Anda di halaman 1dari 10

Asal usul karnatak

Muzik klasik India telah wujud dalam 2 jangka masa seribu tahun atau lebih dari itu. Sehingga
kira-kira abad ke-12 dalam era baru, kesemua tempat di India menggunakan hanya satu sistem
muzik klasik. Setelah itu, kebanyakan negara-negara di utara India berada di bawah kepimpinan
pemerintah Islam dari negara Turki dan Afghanistan (sehingga kira-kira 1700 dalam era baru,
apabila British mengambil alih tapok pemerintahan). Pemerintah-pemerintah ini masing-masing
membawa masuk pengaruh muzik Persia mereka sendiri, puisi, dan kesenian lain ke India. Ini
membawa pengaruh yang besar kepada muzik klasik India di Utara India. Di selatan India pula,
pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan kawasan ini
mengekalkan gaya yang asli, tetapi telah juga meresap ke dalam sejumlah sistem muzik rakyat di
Selatan India. Pada sekitar kurun ke-14, gaya muzik di daerah-daerah utara dan selatan masing-
masingnya adalah cukup berbeza untuk dikenali sebagai muzik Hindu dan Karnatak.

Kini, muzik Karnatak masih bertapak kukuh di empat negara selatan India – Andra Pradesh
(Aandhra Pradesh), Karnataka (Karnaatakaa), Kerala (Kayralaa), dan Tamil Nadu (Tamil Naadu)
– dan juga di mana-mana tempat di seluruh dunia di mana ramai orang Selatan India tinggal.
Bandar Chennai di Tamil Nadu menjadi tuan rumah untuk pesta muzik Karnatak setiap tahun
dari pertengahan Disember hingga pertengahan Januari. Daerah lain di seluruh dunia dengan
kepadatan penduduk selatan India yang tinggi juga biasanya mempunyai pesta yang sama.

Apa itu muzik karnatak ?

 Salah satu antara dua genre dominan dalam muzik klasik India
 Berdasarkan melodi dan bukan berdasarkan simfoni
 Lagu digubah untuk pelbagai alat muzik untuk dimainkan bersama

karnatak klasik
Bagaimana karnatak dipersembahkan ?
Persembahan karnatak merupakan sebuah persembahan tradisional masyarakat kaum
India yang bermula sejak berkurun lamanya. Struktur dalam sesebuah Konsert Karnatak
konsert muzik dipersembahkan dengan para senimannya duduk. Seniman utama duduk
di tengah pentas menghadap penonton. Seniman berikutnya masing-masing duduk di
sebelah kiri dan kanan seniman utama, setiap mereka menghadap satu sama lain.
Kadang-kadang, seniman yang lebih muda yang tugasnya hanyalah untuk mengekalkan
pic konsert tersebut (dengan membunyikan satu alat muzik bertali disebut thanpoora)
duduk di belakang seniman utama
Komponen dalam persembahan karnatak

Terdapat dua gaya persembahan:-

 Berpusatkan lagu

 Berpusatkan melodi

Berpusatkan Lagu

Gaya yang berpusatkan lagu meletakkan tekanan pada :

 Nyanyian atau permainan sesuatu lagu seperti mana penggubah menetapkannya


 batas gubahan yang menggambarkan sifat spontan seniman dan penguasaan
terhadap melodi dan irama
 menyanyikan pelbagai lagu dalam melodi yang berlainan untuk menerangkan
emosi yang berbeza-beza

Berpusatkan Melodi

 Fokus sepenuhnya kepada gubahan,dengan hanya satu garis lirik untuk dipenuhi
seperti asasnya yang mana digubah.

 Konsert secara langsung biasanya mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam,


walaupun salah satunya yang mengambil masa yang lama bukan yang tidak
umum.
Kesimpulan:

Terdapat berbagai-bagai muzik di seluruh dunia dan muzik Karnatak adalah salah satu muzik
yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang kompleks. Ciri-ciri inilah yang menjadikannya lain
daripada yang lain dan rakyat negara India Selatan yang memiliki muzik ini telah berusaha
mengekalkannya agar ianya tidak luput ditelan dek zaman. Misalnya, mereka mengadakan
festival atau perayaan muzik Karnatak setiap tahun bagi memastikan muzik klasik ini tidak
dilupai. Begitu juga sama halnya dengan muzik di negara kita yang harus sentiasa dikekalkan
dari zaman ke zaman agar identiti negara kita terpelihara dan diperturun dari generasi ke
generasi. Seterusnya, tamadun negara terpelihara dan terjaga agar menunjukkan bahawa kita juga
mampu mengekalkan sesuatu warisan di negara kita seperti negara-negara yang lainnya.

