Anda di halaman 1dari 20

SULIT 011

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2008


BAHASA MALAYSIA – PEMAHAMAN 011
Mei
50 minit Lima puluh minit

CANANG 1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan
A, B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Pilih jawapan itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak.


[ Lihat sebelah
SULIT

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 1 - 15
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Mereka kagum melihat kemahiran Puan Aina _________ batik.

A mengecap

B mencanting

C melorek

D melakar

2. Papan itu dikerat _________ bongkah kayu.

A berpandukan

B berlapiskan

C berasaskan

D berlandaskan

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Layang-layang itu ___________ pada ___________ pohon rambutan.

A terselit ... perdu

B tersangkut ... dahan

C terlekat ... pucuk

D terhalang ... dahan

4. Sesiapa saja yang melanggar undang-undang negara ini boleh _________________


di mahkamah.

A didakwa

B disoal

C ditahan

D dibawa

5. Para belia perlu diberi pujian kerana sanggup _____________ tanah terbiar.

A terokai

B diterokai

C meneroka

D penerokaan

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. ____________ yang dijual pada Hari Kantin itu ____________ enak.

A Kuih-muih ... nian

B Lauk-pauk ... sungguh

C Kuih-muih ... paling

D Oleh-oleh ... amat

7. Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah _______ akibat daripada asakan bertubi-
tubi pasukan lawan.

A haru-biru
B kacau-bilau
C hiruk-pikuk
D kucar-kacir

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 8 dan Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

8. Azarina _______ lelaki buta itu __________ jalan.

A. menonton ... menyeberang

B. menuntun ... menyeberang

C. memegang ... memintas

9. Orang buta yang memakai _____________ cermin mata hitam itu menggunakan
_____________ tongkat.

A sebuah ... sebatang

B sepasang ... selaras

C sepasang ... sebatang

D sekeping ... sekaki

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Saya ingin sangat makan ____________ daripada ____________ durian yang sudah
dikopek itu.

A sebiji ... sebuah

B sebutir ... sebiji

C seulas ... sepangsa

D sebuah ... sepangsa

11. Kerani pejabat pos itu meminta orang ramai beratur. _________ mengatakan bahawa
hal itu bertujuan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan ____________.

A Beliau...dia

B Dia...mereka

C Dia...kalian

D Mereka...dia

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Warga tua yang ____________ bukan sahaja menjadikan badan mereka sihat,
_____________ akan lebih bertenaga.

A senaman ... dan

B bersenam ... malahan

C senam ... makin

13. Beliau disanjung kerana banyak menyumbang derma kepada pelbagai badan
kebajikan. ____________ beliau peramah dan berbudi bahasa.

A Padahal

B Namun begitu

C Oleh sebab itu

D Lebih-lebih lagi

14. . Kejayaan Asmawi memenangi pertandingan pidato itu menjadi _____________


semua pelajar sekolahnya.

A besar hati

B bulat kata

C hati waja

D buah mulut

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

15 Pemain tenis itu tidak dapat meneruskan perlawanan kerana mengalami ____________
otot.

A regang

B kejang

C radang

D kebas

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan sikap budak lelaki
tersebut ialah

A kutu embun.

B lepas laku.

C keras kepala.

D kepalang ajar.

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 17 dan Soalan 18

17. Puncak gunung itu dilitupi awan tebal.

Perkataan seerti bagi dilitupi ialah

A ditenggelami

B dilindungi

C diselubungi

D dibatasi

18. Adli baru saja menyudahkan semua kerja rumahnya.

Perkataan seerti bagi menyudahkan ialah

A menyiapkan

B menyegerakan

C memudahkan

D melengkapkan

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19. Antara yang berikut, kata manakah yang berlawanan dengan maksud gambar
di atas.

A cemar

B cerah

C sempit

Soalan 20 dan Soalan 21


Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk penyataan di bawah ini.

20. Akibat kata-mengata antara satu sama lain, akhirnya mereka bergaduh.

A hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

B kecil tapak tangan nyiru ditadahkan

C kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

D harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

21. Zaiful tidak berpuas hati kerana keadaan dompet yang dibelinya tidak bermutu
seperti yang diiklankan.

A indah khabar daripada rupa

B bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

C jauhari juga yang mengenal manikam

D di mana ada semut mati kalau tidak dalam gula

Soalan 22 dan Soalan 23


Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22. Seandainya berkelapangan, pasti aku akan datang ke sini lagi.

A Engkau datang ke sini dengan siapa?

B Mengapakah engkau datang ke mari?

C Bilakah engkau akan datang ke rumahku lagi?

23. Entahlah, saya pun tidak tahu. Tiba-tiba saja saya berada di sini.

A Mengapakah kamu ke sini?

