Anda di halaman 1dari 6

ARTIKEL : Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan

...
Tue, March 23, 2010 11:04:29 PM

----- Forwarded Message ----


From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 23, 2010 3:23:02
Subject: [sim] ARTIKEL : Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan

PETIKAN : http://laman- seri.blogspot. com/

Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan

Assalamualaikum warahmatullah,

Akhir-akhir ini kita disajikan dengan kisah anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa
sendiri. Si Tanggang versi moden ini tegar menginggalkan ibu/ayah tua di pusat
dialysis, perhentian bas, rumah orang tua dan sebagainya. Mengapa anak-anak zaman
sekarang tidak tahu dan tidak mahu mengenang budi ibu dan ayah yang telah banyak
menabur jasa dan bersusah-payah membesarkan anak-anak sehingga anak-anak ini
dapat hidup dengan selesa dan sempurna?

Tidak dapat kita nafikan, ada kalanya kita fikir ibu dan ayah tadi telah menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna, mungkin ini sudah takdirnya diuji begitu. Tetapi
benarkah ibu bapa sudah memberikan didikan yang sempurna didikan kepada anak-
anak? Saya percaya, jika anak-anak diberi didikan yang cukup mantap dalam agama,
insya Allah, kisah si Tanggang moden ini dapat kita minimumkan. Mari kita refresh
didikan asas untuk anak-anak dan kenal-pasti kelemahan yang masih kita perbaiki.

Dari segi prinsip dan perkara pokok dalam didikan, mendidik anak lelaki dan anak
perempuan sama saja. Tanggungjawab ibu bapa Mukmin dalam soal ini ialah
memberi sebaik-baik didikan sebagaimana yang Allah dan Rasul
kehendaki. Kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah – sama ada anak itu
‘menjadi’ atau tidak. Kerana setiap kita akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat
nanti berkenaan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan di pundak kita. Memberi
didikan yang baik dan sempurna ini adalah hak paling utama bagi anak-anak yang wajib
ditunaikan oleh ibu bapa.

Kesedaran ibu bapa secara mendalam terhadap hak pendidikan anak-anak ini sangat
perlu dan penting bagi memelihara zuriat dan keturunan mereka daripada kehinaan,
kerendahan dan kejahilan. Untuk itu, ibu bapa perlu memahami paling tidak perkara
yang dikira asas ilmu pendidikan itu sendiri. Dengan itu, tidaklah kita hanya
menyerahkan bulat-bulat anak kita kepada sekolah dan guru-guru. [NB: Saya masih
ingat lagi pada hari pertama saya menghadirkan diri ke sekolah anak pada awal
tahun ini (anak sulong masuk Pra-sekolah) guru besar sekolah anak berulang-ulang
kali berpesan dalam ucapan alu-aluannya, “Ibu bapa adalah guru pertama dan
utama dalam setiap anak. Kami sebagai guru cuma pemegang amanah kedua selepas
ibu bapa dan bertanggungjawab terhadap anak-anak dalam masa yang ditetapkan
sahaja.” Maksudnya, guru cuma memegang amanah dalam lingkungan masa anak
berada di sekolah sahaja, sepanjang waktu selain dari waktu sekolah adalah
tanggungjawab mutlak ibu bapa anak-anak itu sendiri.]

Dalam soal mendidik anak lelaki dan anak perempuan, kaedah yang digunakan ada
yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus. Bila dikatakan kaedah umum,
maksudnya ada kaedah pendidikan yang sama dikongsi anak lelaki dan anak
perempuan. Kaedah khusus pula adalah kaedah yang hanya tertentu kepada anak lelaki
atau anak perempuan sahaja – sesuai dengan fitrah, tanggungjawab dan peranan
mereka yang berbeza.

Kaedah umum dalam mendidik anak-anak, baik yang lelaki atau perempuan, meliputi
perkara-perkara berikut:

1. Mendidik iman dan akidah yang hak

a. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama yang
didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di telinga kanan,
iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah
SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada anak-anak kamu kalimat pertama
dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)

b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas mengenalkan
anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah anak-anak kamu
untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan
melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

c. Tidak mensyirikkan Allah – Ini penting untuk membersihkan akidah anak,


sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku,
janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat
seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya.

