Anda di halaman 1dari 28

HUKUM HIJAB ; KEBANYAKAN WANITA ENGKAR!

WANITA dijadikan oleh Allah Ta’ala dengan segala keindahan. Setiap


bahagian tubuhnya menjadi daya penarik kepada lelaki. Untuk
memelihara mereka daripada segala kerosakan dan gangguan, Islam
meletakkan hukum hijab keatas wanita.

Apabila disebut Hukum Hijab, kebanyakan kita akan terbayang wanita


bertudung atau berjilbab.  Tetapi ini Cuma sebahagian hukum  didalam
pengertian HUKUM HIJAB yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala.

Didalam Syari’at Islam, HUKUM HIJAB  adalah meliputi segala hukum


yang berhubung dengan batasan2 wanita didalam menghadapi lelaki
ajnabi (lelaki bukan muhrimnya) 

PERTAMA :  PERINTAH TINGGAL TETAP DI RUMAH

Seorang wanita beriman WAJIB tinggal tetap dirumahnya dan tidak


dibenarkan keluar rumahnya  kecuali ada urusan2 yang
mengharuskannya.   Ini berdasarkan perintah Allah Ta’ala :

‫َوقَ ْرنَ فِى بُيُوتِ ُكنَّ َوالَ تَبَ َّر ْجنَ تَبَ ُّر َج ا ْل َجـ ِهلِيَّ ِة االٍّولَى‬

 “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah


kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang
jahiliah zaman dahulu………….. “
[Al-Ahzab (33) : 33 ]
Zahir makna ayat ini ditujukan kepada isteri2 Nabi ‫صلى هللا عليه وسلم‬. 
Tetapi makna umumnya adalah di tujukan kepada seluruh wanita Islam
yang beriman. 

Berkata Qurtubi dalam mentafsirkan ayat…

‫وقرن في بيوتكن وال تبرجن تبرج الجاهلية األولى‬


Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah
zaman dahulu;

Berkata Al-Qurtubi:
Makna ayat ini menyuruh kaum perempuan sentiasa berada di rumah,
walaupun ayat ini dituju kepada isteri-isteri Nabi,  adalah sekalian
perempuan termasuk di dalam makna ayat ini.
Maka Allah menyuruh mereka itu tingal di rumah kerana hendak
memuliakan mereka itu. Allah juga melarang mereka tabarruj yakni
berhias bukan kerana suami,

Berkata Ibnu Kathir : 

Firman Allah “‫ ” وقرن في بيوتكن‬ertinya hendaklah mereka itu sentiasa


berada di rumah maka mereka itu tidak dibenarkan keluar kecuali
perkara yang penting.  Salah satu perkara yang disebut didalam ayat ini
adalah solat di Masjid selama mereka mematuhi syarat2nya
sebagaimana yang disebut  oleh junjungan Besar Nabi ‫صلى هللا عليه وسلم‬  :
«‫»اَل تَ ْمنَعُوا إِ َما َء هللاِ َم َسا ِج َد هللاِ َو ْليَ ْخرُجْ نَ َوهُ َّن تَفِاَل ت‬

(Jangan melarang mereka (wanita) pergi ke Masjid,  tetapi hendaklah


mereka pergi tanpa memakai wangi-wangian.) Menurut satu riwayat lain
:  “Walaubagaimana pun rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka”  

َ ٍّ‫َوالَ تَبَرَّجْ نَ تَبَرُّ َج ْال َجـ ِهلِيَّ ِة اال‬


﴿‫ول‬
(dan jangan tabarruj seperti di zaman jahiliyyah kamu)  Mujahid
Mengatakan :  Wanita lazimnya keluar rumah dan berjalan dihadapan
lelaki , dan ini adalah Tabarruj jahiliyyah.”

.'' Qatadah mengatakan : 


“Apabila mereka (wanita) keluar dari rumah mereka, mereka berjalan
tanpa perasaan malu dan didalam keadaan menggoda. Dan Allah
melarang demikian” 

Telah bercerita Sa’lab dan lainnya:

‫أن عائشة رضي هللا عنها كانت إذا قرأت هذه اآلية تبكي حتى تبل خمارها‬.
Sesunguhnya Aisyah menangis apabila dibacakan ayat ini kepadanya
sehinga basah tudung kepalanya.
Telah berkata orang yang meriwayatkan cerita ini:
Demi Allah tidak keluar Aisyah dari pintu biliknya sehinga dikeluarkan
mayatnya.

Berkata Ibnu A’tiyyah:


Aisyah menangis kerana musafirnya pada hari perang jamal, yang mana
telah berkata Ammar kepadanya “sesungguhnya Allah telah
memerintahkan kamu tinggal tetap di rumah.

Seluruh keterangan di atas memberikan penjelasan dan amaran kepada


wanita2 beriman supaya tetap tinggal didalam rumah mereka kecuali
perkara2 yang mengharuskan mereka keluar :

Tujuan2 yang mengharuskan seseorang wanita keluar rumah


adalah :

(1)   Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Ain.   

