Anda di halaman 1dari 8

2.

4 Biosis

2.4.1 Jenis organisma dan kepentingan ekonomi

Hasil pembelajaran

1.      Memerihalkan jenis organisma.

2.      Menjelaskan kebaikan kebaikan dan keburukan organisma.

3.      Mentakrifkan parasit, saprofit, patogen dan vektor.

4.      Menjelaskan tanda-tanda umum penyakit dan serangan perosak.

5. Menerangkan jenis hubungan hidup : hubungan mikoriza dan


simbiosis.

Nota

Jenis organisma

Jenis organisma Ciri


·         Binaan ringkas
Virus ·         Hidup dalam sel hidup sahaja
·         Berbentuk polihedral, rod, spiral dan bebola
·         Mengarahkan sel perumah membentuk virus baru
·         Bersel tunggal
Bakteria ·         Berbentuk rod
·         Mempunyai flagelum (bebenang) untuk bergerak
·         Hidup sebagai parasit atau saprofit
·         Tidak mempunyai klorofil
Kulat ·         Hifa – menghasilkan spora, cara utama menyerang
tanaman
·         Saprofit
Nematod ·         Berbentuk selinder, licin tanpa segmen atau kaki
·       Mencucuk dan menghisap cecair tumbuhan
menggunakan spilet
·         Invertebrata
Serangga ·         Badan bersegmen – kepala, toraks dan abdomen
·        Mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua
pasang sayap
Rumpai ·         Persaingan mendapatkan cahaya, air , nutrien dan
ruang
2.4.2 Kepentingan ekonomi organisma

Kesan manfaat dan berbahaya organisma

Organisma Kesan manfaat Kesan berbahaya


·   Agen pengawal perosak ·      Agen penyebab penyakit
Virus ·   Menyerang larva rama- ·      Contoh penyakit merah
rama,kupu-kupu, kumbang, pada padi dan bintik cincin
belalang dan hama pada betik
·      Disebar kpd tumbuhan
sihat oleh
 Vektor seperti afid,
Lelompat daun, nematod dan
kulat
 Biji benih yang dijangkiti
virus
 Peralatan ladang tercemar
virus
 Pekerja yang bekerja
Diladang
·   Penguraian bahan organik  Serang/memasuki tanaman
·   Pengikatan nitrogen oleh melalui stoma, lentisel, bunga
Bakteria bakteria yang hidup bebas dan luka
spt Azotobacter dan  Dibawa oleh serangga atau
Rhizobium yang bersimbiotik disebar oleh biji benih
dengan pokok kekacang  Contoh penyakit
·   Penitratan oleh bakteria - Hawar daun(padi) oleh
Nitrobacter dan Nitrosomonas Xanthomonas spp
·   Bakteria Bacillus thuringiensis
adalah agen pengawal biologi

·  Agen pengurai bahan organik  Memasuki tumbuhan melalui


Kulat ·  Kulat mikoriza bersimbiotik luka, stoma, kutikel, dan
dengan akar pokok ru, jagung dan epidermis.
bawang.bantu akar tumbuhan  Contoh penyakit – reput batang
mengambil nutrien fosforus, bantu dan cendawan angin
biji benih orkid bercambah dan
hubungan kekal dengan akar
udara orkid.
·  Memerangkap nematod dalam
tanah
·  Mengawal serangga
·  Membantu mengurai bahan  Rembesan air liur mencedera
Nematod organik tisu akar
·  Mengawal serangga  Interaksi nematod dengan
·  Mengawal bakteria, kulat dan organisma lain
nematod lain  Pembawa virus
- Contoh penyakit bengkak akar
·  Membantu proses pendebungaan  Merosak tanaman
Serangga ·  Memperbaiki keadaan tanah  Membawa pelbagai penyakit
·  Pemangsa kepada perosak  Cth perosak padi-bena perang &
kelapa sawit-kumbang tanduk
 Jenis mulut menggigit dan
mengunyah seperti larva kupu-
kupu kumbang,lalat, kumbang
dewasa dan belalang
 Mulut mencucuk dan menghisap
seperti afid, bena hijau, teritip,
pianggang dan lelompat daun.