2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikah

Nama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda
Rasulullah SAW : “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan akikahnya
pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan diberi nama.” (Hadis
riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)

3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan


sehariannya. Antaranya:

a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, harus, haram dan


makruh).

b. Mendidik batasan pergaulan dan aurat – Ini termasuk memisah dan


mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan
anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW : “….dan pisahkanlah tempat tidur mereka
(setelah berusia 10 tahun).” (Hadis riwayat al-Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amr Ibnil
‘As r.a.)

Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : “Hindarilah kamu dari
bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita.” Anak juga mesti dididik dengan batas
aurat terutama bila telah baligh.

Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan pakaian
yang tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: “Wahai Asma, apabila perempuan telah
mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini
(baginda SAW menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)

4. Mendidik akhlak, adab dan budi pekerti

Ilmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan Allah dan
sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan ‘buah’ yang
masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW : “Elokkanlah namanya (anak)
dan elokkanlah adabnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada
anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.” (Hadis riwayat at-
Tirmizi)

5. Mendidik anak tujuan dan matlamat hidup yang jelas

Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan
kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan
tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran dan sunnah
Rasulullah SAW. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu
ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba
dan khalifah Allah di atas dunia.

6. Mewujudkan suasana yang soleh

Untuk melahirkan anak yang soleh, persekitaran tempat membesar dan tempat
beraktivitinya juga kena ‘soleh’ (baik). Kena ada gabungan suasana ibu bapa yang soleh,
rumah tangga yang soleh, guru-guru dan kawan-kawan yang soleh, bahan bacaan yang
soleh dan paling penting sistem pendidikan yang soleh.

Sabda Rasulullah SAW : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu
dan didiklah mereka.” (Hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)

7. Memberi dorongan dan perangsang

Dalam al-Quran, Allah SWT memberi khabar gembira kepada orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dengan balasan syurga seluas langit dan bumi. Janji-janji
Allah ini hendaklah disemai di dalam jiwa anak-anak sehingga menjadi keyakinan dan
pegangannya. Selain itu ibu bapa boleh memberi ganjaran dan kata-kata pujian dan
kata-kata semangat di atas kejayaan dan kebaikan yang dicapai dan dilakukan oleh
anak-anak.

8. Hukuman dengan niat mendidik

Setiap kesalahan anak-anak itu perlu diperbetulkan. Baru ia dapat mengambil


pelajaran. Adakalanya dengan nasihat, teguran dan denda. Ada masanya dirotan
dengan rotan yang tidak mencederakan.

9. Pemberian (perbelanjaan, hadiah dan sebagainya)

Pemberian kepada anak-anak hendaklah disamaratakan. Sabda Rasulullah SAW :


“Sama-ratakan anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya saya suka
melebihkan seseorang, nescaya saya lebihkan perempuan.” (Hadis riwayat Imam at-
Tabrani dan Khatib)

Mungkin sesetengah kita kurang mampu memberi sepenuh didikan kepada anak-anak
kerana kurang ilmu dan sebagainya. Di sini pentingnya anak-anak dihantar kepada guru
yang lebih berkemampuan dan lebih berilmu. Itu pun, didikan yang asas tetap perlu
bermula dari ibu bapa di rumah.

Semoga bermanafaat dan semoga kita tetapi dilindungi dan dipelihara Allah SWT
daripada menghadapi dugaan menderhaka dan diderhakai. Amiin.

NB : Kaedah didikan dipetik dari Surau.townplan. gov.my

Capaian entry berkaitan :

1. Mengelakkan anak dari menderhaka kepada ibubapa


2. Menangani disiplin remaja
3. Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
4. Wasiat LUQMAN AL-HAKIM
5. Kreativiti, imaginasi anak terhad akibat ditakutkan
6. Tazkirah: Didik remaja elak terjebak kancah zina
7. Tazkirah: Solat modul lengkap didik jiwa manusia
8. Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama
9. Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak
10. Didik anak mengikut usia
11. Bapa moden kurang berinteraksi
12. Didik anak satu cabaran
13. Jangan Perlekeh Peranan Bapa

Anda mungkin juga meminati:

Kain Putih Apa Coraknya?

Ajar dan didik - ajar atau didik?

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa

Azam mendidik anak

Konflik rumah tangga jangan biar anak tersepit

LinkWithin
KATEGORi: Keibu-bapaan

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman- seri.blogspot. com
http://little- kiosk.blogspot. com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo
Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin
dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami
(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:


Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh
tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan
puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha
illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in
qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."
(Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Anda mungkin juga menyukai