Iaitu untuk tujuan menuntut Ilmu yang perlu bagi dia untuk menunaikan
kewajipan sebagai seorang beriman.   Ilmu ini meliputi Fiqh, Tauhid dan
Tasawwuf.

Imam Ghazali menyebut bahawa jika seorang suami boleh mengajar


isterinya Ilmu Fardhu ‘Ain, maka haram bagi dia keluar rumahnya untuk
belajar di tempat lain.

(2)    Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Kifayah yang manfaatnya


diperlukan oleh wanita.

Ini adalah ilmu Fardhu Kifayah seperti Ilmu perubatan, kedoktoran,


jururawat , perguruan dan sepertinya yang sangat diperlukan untuk
kebaikan golongan  wanita.

(3)   Untuk tujuan perubatan.


(4)   Untuk tujuan berjual beli yang diharuskan. 

(5)   Untuk tujuan menyara hidup. (jika tiada yang memberi  nafkah


untuk hidupnya)

(6)   Untuk tujuan2 lain yang tidak boleh tidak memerlukan


kehadirannya menurut pandangan syara’. 

KEDUA :  PERINTAH MENUTUP AURAT - MELABUHKAN


JILBAB KE SELURUH TUBUH. 

Apabila seorang wanita keluar rumahnya (kerana suatu hajat yang


diizinkan syara’) atau ketika berhadapan lelaki bukan muhrimnya kerana
(suatu hal yang diizinkan syara’), WAJIB atas dia menutupi seluruh
tubuhnya dengan jilbab (pakaian luar yang labuh) sebagaimana perintah
Allah Ta’ala : 

َ ِ‫ًّ ْز َو ِج َك َوبَنَـتِ َك َون‬d‫يأَيُّ َها النَّبِ ُّى قُل ًالـ‬


َ‫سآ ِء ا ْل ُم ْؤ ِمنِينَ يُ ْدنِينَ َعلَ ْي ِهنَّ ِمن َجلَـبِيبِ ِهنَّ ذلِ َك أَ ْدنَى أَن يُ ْع َر ْفن‬
ً ‫فَالَ يُ ْؤ َذيْنَ َو َكانَ هَّللا ُ َغفُوراً َّر ِحيما‬ 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu
serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan
jilbabnya (pakaian labuh diluar)  bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan
itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  [Al-Ahzab (33)  : 59]  
َ ‫وج ُهنَّ َوالَ يُ ْب ِدينَ ِزينَتَ ُهنَّ إِالَّ َما‬
‫ظ َه َر ِم ْن َها‬ َ ‫صـ ِر ِهنَّ َويَ ْحفَ ْظنَ فُ ُر‬ َ ‫ضنَ ِمنْ أَ ْب‬ ْ ‫ض‬ ُ ‫ت يَ ْغ‬ ِ ‫َوقُل لِّ ْل ُم ْؤ ِمنَـ‬
َّ‫ض ِر ْب َـن بِ ُخ ُم ِر ِهنَّ َعلَى ُجيُوبِ ِهنَّ َوالَ يُ ْب ِدينَ ِزينَتَ ُهنَّ إِالَّ لِبُ ُعولَتِ ِهنَّ أَ ْو َءابَآئِ ِهنَّ أَ ْو َءابَآ ِء بُ ُعولَتِ ِهن‬ ْ َ‫َو ْلي‬
‫سآئِ ِهنَّ أَ ْو َما‬ َ ِ‫أَ ْو أَ ْبنَآئِ ِهنَّ أَ ْو أَ ْبنَآ ِء بُ ُعولَتِ ِهنَّ أَ ْو إِ ْخ َوانِ ِهنَّ أَ ْو بَنِى إِ ْخ َوانِ ِهنَّ أَ ْو بَنِى أَ َخ َوتِ ِهنَّ أَ ْو ن‬
ِ ‫الر َجا ِل أَ ِو الطِّ ْف ِل الَّ ِذينَ لَ ْم يَ ْظ َه ُرو ْا َعلَى ع َْو َر‬
‫ت‬ ِّ َ‫َملَ َكتْ أَ ْي َمـنُ ُهنَّ أَ ِو التَّـبِ ِعينَ َغ ْي ِر أُ ْولِى ا ِإل ْربَ ِة ِمن‬
َ‫ض ِربْنَ بِأ َ ْر ُجلِ ِهنَّ ِليُ ْعلَ َم َما يُ ْخفِينَ ِمن ِزينَتِ ِهنَّ َوتُوبُو ْا إِلَى هَّللا ِ َج ِميعا ً أَ ُّيهَ ا ْل ُم ْؤ ِمنُون‬ ْ َ‫سآ ِء َوالَ ي‬ َ ِّ‫الن‬
َ‫لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِ ُحون‬

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman


supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara
mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.”  
[An-Noor (24) : 31]
Sabda Rasulullah      ‫صلى هللا عليه وسلم‬

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan


digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka
adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat
Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah     ‫ رضي هللا عه‬  bahawa Asma’ binti Abi Bakr
datang menemui Rasulullah    ‫ صلى هللا عليه وسلم‬  dengan berpakaian
nipis. Rasulullah  berpaling daripadanya seraya bersabda :

“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak


boleh dilihat kecuali ini” Baginda lalu menunjuk kepada muka dan
dua tapak tangan baginda " (Abu Daud)

Batas aurat wanita dihadapan ajnabi (bukan muhrim)

Ulama2 dahulu dan juga sekarang berbeza pendapat mengenai perintah


Allah pada erti “jangan perlihatkan perhiasan”   dan “kecuali yang zahir
padanya”.  