Kategori: Repertoire
Peralatan Dalam Persembahan

Konsep Asas Muzik Karnatak

Ghatam (alat muzik)

 Merupakan satu belanga yang diperbuat daripada tanah liat

 Pemain menggunakan jari, ibu jari, tapak tangan, dan tumit tangan untuk
memukul permukaan luar ghatam

 Bunyi pic rendah yang berangin disebut “gumki” dihasilkan dengan memukul
bahagian mulut belanga dengan tangan terbuka

 Ton yang berlainan boleh dihasilkan dengan menepuk bahagian berlainan di


sekeliling belanga dengan setiap lain-lain bahagian tangan

 Sama bentuknya dengan belanga buatan India tetapi direka khas sebagai alat
muzik
 Dua jenis ghatam ialah:

•Madras – ringan dan tidak perlu dipukul dengan kuat, untuk gaya pukulan yang laju
•Manamadurai – berat, tebal, dengan serpihan loyang yang amat halus dicampur dalam
tanah liatnya, susah dimainkan tetapi menghasilkan bunyi alat logam yang
tajam berdering yang disukai kebanyakan pemain

Thayambaka (alat muzik)

 Merupakan gendang solo Chenda yang unik di Kerala, Selatan India

 Pemainnya menggunakan satu pemukul dan tangan yang satu lagi memainkan
alat tersebut, tanpa menggunakan dua kayu pemukul

 Thayambaka biasanya dimainkan oleh seorang ketua dan dibantu 3-4 pemain
lain yang menggunakan Veekku Chenda dan 3-4 pemain Elathalam

Jalatarangam

 Jalatarangam dalam bahasa Sanskirt bermaksud “gelombang air” (“jala”=air,


“tarangam”=gelombang)

 Terdiri daripada satu set tembikar daripada pelbagai saiz diisi dengan air megikut
pic/not yang dikehendaki

 Disusun dalam bentuk separuh bulatan dihadapan pemain dalam urutan


menurun mengikut saiz, dari kiri ke kanan.

 Cara ‘tuning’:

- Menukar kuantiti air di dalam tembikar mengubah picnya.

- Tembikar yang besar men geluarkan bunyi yang lebih besar dan dalam manakala yang

paling kecil menhasilkan bunyi seperti loceng


Tambura

Alat-alat Muzik Yang Lain:

 Miruthangam
 Morsing
 Sruti Box
 Thavil

Konsep Asas Muzik Karnatak

 Terdapat dua konsep utama dalam muzik Karnatak: melodi (raagam) dan
pusingan irama (thaalam).

 Melodi dan pusingan irama mempunyai nama yang unik untuk mengenal pasti
kedua-duanya.

 Selain daripada nama ini, melodi tertentu juga boleh ditunjukkan dengan melihat
nombornya (contohnya dalam “melodi nombor 25”).

Melodi

 Satu melodi terdiri daripada dua bahagian: not muzik yang khas atau spesifik
(svaram) yang dibenarkan dalam melodi (dalam setiap oktaf)
 Aturan pergerakan (sanchaaram) dalam sesebuah melodi menentukan not yang
mana satu harus selalu dinyanyikan bersama dan bagaimana seseorang itu
dibenarkan untuk bergerak dari not ke not semasa menyanyi atau memainkan
melodi ini.

 Melodi dikumpulkan dalam melodi (janaka raagam) major (atau ibu) dan melodi
(janya raagam) minor (atau anak)

 Terdapat tepat 72 melodi major dan beberapa ribu melodi minor.

Pusingan Irama

 Pusingan irama (thaalam) ialah satu set rentak (aksharam) yang disusun dalam
satu kumpulan. (Contoh: 4+2+2 ialah satu rentak 8 dalam pusingan irama
dengan 3 kumpulan.)

 Terdapat 35 pusingan irama primer: tujuh jenis pusingan irama dengan lima ciri
(jaathi) dalam setiap jenis.Di antara 35 ini, biasanya hanya sesetengah sahaja
digunakan dalam kebiasaan.

Berikut adalah di antaranya, dengan nama dalam tulisan Italic:

 4 - seperti dalam 1234 (eka).

 2+3 - seperti dalam 12123 (khanda chaapu), kadang-kadang dimainkan sebagai


4+6 (1122112233).

 2+4 - seperti dalam 121234 (roopaka).

 3+2+2 - seperti dalam 1231212 (thriputa).


 3+2+2 - seperti dalam 1231212 (misra chaapu), kadang-kadang dimainkan
sebagai 6+4+4 (11223311221122).

 4+2+2 - seperti dalam 12341212 (aadhi); ini merupakan pusingan irama yang
amat lazim.

 7+2+1 - seperti dalam 1234567121 (jhampa).

 5+5+2+2 - seperti dalam 12345123451212 (ata

Kategori: Alat-alat Muzik Karnatak


Alat-alat Muzik Yang Digunakan
Alat-alat muzik yang sering digunakan dalam persembahan Karnatak:
KANJIRA

Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini


mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri
daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7
hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi
seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempa

CHENDA
Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini
digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini
dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam
bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada
pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang
dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas
gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk
bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan
Chenda.

MRIDANGAM
Mridangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari diatas lantai. Seorang

pemain mridangam akan memukul selaput yang kecil dengan tangan kanannya
manakala memukul selaput besar dengan tangan kirinya. Mridangam di letakkan diatas
kaki kanan dan buku lali. Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan
dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam dan bertentangan dengan
badan pemain.
VENU
Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik
yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan

digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati
dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu
digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh
menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia.
Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan
membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam
persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini
tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi
terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang
terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat
daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada
kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang
terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA
Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan
sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati

yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat
India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal
di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini
dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati
veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.

Alat-alat muzik lain yang digunakan dalam persembahan karnatak terdiri daripada alat
muzik:
Mandolin Violin Tambura

Kategori: Alat-alat Muzik Karnatak

Anda mungkin juga menyukai