan kemesraan antara kami dengan guru-guru PMR 2008.
 Menjernihkan kembali hubungan dingin kami.
 Mengimbas kenangan pada tahun 2008.
 Agar guru-guru merasakan diri mereka dihargai oleh kami semua.

1
3.0-TARIKH & MASA

 29 Julai 2009 (Rabu)


 9.00 - 10.45 malam

4.0-TEMPAT

 Dewan Ulul-Albab,SM Imtiaz Dungun Bawah

5.0-PERALATAN

5.1-MAJLIS PERARAKAN

-Kompang

5.2-TAYANGAN DAN SOUND SETTING

-Laptop
-LCD
-Sound Clip

5.3-MAJLIS MAKAN MALAM

 -Meja dari PSP Imtiaz Dungun Bawah

5.3-KESELURUHAN PROGRAM

o -PA system
o -Lain-lain prasarana yang terdapat di dalam Dewan Ulul-Albab

6.0-BAJET

 Ditanggung oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 sesi 2009 (PMR 2008 SMID)


 Anggaran: RM 400.00 (min).
 Pembahagian bajet: 1) Makanan

2) Hadiah untuk guru

3) Hiasan untuk program

4) Belanja luar jangka

2
7.0-JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung - En. Jaafar bin Abdullah

Penasihat - Pn. Sharifah Fatziyah bt Syed Ahmad

Pengarah - Muhammad Amiruddin bin Embong

Timbalan - Nadzim bin Nadzri

Setiausaha - Muhammad Arif Arsyad bin Suhaili

Bendahari - Mohamad Kamil bin Ramli

AJK-

1. Che Wan Muhammad Irfanuddin bin Che Wan Abdul Jamil


2. Ammar bin Jamaludin
3. Muhammad Syahir bin Razali
4.

8.0-SENARAI GURU-GURU PMR SM IMTIAZ DUNGUN BAGI TAHUN 2008

1. Cg. Wan Hasmawaty binti Wan Hussin

2. Cg.Mastura binti Abd Rashid

3. Cg. Anna Juliyanti binti Zainuddin

4. Cg. Nurul Aida binti Jaafar

5. Cg. Norliza binti Ramli

6. Cg. Fauziah binti Ismail

7. Tc. Kartini binti Abd Manaf

8. Ust. Aziah binti Abu Bakar

9. Ust. Meriam binti Mohd Noor

10. Cg. Wan Mohd Fauzi bin Wan Nawi

3
9.0-AGENDA DALAM PROGRAM

1. Perarakan masuk guru-guru PMR 2008 ke dalam dewan.


2. Ucapan pengarah program.
3. Ucapan wakil pelajar banin.
4. Ucapan wakil pelajar banat.
5. Ucapan guru-guru PMR 2008 (sukarela atau sebaliknya).
6. Ucapan perasmian majlis.
7. Persembahan.
 Pelajar banin
 Pelajar banat
 Persembahan kejutan oleh pelajar banin
8. Majlis pohon kemaafan dan bersalam-salaman.
9. Tayangan video.
10. Majlis makan perdana
11. Bersurai

10.0-PENUTUP

Diharapkan melalui perlaksanaan program ini, ianya mampu memberi impak positif khususnya kepada
para pelajar tingkatan 3 SM Imtiaz Dungun sesi 2008 yang telah mengecapi kejayaan di atas jasa dan
sumbangan mereka. Pihak kami juga amat berharap program kami ini mendapat sokongan dari pihak
sekolah khususnya.Segala kerjasama dari semua pihak kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Disahkan oleh, Disokong oleh,

………………………………..................... ………………………………..........

(Muhammad Amiruddin Embong) (Encik Jaafar bin Abdullah )

4
Pengarah Program. Pengetua SM Imtiaz Dungun.

Anda mungkin juga menyukai