Jumhur Ulama mengatakan aurat wanita dihadapan lelaki  ajnabi (bukan


muhrim) adalah seluruh tubuhnya  kecuali muka dan tapak tangannya.
Syarat2 pakaian wanita dihadapan lelaki ajnabi

Beradasarkan ayat2 di atas dan juga hadis2 Nabi, pakaian muslimah


wajib menepati syarat2 pakaian seorang wanita beriman iaitu. pakaian
luar atau disebut “jilbab” wajib menepati syarat2 nya :

1..Jilbab itu wajib dilabuhkan dan menutupi seluruh tubuhnya iaitu dari
kepala, tengkuk, dada dan kebawah sampai hujung kakinya (dan
termasuk kakinya.)
(yang dikecualikan daripada menutupnya hanya muka dan tapak tangan)

2. Jilbab itu  longgar/ tidak  menampakkan bentuk tubuh.

3. Jilbab itu  tebal / tidak nipis sehingga ternampak kulitnya.

4. Jilbabnya tidak mengandungi hiasan yang menarik perhatian.


Sebaik2nya warna suram yang tidak menarik perhatian lelaki.  

5. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian lelaki.

6. Pakaiannya tidak menyerupai pakaian wanita fasiq.

Catitan penting untuk renungan :

1. Memakai seluar panjang (didalam jilbab)  adalah sangat di galakkan


untuk Muslimah memakainya agar lebih terjaga ketika  suatu keadaan
yang tidak dijangka seperti jilbab terselak ketika berjalan  atau ketika
menaiki tangga.   Muslimah yang memakainya (seluar panjang didalam
pakaian jilbabnya) adalah dikatakan mendapat Rahmat Allah.  Sabda
Rasulullah     ‫ صلى هللا عليه وسلم‬  :

 “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar (di


sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu
Hurairah)” 

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada


seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya
di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi     ‫صلى‬
‫ هللا عليه وسلم‬    memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata
dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai  Rasulllah   ‫صلى هللا عليه‬
‫ وسلم‬  memuji dan menyebut hadith di atas. 

2. Ditegah keras memakai make-up muka, gincu dsb. ketika keluar


rumah atau ketika tetamu bukan muhrim datang ke rumah.  Kerana ianya
termasuk “hiasan yang wajib dilindungi” atau tidak boleh diperlihatkan
melainkan kepada suami atau muhrimnya.  (Ibnu Abbas kecualikan
cincin dan celak)

3. Malapetaka besar akhir zaman!

Kebanyakan wanita muslimah zaman ini mengengkari perintah Allah


mengenai adab berpakaian ini. Tiga unsur penting yang membawa
kepada penentangan ini adalah :
1.   Kebanyakan wanita ini memakai berbagai fesyen yang ketat
memperlihatkan bentuk tubuh  tubuh.  
2.   Pakaian mereka terlalu nipis sehingga terlihat kulit di bawahnya. 
3.   Menyerupai pakaian wanita fasiq.
4.   Menyerupai pakaian lelaki.  

Wanita2 yang memakai pakaian tetapi pakaian tersebut ketat pada


pinggang, menampakkan bentuk buah dada dsb adalah termasuk wanita2
yang di kutuk dan tidak akan masuk syurga.    Wanita2 berkelakuan
seperti ini  bukan sahaja melanggar perintah Allah tetapi juga
menyebabkan lelaki mendapat dosa kerana memandangnya.  Dengan
sebab itu maka bertambah2 lah dosanya sebanyak mana orang lelaki
yang melihatnya.   Cuba bayangkan dosa yang dibuat oleh wanita ini
setiap hari.  Beribu2 mata memandang dan mendapat dosa.  Saham dosa
ini menghinggapinya dengan tidak berkurang daripada orang2 yang
melihatnya!!!

Sebab itu amaran sangat keras daripada Nabi    ‫ صلى هللا عليه وسلم‬  :  

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu: Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang
mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); dan
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang
cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang
lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta.
Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan
mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Dizaman kita, inilah satu malapetaka besar.  Wanita2 muslimah tanpa
segan silu memakai pakaian ketat, menampakkan tubuh seolah2 sudah
menjadi tradisi ;  mereka berhimpun di tepi jalan, disekolah, di pusat
pegajian tnggi,  di pusat beli belah,  majlis2 perkahwinan -  dimana saja
dengan berbagai fesyen pakaian ketat setengahnya menyerupai lelaki
dan setengahnya menyerupai pakaian wanita2 fasiq…..keadaan ini
sungguh menyedihkan dan membimbangkan!!!

Sebahagian lagi wanita seolah2 mempermainkan hukum Allah mengenai


perintah menutup aurat ini.  

-   Bertudung tetapi terbelah kainnya.