·  Mencegah hakisan tanah  Bersaing dengan tanaman untuk


Rumpai ·  Membekalkan makanan dan mendapatkan cahaya,air,ruang
tempat perlindungan musuh dan nutrien
semulajadi perosak  Hasil yang bercampur dengan
rumpai dan biji benih rumpai
merendah mutu hasil
 Tempat perlindungan perosak
dan penyakit tanaman

Tanda umum penyakit dan serangan perosak

Organisma Tanda
Virus  Mozek, daun kuning, corak bercincin,
pertumbuhan terencat dan daun berpilin

Bakteria  Bintik, layu, reput dan mati rosak

Kulat  Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan


karat

Nematod  Akar – bonggol, tercedera, bercabang


dan reput

Serangga  Daun berlubang dan buah rosak

Rumpai  Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut


2.4.3 Pengawalan organisma dan pengurusan perosak bersepadu

Hasil pembelajaran

1. Menjelaskan kaedah mengawal organisma.

2. Melakukan pengawalan organisma menggunakan kaedah kimia.

3. Mentafsirkan maklumat pada label racun kimia.

4. Menerangkan cara tindakan racun perut, sentuh, sistemik dan pewasap.

5. Membandingbeza kawalan kaedah kimia dengan kaedah biologi.

6. Menerangkan kaedah pengurusan perosak bersepadu.

7. Menerangkan konsep pengurusan perosak bersepadu.

Nota

Pengawalan Organisma

Masa
Graf 1
Aras populasi perosak

Rujuk Graf 1

a)         Aras keseimbangan am ( A )


- populasi perosak stabil, bilangan perosak masih berada pada paras tidak
berbahaya dan kawalan tidak diperlukan. Perosak dikawal oleh musuh
semulajadi seperti ular, burung hantu, labah-labah, mentadak dll
b)         Aras ambang ekonomi ( B )
- Aras penentu untuk bertindak melakukan kawalan berdasarkan aras
populasi perosak
c)         Aras kecederaan ekonomi ( C )
- Aras populasi telah mencapai tahap yang menyebabkan kerugian
- Kerosakan teruk, tidak boleh dikawal lagi
Kaedah Pengawalan Perosak

1.      Kaedah Fizikal


a)         Penggunaan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak

Kaedah Ciri-ciri
Sekatan Penggunaan jaring kalis serangga
mekanik          Kos rendah
         Mengurang penggunaan racun – 30 hingga 70%
         Cahaya dapat dikurangkan sebanyak 12%
         Sesuai untuk sayuran berdaun serta sayuran temperat
Sekatan Berdasarkan tingkahlaku perosak
tingkahlaku          terangsang oleh bunyi,cahaya, atau bau bahan kimia
         perangkap menggunakan bahan kimia penarik perosak dan cahaya
Perubahan          Suhu ,kelembapan, atau kandungan oksigen dipersekitaran perosak
Persekitaran diubah
Perosak          Contoh amalan :
o        Memaksa perosak keluar dari lubang dengan mengguna air
dan asap
o        Meningkatkan suhu antara 52°C hingga 54°C untuk
membunuh serangga perosak barang simpanan
o        Menyimpan bijirin dalam bekas kedap udara

2.      Kaedah Kultur

        Mengawal perosak tanpa menggunakan bahan kimia


        Caranya menghalang perosak mendapat makanan atau dedahkan perosak kepada
keadaan yang tidak sesuai
        Amalan- amalannya adalah seperti berikut :

i. Pemugaran tanah
         Perosak terdedah cahaya matahari terik
         Terdedah kepada pemangsa seperti burung
         Perosak mati terkena alat pemugar

    ii.         Menggilirkan tanaman


        Menanam tanaman berlainan pada tapak yang sama pada musim berlainan
secara bergilir-gilir
        Sesuai untuk perosak yang mempunyai perumah khusus
        Perosak mati bila punca makanan

                                 iii.       Varieti


resisten
        Tanam tanaman dari baka yang tahan serangan perosak dan penyakit
         Mengurangkan penggunaan racun serangga

     iv.      Penanaman campuran


         Menghadkan bekalan perosak
         Menanam tanaman penolak (repellant) seperti serai wangi
         Mengwujudkan banyak pemangsa

                                              v.      Amalan


penanaman yang baik
         Penggunaan biji benih bersih dan bebas dari penyakit
         Jarak penanaman yang sesuai
         Kebersihan lading
3.      Kaedah Biologi

 Penggunaan organisma lain seperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja
untuk mengurangkan populasi perosak.