B Bilakah kamu ke sini?

C Siapakah yang membawa kamu ke sini?

D Bagaimanakah kamu boleh berada di sini?

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 24

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

24. Sejak bilakah kamu mempelajari muzik?

A Benar, semasa di tadikalah saya mempelajari muzik.

B Sepanjang ingatan saya, sejak umur saya enam tahun.

C Sejak mempelajari muzik, saya berasa terhibur.

D Mungkin saya akan terus mendalami ilmu tentang muzik.

Soalan 25 dan Soalan 26

Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

25. Tabiat Azman yang suka meniru itu tidak disukai oleh rakan-rakannya.

A Kawan-kawan Azman tidak menggemari sikapnya yang gemar meniru itu.

B Azman yang gemar meniru kawan-kawanya itu tidak disenanginya.

C Azman yang tidak disenangi rakan-rakannya itu suka meniru.

D Tabiat Azman kurang disenangi oleh rakan-rakannya yang suka menirunya itu.

26. “Siapakah yang mengambil pena biru di atas meja saya?” tanya Noreen.

A Noreen bertanya tentang pena biru siapa yang diambilnya di atas meja.

B Noreen ingin tahu tentang pena di atas meja birunya yang diambil orang.

C Noreen bertanya kepada orang yang mengambil pena birunya di atas meja.

D Noreen ingin tahu orang yang mengambil pena biru di atas mejanya.

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris dengan betul.

27. I Beliau dihormati kerana mempunyai kedudukan yang tinggi.

II Kebanyakan peniaga pekan itu kedudukan di kedai mereka.

III Masyarakat menderita semasa kedudukan Jepun.

IV Saya tidak tahu akan kedudukan perkara yang sebenarnya.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

28. I Dia tidak dapat menyebut ayat itu terang-terang.

II Setelah matahari terang-terang barulah dia bangun tidur.

III Terang-terang peniaga itu memperdaya pelanggannya.

IV Mereka mempersoalkan terang-terang yang diberikannya.

A I dan III

B II dan IV

C I, II, dan III

D II, III, dan IV

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29. I Permintaan terhadap perabot tempatan menaik sejak belakangan ini.

II Sejak berhijrah ke bandar, kehidupan Muis lintang-pukang.

III Dari sehari ke sehari kadar jenayah di bandar meningkat.

IV Kerajinan antara faktor utama kejayaan cemerlangnya dalam UPSR.

A I dan II

B III dan IV

C I, II, dan III

D II, III, dan IV

30. I Tidak berani kami mandi di kawasan jeram yang kencang airnya itu.

II Menabung suatu amalan yang perlu disemai sejak kecil lagi.

III Para-para penonton berbaris untuk membeli tiket bas.

IV Cis, rupa-rupanya selama ini kamu berlaku curang terhadapku!

A I dan III saja

B II dan IV saja

C II, III, dan IV saja

D II, III, dan IV saja

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca cerita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Apa yang kamu intai-intai itu, Hana?” tanya Suhaila sambil mencuit bahu Suhana yang
berada di tepi tingkap dapur.

“Oh, Kak Su! Terkejut Hana. Hana sedang memerhatikan rumah Mak Cik Malar.
Mengapa rumahnya gelap saja, sedangkan tingkapnya terbuka? Setahu Hana, Mak Cik Malar
pasti menutup tingkap sebaik sahaja senja menjelang,” kata Suhana kepada Suhaila.

Suhaila segera melihat ke arah rumah Mak Cik Malar. Dahinya berkerut seperti
memikirkan sesuatu. “Yalah, Hana. Kalau Mak Cik Malar tiada di rumah, tentu dia menutup
tingkap rumahnya sebelum keluar. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepadanya,” kata
Suhaila.

“Hana pun berfikir begitu. Mari kita jenguk Mak Cik Malar, kak,” ajak Suhana. “Hana
risau,” kata Suhana perlahan seolah-olah berkata kepada dirinya. Suhaila hanya mengangguk
lalu menuju ke pintu. Suhana mengekorinya.

Mereka keluar melalui pintu dapur. Selepas pintu ditutup, mereka berjalan ke rumah
Mak Cik Malar dengan pantas. Apabila sampai di bahagian dapur rumah Mak Cik Malar,
Suhaila terus mengetuk pintu sambil memanggil Mak Cik Malar beberapa kali. Sementara itu,
Suhana menuju ke tingkap yang terbuka lalu menjenguk ke dalam rumah.