-   Bertudung tetapi memakai baju yang menampakkan bentuk buah
dadanya. 
-   Bertudung tetapi terbelah baju pada lehernya.
-   Bertudung tetapi kain singkat sehingga betis
-   Bertudung tetapi memakai seluar jeans yang ketat hadapan dan
belakangnya.

Media, majalah, s.khabar pula mengambil kesempatan menayangkan


wajah2 wanita seperti di atas sebagai  bahan pelaris mengaut
keuntungan!
Mengapa terjadi demikian?

Adakah mereka tidak tahu?


Adakah mereka ini bodoh tidak berpelajaran?
Adakah ibubapa yang bersalah?
Apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin2 yang memerintah? 

Dan pertanyaan terakhir untuk renungan bersama….. siapa wanita2 ini?  


Mereka adalah ibu, mereka adalah anak, mereka adalah saudara kepada
kita semua.!

Wal hasil apabila keruntuhan akhlak dikalangan wanita berlaku, apabila


mereka tiada lagi sifat malu,  apabila mereka berkeliaran seperti haiwan
ternakan yang tiada peraturan maka itu tandanya masyarakat akan
binasa, negara2 akan runtuh,  dunia menuju kebinasaannya!

Siapa2 yang mempunyai hati, siapa2 yang mempunyai Iman, siapa2


yang percaya pertemuan mereka dengan Tuhan Rabbul Jalil, tolonglah
selamatkan baki yang tesisa!

KETIGA :  PERINTAH TUNDUKKAN PANDANGAN

Asal hukumnya atas wanita adalah ; Allah Ta’ala memerintahkan wanita


tetap didalam rumahnya dan hanya membenarkannya  keluar apabila ada
keperluan yang di izinkan syara’. (seperti yang telah dibicarakan
dahulu).

Apabila dia terpaksa keluar untuk sesuatu urusan yang di izinkan syara’,
maka Wanita Islam diperintahkan oleh Allah Ta’ala untuk menundukkan
pandangan mereka daripada memandang lelaki yang bukan muhrim atau
sesuatu yang lain yang diharamkanNya.    Firman Allah Ta’ala :

َ ‫ضنَ ِمنْ أَ ْب‬


َّ‫صـ ِر ِهن‬ ِ ‫َوقُل لِّ ْل ُم ْؤ ِمنَـ‬
ُ ‫ت يَ ْغ‬
ْ ‫ض‬

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman


supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang lelaki
ajnabi atau lain2 yang haram)…..”
[An-Noor (24) : 31]

Dari Tafsir Ibnu Kathir,

Wanita dilarang melihat kepada seorang lelaki selain dari suaminya. 


Sebahagian Ulama mengharuskan melihat lelaki bukan muhrimnya
tanpa syahwat. "

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah 


‫صلى هللا عليه وسلم‬  :

Apakah yang harus aku lakukan jika aku tidak sengaja


memandang?
Jawab Baginda: 'Palingkanlah pandanganmu itu'. (Ahmad,
Muslim, Abu Dawud, dan Thirmidhi)
      
Rasulullah ‫صلى هللا عليه وسلم‬  bersabda : “

"Ya Ali, jangan di ikuti pandangan yang kedua setelah pandangan


pertama.  Pandangan pertama dimaafkan tetapi tidak pandangan
yang kedua."
(Ahmad, Abu Dawud, Tirmdihi)

Hadis ini memberi penejalasan kepada ayat di atas bahawa pandangan


pertama seorang lelaki kepada wanita dan sebaliknya adalah dimaafkan. 
Tetapi hendaklah dialihkan pandangan tersebut  segera tanpa lama
memandang.   Tetapi pandangan ke 2 dan seterusnya adalah dilarang.
Tegahan ini berlaku samada wanita itu menutup aurat dengan sempurna
ataupun tidak ; sama saja hukumnya.   Kerana walaupun seorang wanita
telah menutup auratnya dengan sempurna, pandangan yang berterusan
padanya akan membawa kepada fitnah kepada hati.  Demikian juga
sebaliknya walaupun seorang lelaki telah menutup auratnya dengan
sempurna (jarang lelaki kelihatan tededah auratnya dijalanan), wanita di
larang melihat kepadanya.  Inilah maksud perintah Allah dan penjelasan
hadis Nabi. 

KE EMPAT : LARANGAN LEMBUTKAN SUARA.

Apabila seorang wanita terpaksa bertemu seorang lelaki bukan


muhrimnya untuk suatu tujuan yang diizinkan syara’ maka wajib dia
kasarkan suara dia /tidak bercakap lembut, manja atau menggoda.!
Tentang ini Allah Ta’ala memberikan peringatan melalui KalamNya : 

ٌ ‫ضعْنَ بِا ْلقَ ْو ِل فَيَ ْط َم َع الَّ ِذى فِى قَ ْلبِ ِه َم َر‬


‫ض‬ َ ِّ‫ستُنَّ َكأ َ َح ٍد ِّمنَ الن‬
َ ‫سآ ِء إِ ِن اتَّقَ ْيتُنَّ فَالَ ت َْخ‬ ْ َ‫سآ َء النَّبِ ِّى ل‬
َ ِ‫ين‬
ً ‫َوقُ ْلنَ قَ ْوالً َّم ْع ُروفا‬

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-


mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu
janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa
bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh
menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah
dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).  
[Al-Ahzab, (33) : 32]
Imam Qurtubi mentafsirkan :
“Suara begini (suara lemah lembut manja) akan menjadikan
orang2 lelaki munafiq dan ahli ma’siat berfikir jahat.