 Bermula dengan pengenalan musuh semulajadi perosak dan diikuti kajian tentang
perumah musuh semulajadi

Agen Kawalan Biologi Untuk mengawal


Tebuan Cortesia plutellae Larva rama-rama Plutella xylostella di kebun
sayur
Bakteria Bacillus thuringiensis Larva dan rama-rama di kebun sayur
Burung hantu dan ular senduk Tikus di ladang kelapa sawit dan sawah
Pokok bunga tahi ayam (Tagetes sp) Beberapa jenis nematod
dan rembesan asparagus
Semut hitam koko Perosak lenggai koko(kepinding nyamuk)

 Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi

Kebaikan Kelemahan
         Mengurang masalah pencemaran          Perosak tidak dapat dihapus kesemuanya
alam sekitar          Pemangsa mungkin serang organisma
         Selamat digunakan oleh petani bermanfaat
         Mengurangkan kos pengurusan          Pemangsa tidak dapat mengawal semua
perosak untuk jangka panjang perosak
         Bilangan perosak lain mungkin meningkat
         Perlu pengetahuan teknik membiak
musuh semulajadi, ekosistem, ekologi dan
tabiat perosak atau pemangsa
         Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak
dan pemangsa perlu diketahui
         Kesan kawalan mengambil masa yang
lama

4.      Kawalan Kimia

Kelebihan Kelemahan
            Mudah digunakan          Mencemar alam sekitar
            Berkesan dengan cepat          Mencederakan tisu
            Dapat digunakan bila-bila masa          Mungkin membunuh pemangsa
            Mudah didapati di pasaran          Mengwujudkan perosak yang resistan
            Banyak perosak dapat dikawal terhadap racun
         Meninggal kesan bau dan rasa

Pengelasan racun perosak

a.             Racun perut


         Bentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan
         Digunakan sebagai umpan/sembur
         Membunuh apabila dimakan oleh perosak
         Contoh: Malathion (racun serangga), zink fosfida dan warfarin (racun
tikus)
b.             Racun sentuh
         Membunuh perosak apabila terkena perosak
         Memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu
sistem saraf
         Diguna dalam bentuk semburan kabus
         Contoh :
o        Racun serangga – karbaril, heptaclor, dan BHC
o        Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa
o        Racun rumpai – parakuat

c.             Racun sistemik


        racun disembur atau ditabur pada tanaman
        racun meresap ke seluruh tumbuhan menyebabkan seluruh tumbuhan beracun
kepada perosak
        contoh furadan( racun serangga)
         Benomil (racun kulat)

d.             Racun pewasap


         Membunuh perosak apabila tersedut masuk ke dalam respirasinya
         Contoh Metil bromida dan vapam

LANGKAH KESELAMATAN APABILA MENGGUNA RACUN KIMIA


 Gunakan racun kimia yang paling sesuai dengan sesuatu jenis perosak
 Baca maklumat pada botol atau bungkusan racun
 Sukat dengan tepat racun yang hendak digunakan
 Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum digunakan
 Jangan sentuh , hidu atau merasa racun kimia
 Gunakan kayu atau benda lain untuk membancuh bahan kimia
 Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur
 Pakai pakaian pelindung yang sesuai
 Bersih semua alat sebelum atau selepas digunakan
 Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat
 Simpan racun kimia ditempat selamat dan berkunci
 Tanam semua bekas dan sisa racun
 Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya berlaku kemalangan

5.      Kaedah Undang-undang

a.          Kuarantin
        Bahan tumbuhan yang di bawa masuk dari luar negara diperiksa, diuji dan disah
bebas dari perosak atau penyakit

b.          Penghapusan
         Tumbuhan atau bahan tanaman yang disahkan berpenyakit dimusnahkan
         Contoh penyakit hawar getah

c.          Peraturan
         Dikuatkuasakan oleh Akta Kuaranti Tumbuhan 1971 dan Peraturan Kuarantin
Tumbuhan 1981

d.          Pensijilan
         Biji benih yang di bawa masuk perlu mendapat sijil pengesahan bebas penyakit
         Akta Racun Makluk Perosak 1974- menetapkan peraturan kedai yang menjual
dan menyimpan racun
2.4.4 Pengurusan Perosak Bersepadu
1. Melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling
melengkapi seperti
         Penggunaan varieti resisten
         Pemantauan dan ramalan perosak
         Kawalan biologi
         Penggunaan kimia secara bijaksana

2.       Konsep pengurusan perosak bersepadu


         musuh semulajadi digalak bertambah
         jalankan kawalan kultur dan kimia secara terkawal
         mengguna pakai prinsip ekologi

3. Pengawalan perosak bersepadu masih belum berjaya sepenuhnya kerana masalah


         Kurang pengetahuan mengenai ekologi perosak
         Mengoptimum penggunaan sumber melalui pengurusan
ekosistem
          Teknik membiak semulajadi masih menghadapi masalah
          Kurang pengetahuan di kalangan petani

Organisma Takrif
Parasit         Organisma yang mendapat faedah
daripada perumah
Patogen         Organisma penyebab penyakit
Saprofit         Organisma yang bergantung hidup
pada perumah yang telah mati
Vektor         Organisma pembawa penyakit atau
perosak

Anda mungkin juga menyukai