“Ya Allah, Kak Su! Mari sini. Mak Cik Malar terbaring di lantai tu,” jerit Suhana dengan
suara yang cemas. Matanya terpaku memandang Mak Cik Malar yang terbaring kaku di lantai
dapur. Namun, perasaan lega muncul di hatinya apabila ternampak enjutan perlahan pada dada
Mak Cik Malar. “Mak Cik Malar masih bernafas,” kata hati Suhana.

Suhaila yang entah bila berada di sisinya tiba-tiba bersuara, “Hana tunggu di sini sekejap.
Biar Kak Su panggil emak dan abah.” Tanpa menunggu sebarang jawapan, Suhaila berlari
ke rumah.

Suhana berdiri di tingkap itu. Dia terus memerhatikan Mak Cik Malar sambil memanggil
namanya. Suhana berharap agar Mak Cik Malar mendengar panggilannya lalu membuka mata.
Suhana ingin melihat senyuman ramah Mak Cik Malar seperti yang lazim dilihatnya.

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

31. Apakah hubungan di antara Suhaila dengan Suhana?

A anak-beranak

B adik-beradik

C jiran tetangga

D handai taulan

32. Mengapakah tingkap rumah Mak Cik Malar terbuka?

A kerana senja belum menjelma

B kerana Mak Cik Malar berpenyakit

C kerana Mak Cik Malar menunggu kedatangan Suhana

D kerana Mak Cik Malar tidak dapat menutupnya

33. Di manakah rumah Mak Cik Malar?

A di belakang rumah Suhaila dan Suhana

B di tepi tingkap rumah Suhaila dan Suhana

C di bahagian dapur rumah Suhaila dan Suhana

D di hadapan rumah Suhaila dan Suhana

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

34. Manakah antara yang berikut yang menunjukkan sikap Suhaila dan Suhana?

A jujur

B berani

C prihatin

D peramah

35. Pada pendapat anda, apakah yang berlaku kepada Mak Cik Malar?

A tertidur di dapur rumahnya

B diserang penyakit yang melemahkan anggota badannya

C baring-baring untuk merehatkan badan

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca surat rasmi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelab Pencinta Alam,


Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang,
73450 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang ,
73450 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 14 MAC 2008.

Tuan,

Memohon Peruntukan Untuk Projek “Sungai Kita Nadi Kita”

Dimaklumkan bahawa Kelab Pencinta Alam telah mencapai kata putus dalam mesyuarat baru-
baru ini untuk mengadakan projek “Sungai Kita Nadi Kita” secara gotong-royong.

2. Projek ini bertujuan untuk memupuk kecintaan masyarakat terhadap kebersihan melalui
kegiatan membersihkan sungai. Sungai yang terlibat dalam projek ini ialah Sungai Berkat, iaitu
sungai di belakang sekolah ini. Sungai Berkat akan dijadikan sebagai “projek anak angkat”
Kelab Pencinta Alam. Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat membuka jalan untuk mendidik
masyarakat kita agar lebih mengambil berat terhadap kebersihan sungai dan alam sekitar.

3. Bagi melancarkan perjalanan projek ini, pihak kelab ingin memohon bantuan kewangan
dan peralatan daripada pihak sekolah. Bersama-sama dengan surat ini saya lampirkan laporan
belanjawan dan senarai peralatan yang kami perlukan.

4. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat menimbangkan permohonan ini. Saya
berharap agar jawapan tersebut dapat saya peroleh sebelum 28 Mac 2008. Kerjasama dan
sokongan tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Haris Hafiz

(HARIS HAFIZ)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam.

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

36. Surat ini merupakan

A surat aduan

B surat rayuan

C surat undangan

D surat permohonan

37. Maksud rangkaian kata-kata mencapai kata putus ialah

A sepakat

B selesai

C berunding

D bercadang

38. Kelab Pencinta Alam memilih Sungai Berkat mungkin sekali kerana

A sungai tersebut mengalami pencemaran yang teruk.

B sungai tersebut terletak berdekatan dengan sekolah.

C sungai tersebut belum pernah dijadikan “anak angkat” kelab.

D sungai tersebut sentiasa menjadi sebutan penduduk setempat.

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
SULIT 011

39. Apakah harapan Kelab Pencinta Alam melalui kegiatan tersebut?

A Guru Besar sekolah dapat meluluskan permohonan itu.

B Peruntukan itu dapat diterima sebelum 28 Mac 2008.

C Masyarakat setempat bersedia untuk memberikan kerjasama.

D Masyarakat akan lebih peka terhadap kebersihan alam sekitar.

40. Peralatan yang berikut mungkin diperlukan dalam projek ini kecuali

A cangkul

B kereta sorong

C kompas

D pongkes

KERTAS SOALAN TAMAT

011: Canang 2008


Hak Cipta Terpelihara©Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus

Anda mungkin juga menyukai