Imam Ibnu Kathir mengatakan :


“Ini adalah adab2 yang baik yang diperintahkan oleh Allah keatas
isteri2 Nabi agar mereka menjadi contoh kepada wanita2 Ummah
ini.” (iaitu perintah ini adalah untuk seluruh kaum wanita Islam)

Selain dari tegahan melembutkan dan memanjakan suara di hadapan


lelaki,  Perintah Allah Ta’ala ini juga  menjadi dalil Ulama2 menetapkan
hukum bahawa wanita di larang memperdengarkan nyanyian di hadapan
lelaki bukan muhrim samada ianya berbentuk keagamaan atau lainnya, 
samada wanita itu menutup aurat atau tidak.  Hukumnya sama ;  tetap
haram. 

Al-Murtadha Al-Zabeedi, seorang sufi ternama,  didalam komentarnya


kepada Ihya Imam Al-Ghazali,  menyebutkan begini :

"A group of Scholars have distinguished between the singing of


males and females. Listening to the singing of non-Mahram women
has been declared by them as Haram, and the listening to the
singing of Mahram women is deferred upon. Qadi Abu Tayyib al-
Tabari said: If the singer is a non-Mahram female, then it will not
be permissible for men to listen to her. This ruling will apply,
regardless of whether the woman is with or without Hijab"  (Ithaf
Al-Sadat Al-Muttaqeen:6, P:501).

Ibn Humam menyebut didalam Fath Al-Qadir, menukil dari an-


Nawazil :

 "Suara lembut berirama dari seorang wanita dan nyanyiannya


adalah awrah.  Inilah sebabnya dia lebih baik mempelajari Al-
Qur’an daripada seorang guru wanita  daripada mempelajarinya
daripada seorang lelaki yang buta,  kerana bacaannya  yang
berirama adalah awrah.   Rasulullah     ‫صلى هللا عليه وسلم‬  bersabda :
“Bacaan tasbih adalah bagi lelaki dan tepuk tangan bagi wanita.”
(iaiti ketika Imam solat telah tersilap didalam solatnya, lelaki akan
membaca Subhanallah sementara wanita hanya dibenarkan tepuk
tangannya.)”     [Fath al-Qadir, V:1, p:260).

Shaikh Wahbah al-Zuhayli berkata : 


"Adakah haram mendengar suara wanita berupa  irama dan
alunan suara lembut,  walaupun ianya dari bacaan Al_Qur’an” 
('al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu)

KE LIMA : LARANGAN TABARRUJ (MEMPERLIHATKAN


KECANTIKAN) DAN MEMAKAI HARUMAN /WANGI-
WANGIAN

Apabila seorang wanita keluar dari rumahnya wajiblah dia menjaga


dirinya daripada memperlihatkan kecantikannya kepada lelaki ajnabi. 
Ini perintah Allah:

‫َوالَ تَبَ َّر ْجنَ تَبَ ُّر َج ا ْل َجـ ِهلِيَّ ِة االٍّولَى‬

“Dan janganlah kamu tabarruj (mendedahkan perhiasan


diri)seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman
dahulu”  [An-Noor (33) : 33]

Larangan memperlihatkan perhiasan membawa maksud kepada tiga


bahagi :

1.)   Perhiasan tubuh badan yang asal iaitu kecantikan yang asli.


2.)   Perhiasan tambahan seperti hiasan pada pakaian,  anting2, rantai
leher,  solekan pada pipi, gincu, wangi2an  dsb
3.)   Pergerakan tubuh yang lemah gemalai dan menggoda

Dari Tafsir Ibnu Kathir : 

“Dan jangan bertabarruj seperti tabarruj zaman jahilyyah”   


Mujahid berkata : “Wanita gemar berjalan dihadapan lelaki dan
ini dinamakan tabarruj seperi zaman jahiliyyah”

Qatadah mengatakan : 
Apabila mereka keluar dari rumah,  mereka berjalan tanpa
perasaan malu dan didalam keadaan menggoda orang lain. Dan
Allah Ta’ala melarang demikian.”

Muqatil bin Hayyan menyebut: 


Tabarruj ialah apabila seorang wanita memakai “Khimar” 
menutup kepalanya tetapi dia tidak menutupnya dengan sempurna,
ini menyebabkan rantainya, subang dan leher – semua ini boleh
dilihat oleh orang.”
(tamat petikan tafsir)

Semu jenis perhiasan samada kecantikan asli pada tubuh atau kecantikan
disebabkan perhiasan tambahan seperti alat solek, haruman dan wangian
, maka semua ini di tegah diperlihatkan kepada bukan muhrimnya.

Dari Abu Musa al Asy’ari ‫ رضي هللا عه‬berkata, Rasulullah    ‫صلى هللا عليه‬
‫وسلم‬    bersabda:

“Tiap-tiap wanita yang menggunakan harum-haruman kemudian


keluar melewati sekelompok kaum supaya dicium baunya oleh
kaum itu, maka dia adalah seorang wanita penzina (pelacur) dan
setiap mata yang memandangnya juga telah (ikut) melakukan zina
(berzina).” (An-Nasai)

Hadits yang lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ‫رضي هللا عه‬  Rasulullah
‫صلى هللا عليه وسلم‬  bersabda:

“Siapa saja wanita yang terkena asap wangi-wangian, maka jangan


ikut bersama kami untuk melakukan shalat Isya’ pada akhir
malam.” (Muslim)
Dari Abu Hurairah, bahwa ia suatu saat bertemu dengan seorang
wanita yang tercium olehnya bau wangi-wangian, dan di bagian
belakang pakaiannya terdapat kain yang menyapu tanah. Abu
Hurairah berkata, “Wahai amah (hamba) al-Jabbar, apakah
engkau datang dari masjid?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Abu
Hurairah berkata lagi, “Apakah untuk-Nya engkau memakai
wangi-wangian?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Kemudian Abu
Hurairah menjelaskan, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah 
‫ صلى هللا عليه وسلم‬bersabda:

“Tidak akan diterima shalat seorang wanita yang memakai wangi-


wangian dalam masjid ini, sehingga ia kembali dan mandi seperti ia
mandi janabah (junub).” (Abu Dawud)

Demikian beratnya perbuatan dan dosa wanita yang berhias memakain


wangian2 ketika dia keluar dari rumahnya.  Mengapa Nabi  ‫صلى هللا عليه‬
‫ وسلم‬begitu tegas memberi amaran terhadap perkara ini sehingga
dikaitkan sebagai wanita pezina dan pelacur?    Ini kerana perbuatan
memakai wangian, solekan dsb ketika keluar rumahnya adalah perbuatan
pezina2 dan pelacur pada zaman jahilyyah. Mereka berbuat bagitu untuk
menarik perhatian lelaki.   Maka wanita2 yang meniru perbuatan mereka
adalah tergolong kepada wanita2 pezina dan pelacur.  

Tidak dinafikan wangi2an dan haruman yang dipakai oleh wanita


memberikan kesan yang sangat kuat pada hati lelaki yang mencium
baunya sehingga mendorong kepada perbuatan zina, sekurang2 nya dia
telah berbuat zina mata dan zina hati.  
KE ENAM : LARANGAN HENTAK KAKI DAN  LARANGAN
BERJALAN DI TENGAH2 JALAN.

Firman Allah :

“ 
َّ‫ض ِربْنَ بِأ َ ْر ُجلِ ِهنَّ لِيُ ْعلَ َم َما يُ ْخفِينَ ِمن ِزينَتِ ِهن‬
ْ َ‫َوالَ ي‬

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang


akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…..” [An-Noor
(24) : 31]

Mentafsirkan ayat ini, berkata Ibnu Kathir,


“Pada zaman jahiliyyah apabila wanita berjalan keluar dan tiada siapa
mendengar, mereka akan menghentak kaki agar lelaki mendengar bunyi
gelang kaki mereka. Allah melarang wanita beriman berbuat demikian. 
Demikian juga jika mereka memakian perhiasan lain (seperti gelang,
anting2 dsb) mereka di tegah melakukan pergerakan2   yang boleh
memperlihatkan hiasan yang mereka pakai itu.    

Juga mereka ditegah memakai wangian apabila mereka keluar rumah,


agar wangian mereka di cium oleh lelaki.  Abu Isa At-Tirmizi    ‫رضي هللا‬
‫عه‬  melapurkan Abu Musa    ‫ رضي هللا عه‬, Rasulullah  ‫صلى هللا عليه وسلم‬
bersabda : 

”Setiap mata melakukan kekejian dan perzinaan, apabila seorang wanita


memakai wangian dan melintasi himpunan manusia, maka dia adalah
demikian dan demikian…(iaitu wanita pezina).    Beliau berkata,
terdapat satu riwayat hamper serupa dan ianya Hasan Sahih.    Hadis ini
juga di kemukakan oleh Abu Dawud dan An-Nasai.   

Mengambil I’tibar dari ini, wanita juga dilarang berjalan di bahagian


tengah2 jalan kerana ini adalah sebagai mempamirkan diri kepada orang
ramai yang tidak diperlukan.  Abu Dawud melapurkan Abu Usayd Al-
Ansari berkata, beliau mendengar Rasulullah ‫ صلى هللا عليه وسلم‬bersabda : 

” Kalian tidak dibenarkan berjalan di bahagian tengah jalan tetapi 


hendaklah sentiasa berjalan dibahagian tepi jalan.”
(tamat petikan Tafsir)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ‫ رضي هللا عه‬:  Rasulullah ‫صلى هللا عليه وسلم‬ 
bersabda,

“Tidak boleh bagi wanita berjalan di jalan bagian tengah”. Hadits


Hasan. 
( Ibnu Hibban, Al Baihaqi) 

Tujuan dari perintah Allah dan Rasul ini adalah supaya terpelihara 
kehormatan para wanita yang baik2 serta membezakan mereka dari
wanita2 fasiq yang suka bergaul bebas dengan lelaki.  

Ulama2 mengambil I’tibar dari perintah ini ; iaitu jika wanita dilarang
bergaul dengan lelaki di tengah jalan / dikhlayak ramai, maka lebih2 lagi
tegahan ini wajib di patuhi ketika mereka berkumpul  didalam rumah
atau suatu perhimpunan.
KE TUJUH :  PERINTAH MEMINTA SESUATU DARI
BELAKANG HIJAB

Firman Allah Ta’ala :

َّ‫ب َذلِ ُك ْم أَ ْط َه ُر ِلقُلُوبِ ُك ْم َوقُلُوبِ ِهن‬ ْ ‫سأ َ ْلتُ ُموهُنَّ َمتَـعا ً فَا‬
ٍ ‫سـَلُوهُنَّ ِمن َو َرآ ِء ِح َجا‬ َ ‫َوإِ َذا‬

“dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-
isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara
yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan
kamu…..[Al-Ahzab (33) : 53]”

Dari Tafsir Ibnu Kathir,

Maksud ayat ini, sebagaimana kamu dilarang sama sekali


memandang kepada mereka. Jika salah seorang kamu memerlukan
sesuatu, dia jangan melihat mereka tetapi mintalah dari sebalik
tabir.”  

Dalam keadaan yang serupa, apabila ada suatu keperluan kepada wanita,
lelaki adalah di perintah memintanya dari belakang tabir.  Perintah ini
bermaksud apabila ada pertemuan di antara wanita dan lelaki ajnabi
kerana suatu keperluan yang diizinkan syara’,  maka wajib dipisahkan
tempat duduk mereka dan diadakan tabir antara mereka.   Dengan
melakukan demikian, terpelihara pandangan dan hati masing2 daripada
melakukan kemungkaran.
Di zaman Rasulullah ‫صلى هللا عليه وسلم‬,  walaupun wanita dibenarkan solat
jemaah di Masjid namun mereka di pisahkan jauh daripada saf2 lelaki.
Bahkan Nabi menyebut saf yang paling afdhal bagi wanita adalah saf
yang paling belakang.

Didalam Sahih Bukhari,  Ibnu Abbas ‫ رضي هللا عه‬ meriwayatkan,


pada Solat Hari Raya Rasulullah ‫ صلى هللا عليه وسلم‬akan memberikan
khutbah kemudian Baginda akan memberikan khutbah yang sama
kepada kepada golongan wanita.

Ibnu Hajar Asqalani menyebut didalam Fathul Bari, mensyarahkan


Hadis ini, “Rasulullah pergi kepada golongan wanita secara berasingan
menunjukkan para wanita ini di himpun secara berasingan dari lelaki
dan tidak bercampur.”  (Fathul Bari) 

Aisyah ‫ رضي هللا عه‬meriwayatkan seorang wanita menghulurkan


tangannya dari sebalik tabir untuk menyerahkan sekeping kertas kepada
Nabi ‫ صلى هللا عليه وسلم‬segera menarik tangan Baginda dan berkata, 

“Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau tangan wanita.”
Aisyah ‫رضي هللا عه‬, mengatakan ia adalah tangan wanita.” (Riwayat
Abu Dawud)

Ulama menarik kesipulan : Apabila ada pertemuan antara lelaki dan


wanita di suatu tempat, maka wajib di pisahkan mereka dan di adakan
tabir antara mereka.  
Ibn Hajr Asqalaani Ibn Hajr Asqalaani ‫ رضي هللا عه‬berkata, 
“Lelaki dan wanita di  larang  bercampur gaul di tengah jalan,
maka betapa sepatutnya pergaulan demikian di tegah berlaku
didalam rumah?  (Fathul Bari)

MASALAH WANITA ZAMAN INI YANG SERING DI AJUKAN :


APA PERLU BERCAKAP HUKUM2 HIJAB KALAU  KITA TAK
DAPAT BUAT.

Ini persoalan dari beberapa hamba Allah (sebahagiannya ustaz/ustazah)


;  kenapa perlu kita becakap tentang2 hukum2 hijab berjela2 sedangkan
semua itu bukannya praktikal,  dan kita sendiri tak boleh buat?

Sebagai contoh kata mereka:

1.   Sekolah /universiti sekarang semuanya campur lelaki perempuan.


Kita cakap soal hijab pun tak guna. Sebab kita sendiri tak boleh buat.
Takkan kita nak berhenti belajar.???  

2.   Guru/pensyarah wanita sekarang semuanya bersolek, pakai macam2


perhiasan bila pergi mengajar.  Tak boleh elak dah zaman ni.  Kalau kita
kempen hukum hijab pun, kalau kita tak boleh buat apa guna.
3.   Kita kempen saja suruh tundukkan pandangan. Sedangkan kita
sendiri tak boleh buat.   Ini tak boleh pakai lagi zaman ni sebab tiap2
hari kena tengok perempuan.

4.   Tempat kerja semuanya campur lelaki perempuan. Sesekali kena


tegur juga. Kena gurau juga. Kalau tidak orang kata sombong.

5.   Negara kita ni udaranya lembap.  Jadi kenalah pakai wangi2an sikit.


Ini tak boleh elak lagi.   Kalau tidak orang komen busuk.  

6.   Zaman ini semua orang pakai media elektronik.  Bercinta2 dalam


chatting ini tak boleh elak. Apa masalahnya kita gurau2 dalam chatting,
bukannya ada suara pun.

7.   Kebanyakan lelaki/wanita sekarang sudah biasa dengan bercinta


dahulu sebelum kahwin.  Apa nak dihairankan!

Jadi, kata mereka, “Tak payahlah nak kempen lebih2 sangat.  Zaman ni
semua da berubah.  Hukum hijab ni susah kita nak amal.  Cakap
bolehlah,   cuba buat tengok, boleh tak boleh”

Alhamdulillah…..satu pengakuan jujur dari orang2 Islam akhir zaman


ini.  Anehnya sebahagian yang bersuara seperti in adalah mereka yang
bergelar ustaz./ usatazah.  !!!  

Komen kita begini .....!

1.   Sesiapa yang di bukakan oleh  Allah Ta’ala, akan melihat betapa


beratnya hukuman dan balasan akhirat berbanding sedikit kepayahan
dunia.
2.   Kewajipan kita adalah menyampaikan da’wah dan seruan agama
yang benar kepada semua, tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Sesiapa yang takut kepada Allah akan segera menyahut.  Sesiapa yang
ada penyakit dalam hati, akan berpaling - memberi seribu alasan.

3.   Kita wajib melaksanakan semua hukum sedaya upaya tanpa


memberi peluang kepada Iblis  memasukkan jarum hasutan dia walau
sedikit.  

4.   Boleh dikatakan semua institusi pengajian, perbankan, perniagaan,


syarikat2 semuanya amalkan system yang bertentangan dengan hukum
Allah, sehingga terlalu sukar untuk kita amalkan Islam.  

5.   Mereka2 yang di paksa atau terpaksa melakukan sesuatu kerana


suasana system jahiliyyah telah meratai dunia, umpamanya tiada pilihan
lain melainkan menuntut di universiti yang tidak amalkan system Islam
maka banyak2lah bertaubat kepada Allah.  Jauhilah semua
kemungkinan2 yang boleh membawa kepada kemungkaran.  Tiada siapa
pun suruh kalian meninggalkan tempat belajar. 

6.   Adakah disebabkan kita menuntut di universiti yang bercampur


lelaki wanita, kita lupakan semua adab dan hukum.  Bukankah di sana
banyak lagi bahagian lain yang boleh diselamatkan.   Contohnya
mengapa cari kawan lelaki/wanita untuk belajar, yang pastinya akan
berakhir dengan berbagai zina?

7.   Mengapa pula guru2 /pekerja mesti pakai alat solek dan berhias?
Mereka yang menggunakan alasan bau badan untuk memakai wangi2an
adalah mereka yang mengambil kesempatan untuk melanggar hukum.
Banyak cara  untuk mencari jalan keluar kalau kita benar2 beriman.

8.   Adakah disebabkan berlaku percampuran lelaki/wanita


pejabat/syarikat/tempat kerja, kita abaikan terus hukum2 hijab.?   

Kesimpulan :
Islam itu sangat indah.   Al-Qur’an dan Hadis Nabi sudah pun
menjelaskan segala hukum hakamnya.  Yang halal tetap halal. Yang
haram tetap haram.  Jangan sesiapa pun cuba mengubahnya.  Jangan
sesekali rela dengan segala kemungkaran, kefasikan dan kemungkaran.
Rela hati dengan kemungkaran dan kefasikan adalah kekufuran dan
menjatuhkan seseorang menjadi MURTAD. Wal Iyazubillah!
Setiap keuzuran kerana tiada upaya kita melawan hukum2 jahilyah,
wajiblah  kita taubat atasnya.  Kerana hakikatnya tiada apa pun alasan
untuk kita melakukan kemungkaran.!  Semua itu adalah kelemahan dan
kekurangan diri kita yang lemah tidak berdaya.  Kita wajib taubat atas
kelemahan dan kekurangan kita ini.!

Sesungguhnya perintah Allah Ta’ala agar wanita tetap tinggal di


rumahnya dan mematuhi hokum hijab yang lain adalah satu
penghormatan dan kemuliaan bagi mereka!.  

Wanita2 solehah bukanlah bukan bahan murahan yang berjalan ke sana


kemari tanpa tujuan yang dibenarkan syara’.  
Wanita solehah bukan wanita murahan yang menjadi tontonan lelaki
ajnabinya.
Wanita solehah bukan wanita yang membiarkan dirinya di sentuh oleh
mata dan pandangan lelaki ajnabinya. 

Tetapi mereka  adalah permata, mereka adalah mutiara yang tersimpan


rapi di kamar kemuliaan Ilahi! 

Wallahu A'lam

Anda mungkin juga menyukai